Jun 9, 2012

kuih Lapis

Ain Fajar | 5:47 PM | 8Comments |
Asslamualaikum..
sarapan ape pagi nie..haa saya buat kuih lapis semalam..dah lama tak up date masak2..
dah lama juga nak try buat kuih lapis nie, biasa resepi kuih lapis yang saya tengok mesti guna tepung gandum, tapi kali nie hanya guna tepung beras semata-mata, ade la tambah tepung ubi sikit..yang letak tepung gandum nie biasa la dijumpai dan saya dah elalu makan..bila tengok resepi tak guna tepung gandum nie teruja sangant nak mencubanya..ape lah bezanya kan..
Ni lah hasilnya..kuih lapis yang menggunakan tepung tanpa tepung gandum lebih lembut dan berkilat..cantik la...saya buat guna acuan kecik2 ni saje lah supaya cepat sejuk dan cepat2 snap..bila keluar je dari pengukus anak2 dare saya da minta nak makan..dah lapar sangat katenye..makan benda lain tak nak..nasib jugala buat kecik2 boleh la cepat2 ngap..

nampakan tu berkilat je, cantik je..tapi susah sikit la nak handle time potong tu..kena guna pisau plastik untuk memotong supaya ianya cantik dan kemas. jom tengok resepi pulak...

sumber : Dari kilang tepung beras.
by : 'ain

Kuih lapis 

Bahan-bahannya:

Bahan A
250gm tepung beras
30grm tepung ubi
400ml pati santan
580ml air
1 sudu kecil garam.

Bahan B:
260gm gula
220ml air
1 helai daun pandan
pewarna makanan.

cara-caranya:
  • masak bahan B guna api yang perlahan hingga gula larut.
  • campurkan bahan A dan B kacau hingga sebati dan tapiskan.
  • bahagi adunan kepada 2, yang satu titiskan pewarna merah dan satu lagi di biarkan warna aal.
  • panaskan loyang yang berukuran 10 x 10 2 dalam kukusan hingga air mendidih
  • buka penutup kukusan dan tuang satu senduk adunan putih.
  • kukus selama 3 minit, diikuti dengan adunan merah pula.
  • ulang proses ni hingga habis.
  • last sekali kukus kuih lapis selama 5minit.
  • tutup api dan tinggalkan kuih lapis dalam kukusan supaya kuih kelihatan berminyak..

ok bila dah sejuk boleh la di potong dan dihidangkan..

ppppsssstttt!!!sebenarnya kan kan kan, ain tak tau la nak letak siapa penyumbang resepi kuih nie siapa, sebab masa ain beli tepung beras, tokey kedai tu bagi resepi2 kuih yang menggunakan tepung beras..so senang citer letakla dari kilang tepung beras...hahaha..mcm poyo-poyo je, kononnya mcm pegi melawat sambil belajar plak kat kilang tepung beras tu..kikiki :P

selamat mencuba je lah yer!!

8 comments:

  1. Wah ain..melawat kilang tepung ke?siap resepi dari kilang lagi...nampak sedap,boleh try ni..

    ReplyDelete
  2. kikiki bkn pegi melawat kilang, tapi dapat resepi m bli tepung beras2..ain agak2 je dr kilang la kot..jgn marah

    ReplyDelete
  3. Salam Ain,
    Lembut dan sedap nampak kueh lapis tu. Nak tergelak pun ada bila baca penyumbang resepi ialah kilang tepung beras.....

    ReplyDelete
  4. watie:hahaha ain pun nak tergelak juga ms taip penyumbang resepi tu..hehe mmg tak dok aroh..bedal je

    ReplyDelete
  5. rajinnye buat kuih lapis comeiii cmtu...byk kermborong tepung...hihi

    ReplyDelete
  6. Salam Ain.tengok resepi dr kilang tepung beras....senyum akk membacanya, bagus kilang siap bagi resepi.tp nampak elok jadinya kuih lapis resepi kilang tpg beras ni...

    ReplyDelete
  7. aku nak pkai kale biru bley?? agak2 ade tak orang nak makan.. hehehhe..

    ReplyDelete
  8. namapk lembut je kuih ni Ain...bagai nk rasa juga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...