Jan 28, 2011

Sambal Ikan Bilis

Ain Fajar | 6:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 kali ni saya nak kongsi sambal tumis ikan bilis kegemaran saya dan adik beradik saya..dulu, kalau kami adik beradik nak balik ke asrama mesti my mom bekalkan kami sambal tumis ni..sambal ni tahan seminggu atau lbh kalau tak simpan dalam peti ais. masa kat UMS pun saya selalu buat utk mkn stok seminggu..sebelum pg kuliah masak nasi siap2 pastu balik terus makan...jiman duit dan masa....so sangat sesuai utk studen..utk bkn studen pun boleh !!! .makan dgn nasi atau bubur nasi..

ok resepinya senang jer.saya masak main belasah je ikut sedap rasa je sebab dah selalu buat..so resepi di bawah ni lebih kurang je

Bahan-bahannya: )
300gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
tempe jika suka
1 biji bawang besar
3 ulas bawang
1/2 inci halia
20 tangkai cili kering
2 sb sos tiram
1 sk garam 
5 sb gula

Cara-caranya :)
  • goreng kacang tanah hingga garing.
  • goreng ikan bilis hingga garing.
  • kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
  • panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar, terus masukkan gula, garam dan sos tiram.
  • masak hingga sambal betul2 masak ( sambal akan menjadi warna  gelap dan tunggu hingga sambal menjadi sedikit likat), baru masukkan kacang dan ikan bilis yg telah di goreng tadi.
  • kacau sebati. apa bila sejuk boleh simpan di dalam bekas atau tapawer..

sambal ni rasanya manis2 pedas..leh ubah rasa ikut selera masing2 ok..

selamat mencuba!!!cawww

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...