Oct 18, 2015

Sup Cendawan Berkrim

Ain Fajar | 7:29 PM | 5Comments |
Assalamualaikum

menu yang sayan nak syer di sini adalah salah satu menu wajib oder bila makan di Pizza Hut..k.long dan k.ngah mesti akan pesan sup cendawan dulu..kami yang dewasa dan mak ayah mertua saya pun suka sup cendawan sebagai pembuka selera..tapi kami jarang dah nak ke Pizza di sebabkan en.abg mempunyai masa yang terhad..jadi saya pun berusaha lah membuat sup cendawan berkrim ni sendiri.

Mudah je nak membuatnya, saya pernah buat 4tahun lepas dan pernah pun kongsikan di blog ni..dah lama sangat tak membuatnya..kali ni saya teringin membuatnya disebabkan saya dah lama nak mencuba roti mangkuk yang di isi dengan sup cendawan berkrim..sambil makan sup boleh koyak dan makan mangkuknya..hihi

hasil yang memuaskan k.long dan k.ngah habis 2 manggkuk dan sumaiyyah pun bukan main suka makan..cuma pada resepi asal penggunaan tepung sangat banyak dan membuatkkan sup terlalu kental..jadi saya dah pun kurangkan kandungan tepung dalam resepi..


Resepi sup cendawan 

3ulas bawang putih
7biji cendawan butang (dalam tin) fresh lg baik
4sb marjerin
750ml susu segar
750 ml air
1 cawan tepung + 2 cawan air
2 biji kiub ayam
1 sb cukup rasa
sedikit daun pasly kering
sedikit lada hitam


cara-caranya:

cairkan marjerin tumiskan bawang putih dan cendawan hinngga layu
masukkan susu segar, kiub ayam dan air.kacau hingga mendidih
masukkan bahan perasa lada hitam dan cukup rasa
masukkan air tepung kacau sebati dan kacau hingga masak.
siap.



sedap di makan begitu sahaja dan sedap di makan dengan roti mangkkuk @ garlic bred (roti bawang putih)

selamat mencuba daaaaaa

5 comments:

  1. mmg sedap ni ain...terliur akk, tapi nak buat roti tu tak pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya allah ade rezki dan masa sy syer di sini cara2 buat roti mangkuk tu yer..

      Delete
  2. terima kasih atas resipe nya
    looks great :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...