Jun 16, 2012

Mini Muffin choclate chip

Ain Fajar | 9:31 PM | 2Comments |
Assalamualaikum.
kemarin saya buat muffin untuk di bawa kemajlis hari lahir kawan saya..masa saya jeguk dapur k.hana terus terikat bila k.hana dok tayang muffin coklat chip..comel je muffin k.hana..terus jatuh hati dan terus je salin resepi..kebetulan kawan saya jemput ke majlis hari jadi anak dia, so saya pun terus terfikir nak bawa sebagai buah tangan..tak tau nk bagi ape..saya cuma sponser kek coklat moist untuk beday girl, dan untuk kawan saya bagi la muffin comel yang tak seberapa ni..saje lah menambah kuih muih yang ade..
sifat muffin nie sebenranya berbeza dengan kek/ kek cawan , muffin nie, berbukit, sturuktur yang sedikit kasar, keras tapi lembab..nak buat muffin yang betul kena ade caranya..menurut petua yang k.hana kongsikan di dapur beliau, cara membakar muffin harusla menggunakan suhu api yang kuat untuk 15 minit pertama dan 5minit kedua api diperlahankan sedikit, bakar sekali gus untuk semua adunan..dan cara kita mengaul aduanan hanya menggunakan tangan secara perlahan..saya mengikut cara yang k.hana terangkan dan alhamdulillah muffin yang terhasil memang sedap dan menepati citarasa oarang yang menikmatinya..saya mendapat komen yang positif untuk muffin nie..tq kepada penyumbang resepi dan sumber saya k.hana..

Ok jom kita skodeng dulu resepinya..mana tau ade yang jatuh hati plak dengan muffin yang saya tayang nie..hehehe :)

penyumbang resepi : nurul ain
sumber : k.liza dan k.hana
by 'ain

Muffin Chocolate chip

bahan-bahannya:
Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 cawan gula kastor*
  • 1/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil garam halus*
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur(dipukul sikit)
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1sk baking powder - hana tambah
  • 3/4 cawan choc chips
Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  • Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  • Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  • Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
  • Sejukkan dan hidang.
 ni je yang terhasil dari satu aduan..buat kecik2 mcm nie dapat la dalam 40biji++, klu buat saiz biasa tu dapat jg 10bj kot..buat kecik mcm nie comel dan senang nak makan, sesuaila untuk majlis2 macam nie.




2 comments:

  1. nk cikit mupin comeii tu..geram tgk kecik2 cmtu..rasanye tentu cedapp ni...

    ReplyDelete
  2. Salam Ain,
    Kalau makan seketul tak cukup ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...