Mar 10, 2011

chocolate moist cake

Ain Fajar | 9:12 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni saje2 nak letak..saya buat kek ni sebelum pegi klang ari tu, buat kek beday untuk ank sedara..dia mmg suka kek coklat yg lembab ni..so suka saya buat untuk dia..biasanya saya buat letak toping coklat je, tapi kali ni saya buat special sikit siap ada edible gambar dia dgn kartun ben10..yelah kek beday kan kenalah cantik sikit.
haaa inilah rupa kek coklat yg dah siap di hias..hahaha boleh la kan..ala tau, tak cantik harap edible je..narnye saya nak letak jalur2 rumput kat keliling kek tu, tapi nozel rumput yg saya ada bapok biso so tak bape nak comel kejadian rumput tu..kn cari nozel matel kecik next time...ok2 jom kita skodeng resepinya..senang sangat nak buat. tak perlu guna mesin ke ape..guna pemukul telur je pukul guna tangan..cepat dan pantas..

sumber : youtube (chocolate moist cake)
Bahan-bahannya : )


Bahan A:
1 1/2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk je)
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
2 biji telur
1/2 cawan marjerin cair (saya guna minyak jagung)
1 cawan susu pekat (saya guna susu segar)

Bahan C:
1 cawan air panas didih.

Cara-caranya : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180c .guna api atas dan bawah.
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,saya tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. bakar selama 35 minit atau hingga kek masak.( cucuk guna lidi jika lidi bersih tanda kek sudah masak)
  8. p/s : tutup atas kek dengan aluminium foil untuk mengelak permurkaan kek kering dan hangit.
Ganache:
190 ml whipping cream
200-250g coklat masakan
1/2tbsp coklat emulco
1 tbsp serbuk koko van houten
1 tbsp susu pekat manis
1 tbsp mentega

  1. panaskan whipping cream bersama coklat masakan dengan api perlahan sehingga coklat masakan cair,masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
  2. Masukkan serbuk koko dan susu pekat. Padamkan api.Kacau sebati,sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk sebelum dituang ke atas kek yg sudah sejuk sepenuhnya.(kalau boleh kek juga sudah disimpan dalam peti sejuk sebelum dituang ganache)
 ok selamat mencuba yer!!
ni lah beday boy nyer..post sebelum ni dah letak pun gambar dia...klah baybay..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...