Oct 9, 2015

kek oren moden

Ain Fajar | 6:17 PM | 0Comments |
Assalamulaikum

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengupdateresepi di sini..bukan tak membaking @ memasak tapi keizinan untuk menulis dan berkongsi dia sini sangat lah terhad..terima kasih yang masih berkunjung ke dapur alam maya saya yang tak seberapa ini..

ok lah, kelamrin saya ada mencuba resepi kek oren moden hasil perkongsian dari rakan group bakers saya di Whatssap dan FB..alhamdulillah sangat mudah, sedap dan hasilnya sangat baik serta mendaat pujian dari jiran tetangga yang merasainya..Yang menarik minat saya untuk mencuba resepi ni, ramai kawan bakers group saya telah pun mencuba dan mendapat hasil yang mengembirakan..senyum je mereka sepanjang hari. kek menjadi dengan jayanya dan ramai yang memuji..

jom lah kita terus lihat pada hasil kek oren moden ni dan lihat resepi yang mudah tu.



RESEPI KEK OREN MUDAH

Sumber: Maulidah
By: ain mom bakers

Bahan A:
7 biji telur gred B
1 cawan marjerin pelangi
500 gm tepung spons mix
1 sk vanila

Bahan B :
1 sb parutan kulit limau
4 sb oren sunquikc


caranyanya:

campurkan semua bahan A, pukul sebati sehingga adunan kembang dan kental
masukkan bahan B dan gaul sebati.
masukkan adunan ke dalam loyang 8x8 inci
bakar pada suhu 160c selama 45 minit (bergantung pada oven masing2 okey)
bila kek dah masak terbalikkan kek di atas redai sebentar, dan terus keluarkan dari loyang.
bila kek sejuk boleh lah di hidangkan bersama teh O panas..:-)


selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...