Mar 31, 2011

Roti Saj

Ain Fajar | 4:30 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran di dapur alam maya ni...penyakit M dah meresap di jiwa..tambahan pula line ternet sangat tenat..tak sabar nak menunggu, nak upload gambar pun tak lepas..alhamdulillah skrg dah pulih..so happy sangat dapat berkongsi disini lagi pelbagai resepi yg telah saya cube..
kali ni saya nak syer resepi roti saj..pelik namanya kan..jarang kita jumpa..saya jumpa resepi roti saj ni di beberapa blog masakan yg terkenal..saya ambil resepi ni pula dari dapur k.Yatie. mmg sedap dan mudah untuk membuatnya..
inilah rupe roti saj..lembut je..senang pulak tu..dah banyak kali saya buat untuk sarapan pagi, cicah dengan ayam masak kari..3 keping je buat untuk en.abg pagi tadi..klah jom kita tengok resepinya..

sumber : k.yatie blog sinar kehidupan ku
Bahan-bahannya : )
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 airsuam
1s/b  yis @ mauripan
1 s/b gula
1/2 sk garam

Cara-caranya : )
  • campurkan yis bersama air suam dan biarkan seketika.
  • campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin (tak la licin sangat). uli guna tangan je.
  • peramkan selama 1 jam. tutup dengan tuala dapur.
  • kemudian tumbuk2 doh dan bahagi2. leperkan kat dalam mangkuk supaya bentuknya cantik je bulat.
  • kemudian panaskan sedikit mentega (supaya tak melekat) dan letak doh, tutup dengan prnutup periuk. guna api yg slow je. balik2kan, bila dah keperangan tanda roti sudah masak.
  • sedia untuk di hidangkan.

 roti yg sedap, mengenyangkan dan yang penting sangat mudah untuk menyediakan..nak tau mcm mn rasanya mesti cuba ok..

selamat mencuba !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...