Apr 27, 2011

Bihun sup

Ain Fajar | 10:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
 Bihun sup nih dah lama buat, tinggal gambar je..tak ada kesempatan pun nak up date. saje lah nak letak kat sini untuk rujukan sendiri n anak2..kawan2 pun boleh rujuk juga..manalah tau resepinya berbeza dan sesekali boleh la tukar2 selera..yer dak..hihihi..
ngerr hehehe guna mangkuk macam kat kedai je kan..mmg pun amik mangkuk plastik arwah mak masa dia niaga dulu..senang tak pecah dek budak2 ni..ok2 dah jom skodeng resepi..

Bahan-bahannya : )
100 grm ayam yg telah di potong kecil
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sup bunjut
1 biji kiub ayam
sedikit minyak
1 liter air
garam secukupnya

Bahan hiasan :)
1 pokok daun sawi
bihun
daun sup
bawang goreng

Cara-caranya : )
  • tumbuk bawang putih, bawang merah, dan halia.
  • tumis ayam hingga agak layu. masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama kayu manis dan bunga lawang. masak hingga naik bau. 
  • masukkan air tunggu hingga mendidih. masukkan kiub ayam dan sup bunjut.
  • perasakan dengan garam ikut kesesuaian masing2.
  • apabila kuah sudah masak masukkan daun sup dan bawang goreng.
  • celur bihun dan daun sawi..sedia untuk di hidangkan 
  • lagi sedap la kan kalau bubuh sambal kicap mmg malatoopp!!!
ok selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...