semalam saya ade mencuba resepi yang kawan fb syer..resepi yang di kongsikan sama mcm kek minyak tengah fames sebelum ni..cara membuatnya juga sama..cuma yang membezakan penggunaan susu pekat dan susu cair sahaja.
inilah hasilnya sangat gebu dan lembut, macam kek sapan tapi moist.
ok lah jom tengok resepi dan cara membuatnya.
Resepi kek mable lembut
Bahan A
4 biji telur
1 sb ovallate
1 sk vanila
1 cawan gula
Bahan B
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 cawan minyak
Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
koko emulco @ ape2 yg di sukai
Cara-caranya:
pukul bahan A hingga putih gebu
masukkan bahan B dengan kelajuan sederhana hingga sebati
dan masukkan bahan C dengan kelajuan sederhan
bahagikan adunan kepada 2 bahagian
satu bahagian gaulkan dengan koko emulco
masukkan adunan ke dalam loyang yang di glis minyak dan tepung berselang seli
bakar pada suhu 180 selama 45 minit.
nyummm nyummm nyamyyyy
saya suka kek ni, kemanisannya sedang2 je..lembut gebu tapi moist dan tak muak.
apa lagi selamat mencuba
No comments:
Post a Comment