Feb 10, 2011

Cekodok Cempedak

Ain Fajar | 7:09 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi semua...dah sarapan ke?saya baru je siap masak sarapan. hari ni saya buat cekodok cempedak, lebih kurang mcm cempedak goreng ..cempedak ni pun fresh dr pokok kat kampung. masa saya bw dr kmpg belum masak lg, dah seminggu kat trgn cempedak pun masak.. c kakak mmg suka mkn cempedak ni, tu yg belum masak pun embahnya suruh juga bawa.bawa jugakla nnt kecik ati plak, c.abg awal2 dah kerut dahi tak nak bawa takut kereta dia berbau, saya pun suka so saya ambik trs masuk dlm kereta. peduli lah...belum masak bukan ada bau pun...oleh kerana yg makan cempedak ni budak kecik, sebelum goreng saya buang biji dan carik2 dulu, bila dah goreng jadilah macam kat gambar di bawah ni.
ha mcm nilah rupa cempedak goreng yg telah di buang biji dan di carik2 kecil. mcm cekodok kan? so saya ubahla name..xpe kita yg buat dia kannn. mcm cekodok pisang pun adoo nih...hehe..k jom kita tengok tepung di sebalik cempedak yg masak ranum tu..
Bahan-bahannya ;)
1 biji cempedak (20 ulas)
1 sk garam
1/2 cawan tepung kek (naik sendiri)
1/2 tepung gandum
3 sudu tepung beras
1/2 cawan air ( - +) agak2 la ye

Caranya;
  • buang biji cempedak dan carik2 kan, ketepikan
  • gabung semua tepung bersama garam.
  • bancuh tepung2 kacau sebati..kepekatan bancuhan tepung sama seperti bancuh tepung goreng pisang..
  • tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • masukkan cempedak dan gaul rata.
  • panaskan minyak.goreng cempedak macam kita buat cekodok. jemput guna tangan dan boleh guna sudu.
hasilnya akan menjadi bulat dan gebu kerana penggunaan tepung naik sendiri dan ianya rangup hasil penggunaan tepung beras.
ok selamat mencuba!!!

Kangkung Belacan

Ain Fajar | 7:20 AM | 0Comments |
Assalamulaikum..
hallooo salam n3...menu tengah hari, kangkung belacan. yang bestnye kangkung ni dipetik dari parit depan umah kat kpg...masih lagi suci persekitarannya tanpa pencemaran dr mana2 pihak...mmg segar terbaik dr parit, gemuk2 lg, huh!! geram je..hahaha..rasanya ramai yg dah tau masak kangkung belacan ni.saya buat ikut suka main agak2 jer...
haaa tengok tu walau dah di masak layu tapi masih nmpk kesegarannya.biasanya kalau yg di beli kat kedai bila di masak dah tak nmpk rupa daun, layu yu yu...ok lah membebel la pulak..

Bahan-bahannya : )
2 genggam swayur kangkung
1 biji bawang sederhana besar
2 ulas bawang putih
2 inci belacan yg telah di bakar
2 sudu ikan bilis
8 biji cili padi

caranya : )
  • tumbuk semua bahan
  • panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah di tumbuk tadi hingga naik bau.
  • masukkan sayur kangkung gaul rata, masak hingga kangkung masak (lembut).

main campak2 je.senang sgt..ok
selamat mencuba

Feb 9, 2011

Ayam Percik

Ain Fajar | 3:28 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
salam satu malaysia!!!!menu semalam ayam percik, boleh juga di panggil ayam bakar, ape2 pun boleh..kedua2nya di masak dengan cara membakar atas bara api, tapi saya menggunakan cara yg lain untuk menghasilkan ayam percik ni...al-maklumlah bukannya pandai buat bara api, lagi pulak duduk dkat kawasan taman perumahan kalau buat bakar2 nnt org panggil bomba pulak..oleh kerana teringin nak makan ayam bakar saya buat dan fikir kaedah lain selain bakar atas bara dan bakar dalam oven.nak beli rasanya tak ikut citerasa anak tekak ni.buat sendiri puas hati..
haaa ni lah kaedah yg saya gunakan untuk membuat ayam percik@ayam bakar, berasap lagi ngkau!!!hoho....guna kuali leper, letak daun pisang susun ayam yg dah saya peram pastu tutup guna penutup periuk supaya masak sebati luar dan dalam.tak lama pun nak masaknya, rasanya mmg tak mengcewakan mmg sama mcm kita bakar atas bara ataupun oven, yg ni lagi sedap tau sebab sambalnya tak hilang, dia terperangkap, kalau guna bara sambalnya akan jatuh kebawah dan kalau guna oven mersti kering sangat..so, tak ada alasan lagi kalau kita tak boleh nak buat ayam bakar ni..kat mane2 pun boleh..org yg penat kerja pun boleh sediakannya..
 taraaaaa, inilah hasilnya...cantik menawan gitu...hahaha..ok jom kita skodeng resepinya...

Bahan-bahannya : )
6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
3ulas bawang putih
sebatang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 sb gula
1 sk garam
5 sb cili giling
1 sk jintam putih
1 sk biji ketumbar

Cara-caranya : )
  • kisar semua bahan dan lumurkan ke atas ayam.
  • peram selama 2-3 jam
  • panaskan kuali leper, letak daun pisang susun ayam dan tutup.
  • pastikan api yg digunakan adalah api yg paling kecik sekali.balik2kan, boleh tmbah lebihan bahan perapan tadi untuk mendapatkan sambal yg banyak.
  • boleh juga letakkan sedikit madu dan mentega supaya ayam nmpk lebih berkilat
  • masak ayam hingga masak dan nampak kehangusan..
  • dah pun siap, saya rasa dalam 15 minit dah masak dah.
senangkan!!!resepi ni juga boleh kita gunakan kalau nak buat BBQ
masa saya kat UMS dulupun, saya gunakan resepi ni untuk jamuan BBQ kos saya..mmg tak boleh lupa kenangan masa buat jamuan ni.satu kos turun berkerjasama sama2 masak, pelbagai kaum, bangsa dan agama. belajar kat sabah mmg akan jumpa pelbagai kaum dr sabah dan serawak...seronok sangat dapat pengalaman dan costmate yg sporting mcm dorg. nasib ada FB walaupun jauh kami tetap mcm dekat dan saling berhubung. semoga kwn2 bahagia dengan kehidupan masing2.amiiiinnnnn!!!!..

Nasi Goreng Cina

Ain Fajar | 7:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
sepatutnya n3 ni saya post pagi tadi, tp internet buat hal la plak..tak tau lah knp, nak kate dok kat kampung tak la pulak, kira dah pekan dah ni, tak lama lagi naik taraf jadi bandar...tak pe saya nak tayang juga sebab nasi goreng ni sedap dan mudah..sebab ape saya berani kate sedap, sebabnyer puteri2 saya yg cerewet makan tu laju je makan nasi ni terutama c fina..saya mmg sengaja goreng nasi ni sebab tak pedas sesuai utk budak2. kalau org besar yg suka pedas boleh tambah sendiri cili padi dalam nasi ni ikut suka citarasa sendiri lah.
ok jom kita terus je tengok resepinya.simple je..

sumber : Celebrity Chef Kamarul
Bahan-bahannya : )
1mangkuk nasi putih
2 ulas bawang putih (dicangcang halis)
1 sudu sos tiram
50gm ayam ( potong dadu)
1 biji telur
80gm sayur campur
1 sudu minyak bijan
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa (saya guna blac paper)

Cara-caranya: )
  • gaul nasi bersama dgn garam dan black paper dan biarkan.
  • cairkan 2 sudu besar mentega, tumis bawang putih dan ayam
  • kemudian masukkan sos tiram dan masak sebentar
  • masukkan sayur campur masak hinga sayur layu dan ayam masak
  • masukkan nasi gaul rata
  • akhir sekali masukkan minyak bijan dan gaul sebati..
  • siap!!!bole tambah ikan bilis goreng dan telur mata kerbau...

ok selamat mencuba!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...