Aug 3, 2015

Chewy Yummy Choclate Brownies

Ain Fajar | 10:46 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

salam syawal...umat islam masih lagi meraikan hari lebaran..masih banyak undangan rumah terbuka..bagi yang di kampung2 mak bapak menziarahi jiran tertangga secara berkumpulan..bila sampi di rumah mereka akan bertahlil ringkas sebelum menikmati juadah yang tuan rumah sediakan..kami menggelarkan baraan di hati raya..

kenapa lah saya dok sibuk cerita pasal baaran nie kan..sebabnya salah satu menu yang saya nak kongsikan di sini adalah juadah yang sempat saya buat dan hidangkan untuk para tetamu..sangat mudah, cepat , ringkas dan semestinya sedap..dan akan di kenang bila mereka balik ke rumah..masuk bakul angkat sendiri nih..bukan apa..komen dari tetamu yang hadir malam tadi sedap dan tinggal pinggan kosong je..ini bermakna memang lah sedap..pakcik2 di kampung pun boleh terima kek bantat yang rangup nie..hahaha..


maaf lah gambar tak cantik, tapi boleh nampak yang brownies ni cantik kejadiannya..berkerak di luar dan moist di dalamnya..okey jom skodeng resepi dan saya akan kongsikan sedikit tips dari pengalaman saya dan dari pembacaan saya..jommmm...


Bahan-bahan

Bahan A:

400gm dark choclate (coklat masakan)
250gm butter (nak sedap gn la anchor)

Bahan B:

100gm cream cheese
200gm gula perang
5 biji telur
1 sk esen vanila
1 sk emulco coklat

Bahan C :

90gm tepung hongkong (tepung gandum pun boleh)
50gm serbuk koko

Bahan D:
100gm walnut / badam cincang
(bakar dulu)

cara-caranya:
cairkan bahan A  dengan cara double boil dan sejukkan
sebatikan cream cheese dgn bahan A.

sebatikan bahan B

ayak bahan C.

satukan bahan A, B, dan C dan masukkan bahan D, gaul sebati
masukkan adunan ke dalam loyang 10x10inci (loyang nipis tu jer)
tabur kacang dia atas adunan
bakar pada suhu 160c selama 45minit @ hingga masak.

beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk mendapatkan brownies yang cantik.
1. jangan pukul telur hingga kembang cukup seadar sebatikan dengan gula
2. xperlu keluarkan mixer, guna senduk kayu sehaja
3. ikut arahan..jangan derhaka...hahaha..

selamat mencuba.

1 comment:

  1. Brownies tu memang Nampak Sedap..nyum2..Selamat hari raya dan maaf zahir batin ya ain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...