Mar 15, 2011

Nasi Impit

Ain Fajar | 6:18 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
hari ni, saya buat nasi impit untuk anak dara ku yg besar tu..kakak mmg suka makan nasi impit tak taulah kenapa, myb nasi impit lembut dan tak keras macam nasi.senang dia nak telan..hihihi..saje je buat nasi impit untuk dia, dah mula tak nak makan nasi asik ajak pg kfc je..so fikir2 buatlah nasi impit dengan ayam masak kicap mmg paberet dia...
haa saya buat nasi impit sendiri mcm org dulu2..selalu guna ketupat adabi je tak pun isi beras dalam plastik buat macam nasi impit adabi..tapi dah tak beli so buat la secara tradisional...saya dapat resepi dan teknik membuatnya dari dapur k.yatie..biasala kan saya membesar mmg buat nasi impit guna yg dalam peket je tak tau nak wat tekni nenek moyang ni...senang je...bukan susah pun..dah selalu buat dah pun

sumber Sinar kehidupan ku ( k.yatie)
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras biasa
  • 10 cawan air
  • 2 sudu kecil garam
saya buat separuh dr resepi di atas 1 cawan dan 5 cawan air


Cara-cara (ni kaedah yg k.yatie gunakan)
  1. Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
  2. Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil di lenyek supaya hancur.
  3. Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
  4. Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering. Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
  5. Saya masak lebih kurang 1 1/2 jam dngn api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur.
  6. Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung batu@belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut. Gaul dan lenyek2 lagi.
  7. Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware @ mangkuk.
  8. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
  9. Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (saya letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
  10. Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
ini adalah kaedah saya : )
  • basuh beras dan masukkan air..masak nasi menggunakan rise cooker seperti biasa..
  • p/s : lapik bawah periuk dengan tuala atau tisu dapur coz air akan melimpah sedikit..
  • apabila nasi sudah masak kacau nasi sambil leyek2kan supaya nasi hancur dan boleh menghasilkan nasi impit yg lembut..
  • masukkan nasi tadi ke dalam loyang atau tapawer..
  • ratakan nasi tadi menggunakan senduk nasi..sepanjang meratakan nasi senduk nasi tu hendaklah sentiasa di basahi dengan air untuk mengelak dari nasi melekat2.rata2kan dan tekan2 nasi supaya ianya padat..
  • ok boleh simpan dalam peti sejuk tunggu nasi impit betul2 sejuk dan keras bagi memudahkan untuk memotong..
terpulang sama ada nak guna kaedah yg mana ok...alaa lagi senang pakai yg segera kan..saje lah mana tau dah tak ada stok tapi mmg nak makan nasi impit juga bolehla try..jimat dan mudah..bagi saya laa..terima kasih sangat pada k.yatie..
walau ape pun selamat mencuba!!

1 comment:

  1. nasi impit segera tak brp elok utk kesihatan(jangka masa pnjg) krn guna plastik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...