Showing posts sorted by relevance for query CHOCOLATE MOIST CAKE. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query CHOCOLATE MOIST CAKE. Sort by date Show all posts

Nov 16, 2012

chocolate moist cake

Ain Fajar | 10:52 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

kek coklat ni di buat oleh adik saya yang masih tekedek2 nak belajar buat kek..tapi oklah resepi ni sesuai sangatla bagi yang baru nak belajar..maknenye sesiapa pun boleh buat kek yang sedap ni..tugas saya cuma memantau dan mendeko kek ni secara simPle je..adik saya buat kek ni untuk kawan2 sekolahnya dan kebetulan mereka menyambut birthday Pada bulan yang sama.

n3 kali nie, chocolate cake moist yang dah biasa saya buat..kiranya resepi ulang tayang je la nie..saya dan adik2 memang suke sangat resepi kek nie..kawan2 saya yang tempah chocolate moist Pun beri komen yang Positif..memang dorang cakaP kek ni sedaP sangat..kalau ade yang oder kek coklat mesti saya guna resepi ni...nak buat pun senang dan memang mudah..

Resepi asalnya saya ambil dari resepi zaimah..dan saya tak ingatla salin dari dapur siapa..ramai blogger masakan dah cube resepi kek ni..memang mantaplah..

ok meh salin resepi yang sedap ni..kek ni sebenarnya kukus, tapi saya bakar..rasenye tetap sedap dan moist..

chocolate moist cake

Bahan-bahannya;
1cawan gula Pasir *
1cawan serbuk koko *
1 cawan susu cair \ susu segar *
1 cawan minyak jagung \ butter cair *
1\2 cawan susu Pekat *
1 1\4 tePung gandum
1 st baking Powder
1 st soda bikarbonat.
3biji telur

cara-caranya;

  • campurkan semua bahan yang bertanda *, masak atas api sederhana, kacau sentiasa hingga gula larut dan semua bahan sebati.
  • ayak tapung, soda dan baking Powder.
  • Pukul telur hingga berbuih.masukkan bahan yang dia ayak kacau guna tangan kacau hingga sebati.
  • masukkan bahan yang telah dilarutkan tadi kacau sebati.
  • taPis adunan dalam loyang yang telah di leser Planta dan tePung.
  • bakar selama 1 jam Pada suhu 180c..kalau kukus juga makan masa 1jam ke 1jam setengah.

mudah je..pas tu decola ikut suke..

ni la tiga dara Pinggitan yang sambut beday dengan kek yang di sedia..
Pilih2 kot ade yang bekenan..hehe tP kn P jumPa mak baPak dorang la minta izin..saya tak de kuasa..

ok lah.



Jun 1, 2013

oder ujung bln 5

Ain Fajar | 10:04 PM | 0Comments |
Asalamualaikum.

masih mood musim kenduri kendara..macam2 juga rancangan masing2..minggu nie, 5hari nie saya sibuk dengan bermacam2 tempahan..kek kawinnya, kek hantaran adik2 nak bertunangan, kuih bahulu untuk kenduri, apam polkadot, kek caremel untuk makan2, dan kuih muih basah..tak cukup nafas dibuatnya..huhu..tapi saya happy dengan ape yang saya buat.

red velved with cream cheese dan foundant

chocolate moist with ganesh dan foundant


chocolate moist with ganesh dan filling coklat
kek weding, sebenarnya saya sating bunga dalam keadaan bucu kek dicantumkan, sayangnya saya tak dapat nak tolong satingkan..walau macam mana pun tq pada Delaila.semoga berbahagia.


chocolate moist with ganesh dan edible image. kek anivasary..semoga kekal selamanya


kek spans with butercream, 
kek birthday


weding cake, chocolate moist with butercream. tqvm liana


kek caremel untuk makan2 jer


chocolate moist with ganesh untuk hantaran perkahwinan.
tqvm liana


apam polkadot.tqvm leyana.

tqvm untuk semua yang sudi oder.
bahulu lapis dan bahulu gulung kuih muih basah tak sempat nak snep.


Nov 3, 2013

Oder kek lagi

Ain Fajar | 4:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Minggu ni saya ade dua costrmer untuk kek hantaran pertunangan dan perkahwinan.keduanya oder dari kawan sekolah saya.

 kek chocolate moist, cream butercream dan bunga foundant, itu yang di minta oleh kawan saya.
tema pengantin ade banyak warna tapi saya lebihkan kepada warna pink sebab khemah pengantin warna pink..saya gabungkan juga dengan warna biru serta cream bagi naik seri kek tu..xde ape nak cerita sangat layan gambar je lah..



 Bahagian atas, saya gabungkan dua jenis bunga iaitu bunga ros dan bunga tulip..saje nak try bunga selain bunga ros
 bahagian tengah pula deco yang simple sebab saya tak nak kek nampak sarat, suke nampak sweet je..lagi pun ade tulisan di tepi kek, sudah cukup penuh.

                bahagian bawah sekali, deco yang sedikit simple cuma letak sejambak bunga ros

 sedikit cup cake sebagai free gift sebab kawan sendiri yang oder, cuma menggunakan spans cake coklat dan butercream..bunga rose besar saya deco dengan butercream..firs time saya buat bunga rose atas cup cake nie..dah lama terngin nak buat tapi xde kekuatan dan kadang tank menajdi..entah kenapa kali nie, terus je menjadi..butercreamnya memang cantik kejadianya.

chocolate moist cake nie, oder dari seorang kawan saya juga, beliau oder kek yang sama untuk kedua belah pihak, saya cuba tampilkan sedikit kelainan sebab yang menerima kek ni adalah pasangan yang sama.

tema oren dan bentuk petak seperti yang di hajati.
bunga dari foundant.
dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

.bentuk love tema biru putih, saya cuba buat bunga tulip bagi mencari sedikit kelainan dalam decorationnya..memang cantiklah dari perempuan ke pihak lelaki dengan bunga tulip nie, kalau lelaki memang elok bunga rose..

saya cuba untuk membuat pelbagai bunga selepas nie, supaya kreativiti saya sedikit berbeza dan istimewa dari kek2 yang ada di kedai.

tqvm kepada 2 orang sahabat saya puan fiza dan puan hidayah.

Mar 10, 2011

chocolate moist cake

Ain Fajar | 9:12 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni saje2 nak letak..saya buat kek ni sebelum pegi klang ari tu, buat kek beday untuk ank sedara..dia mmg suka kek coklat yg lembab ni..so suka saya buat untuk dia..biasanya saya buat letak toping coklat je, tapi kali ni saya buat special sikit siap ada edible gambar dia dgn kartun ben10..yelah kek beday kan kenalah cantik sikit.
haaa inilah rupa kek coklat yg dah siap di hias..hahaha boleh la kan..ala tau, tak cantik harap edible je..narnye saya nak letak jalur2 rumput kat keliling kek tu, tapi nozel rumput yg saya ada bapok biso so tak bape nak comel kejadian rumput tu..kn cari nozel matel kecik next time...ok2 jom kita skodeng resepinya..senang sangat nak buat. tak perlu guna mesin ke ape..guna pemukul telur je pukul guna tangan..cepat dan pantas..

sumber : youtube (chocolate moist cake)
Bahan-bahannya : )


Bahan A:
1 1/2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk je)
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
2 biji telur
1/2 cawan marjerin cair (saya guna minyak jagung)
1 cawan susu pekat (saya guna susu segar)

Bahan C:
1 cawan air panas didih.

Cara-caranya : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180c .guna api atas dan bawah.
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,saya tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. bakar selama 35 minit atau hingga kek masak.( cucuk guna lidi jika lidi bersih tanda kek sudah masak)
  8. p/s : tutup atas kek dengan aluminium foil untuk mengelak permurkaan kek kering dan hangit.
Ganache:
190 ml whipping cream
200-250g coklat masakan
1/2tbsp coklat emulco
1 tbsp serbuk koko van houten
1 tbsp susu pekat manis
1 tbsp mentega

  1. panaskan whipping cream bersama coklat masakan dengan api perlahan sehingga coklat masakan cair,masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
  2. Masukkan serbuk koko dan susu pekat. Padamkan api.Kacau sebati,sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk sebelum dituang ke atas kek yg sudah sejuk sepenuhnya.(kalau boleh kek juga sudah disimpan dalam peti sejuk sebelum dituang ganache)
 ok selamat mencuba yer!!
ni lah beday boy nyer..post sebelum ni dah letak pun gambar dia...klah baybay..

Nov 16, 2013

oder kek 16/11/13

Ain Fajar | 4:42 PM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Minggu nie alhamdulillah saya mendapat oder kek yang agak banyak bagi saya, sebab kesemua oder nak pada hari yang sama..2 hari jugalah saya mengerjakan proses dan bancuh, bakar dan deco. 7 biji dalam masa yang sama..bagi yang belum profesional macam saya 7 biji agak banyak sebab nak fikir deco lagi. alhamdulillah 6 biji kek adalah kek yang sama iaitu chocolate moist cake (CMC) dan hanya sebiji spans kek mable.







kek kawin kali, berbagai tema, haha kenapa yer, inilah permintaan costemer saya, jadi saya ikut je lah..sebenarnya pengantinnya 3 pasangan adik beradik kembar..mereka buat tema yang berbeza dan kek pula nak ikut tema masing-masing..mereka tak nak gabungkan warna tu, jadi dorang nak setiap tingkat berbeza warna ikut tema tiap pasangan. Jadi inilah kek yang terhasil..ramai juga yang komen kenapa kek kawin tu belang2..saya hanya menurut kehendak pelanggan.. tak kisah la kan janji mereka puas hati. kek kawin dorang jadi suka hati dorang la.



 yang ni kek spans mable, costemer nak kek caremel tak nak hias macam kek biasa..lama saya memikir macam mana nak deko kek caremel..jadi pelanggan saya kata gn spans kek yang sama buang karemelnya dan deko macam kek spans biasa..hhhmmm ok lah..saya buat deco yang simple tapi biar nampak sedap..apa lagi ganesh coklat la yang menjadi penyelamatnya..hihi


 chocolate moist cake di saluti ganesh serta hiasan bunga butercream..atas permintaan pelanggan juga.


 masig CMC, dengan salutan butercream keseluruhannya.


CMC dengan salutan  butercream serta haiasan bunga juga butercream, dan curahan ganesh.



Ade terselit satu set gubahan coklat utk hantaran pertunangan..dari junior sy masa sekolah dulu..tak kenal sangat cuma kenal muka je..tp terima kasih la sebab percaya pada saya..sebenarnya gubahan ni adalah desing dari dia..jadi sata follow je ape yang dia nk. Memang mendapat perhatian di kalangan kawan2 fb saya..alhamdulillahla dia sangat suke hasil air tangan saya.

semoga pelanggan saya berpuas hati dengan kreativiti saya..aminn..

Jun 4, 2014

Hari sejarah Adik

Ain Fajar | 6:18 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Tanggal 31/5/2014, merupakan hari sejarah buat adik lelaki saya kerana pada tarikh itu dia sah bergelar suami orang dan status serta tangungjawabnya pun berrubah..alhamdulillah segalanya di permudahan....majlis akad nikah dilaksakan di masjid Bagan pasir batu 20, bagan datok..dan majlis resepsi mereka dilakukan di rumah pengantin perempuan sahaja pada 1/6/2014..belah pihak lelaki kami tidak membuat kenduri besar..sebaliknya kami hanya mengadakan kenduri kesyukuran iaitu walimatulurus, kenduri arwah mak saya dan kenduri akikah anak kami Aisyah sumaiyyah. ok layan gambar je lah kan..


semasa khutbah nikah, sebelum akad nikah.

 masa ni baca perjanjian berumah tangga.

pengantin perempuan sebelum akad nikah berlangsung


 alhamdulillah, sahirah kini bergelar isteri kepada adik lelaki saya merangkap adik ipar saya..sedeeyyy kan sebab sangat terharu dan gembira.

majlis di teruskan dengan pembatalan air sembahyang


 keesokan harinya, kami semua menghantar rombongan pengantin lelaki..ramai juga dari pihak kami..antaranya, adik beradik kami, sepupu2 dan rakan taulan mak dan bapak kami  merangkap wakil orang kampung kami.


sebelum pengantin di arak dengan paluan kompang, sempatla kami bergambar dulu..





aisyah sumaiyyah berbaju kembang..kepala tak de bunga..tak sempat nak cari





ambik berkat semoga cepat bby..hehe

macam biasa setiap majlis bersejarah semestinya saya akan sponser ape2 yang patut..semua yang saya sponser khas untuk adik dan adik ipar saya.

candy table yang dikendalikan oleh kawan saya.
dan semua desert yang tersedia saya yang buat.
alhamdulillah semuanya habis di makan sekejap je dah licin..seronok tengok.

deretan cup cake dan buku autograph 

coklat hantaran masjid..pertama kali buat tak kemas dan tak cantik..orang yang menggambil gambar ni pun tak pandai..mana yan ade jer..


pulut kuning hiasan..dah lama teringin nak buat pulut kuning nie..jadi di kesempatan nie saya cuba membuatnya dibantu oleh ibu tiri saya..


kek hantaran 2tingkat..yang bawah red velvet yang disaluti cream cheese frosting dan yang atas chocolate moist cake yang disaluti ganesh coklat..dan says hiasi dengan steambuttercream.

kek kawin untuk potong di hari persandingan.
kedua2 kek chocolate moist yang disaluti ganesh coklat..dan dihiasi dengan steambuttercream


sesekali cuba buat bunga selain bunga ros..

gambar kek secara keseluruhannya.


teringin juga bergambar dengan kek sendiri hehehe..


seorang adik sudah pun bergelar suami orang..tinggal 2 orang lagi adik yang masih bujang...masa sedetik lafaz sah diucahkan oleh saksi, hati ini terasa sayu plak..kenapa la agaknyee ye..mungkin naluri seorang ibu tercalit di hati saya..sebab selepas mak meninggal kami seolah2 kehilangan kasih sayang dan tempat kami mengadu dan bermanja serta bermesra berukar cerita..pada saya mereka bercerita..mungkin sekiranya mak masih ada mungkin dia rasa apa yang saya rasa ketika itu..hati gembira bercampur sedih.

semoga adikku berbahgia hiingga ke jannah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...