Feb 9, 2011

Ayam Percik

Ain Fajar | 3:28 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
salam satu malaysia!!!!menu semalam ayam percik, boleh juga di panggil ayam bakar, ape2 pun boleh..kedua2nya di masak dengan cara membakar atas bara api, tapi saya menggunakan cara yg lain untuk menghasilkan ayam percik ni...al-maklumlah bukannya pandai buat bara api, lagi pulak duduk dkat kawasan taman perumahan kalau buat bakar2 nnt org panggil bomba pulak..oleh kerana teringin nak makan ayam bakar saya buat dan fikir kaedah lain selain bakar atas bara dan bakar dalam oven.nak beli rasanya tak ikut citerasa anak tekak ni.buat sendiri puas hati..
haaa ni lah kaedah yg saya gunakan untuk membuat ayam percik@ayam bakar, berasap lagi ngkau!!!hoho....guna kuali leper, letak daun pisang susun ayam yg dah saya peram pastu tutup guna penutup periuk supaya masak sebati luar dan dalam.tak lama pun nak masaknya, rasanya mmg tak mengcewakan mmg sama mcm kita bakar atas bara ataupun oven, yg ni lagi sedap tau sebab sambalnya tak hilang, dia terperangkap, kalau guna bara sambalnya akan jatuh kebawah dan kalau guna oven mersti kering sangat..so, tak ada alasan lagi kalau kita tak boleh nak buat ayam bakar ni..kat mane2 pun boleh..org yg penat kerja pun boleh sediakannya..
 taraaaaa, inilah hasilnya...cantik menawan gitu...hahaha..ok jom kita skodeng resepinya...

Bahan-bahannya : )
6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
3ulas bawang putih
sebatang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 sb gula
1 sk garam
5 sb cili giling
1 sk jintam putih
1 sk biji ketumbar

Cara-caranya : )
  • kisar semua bahan dan lumurkan ke atas ayam.
  • peram selama 2-3 jam
  • panaskan kuali leper, letak daun pisang susun ayam dan tutup.
  • pastikan api yg digunakan adalah api yg paling kecik sekali.balik2kan, boleh tmbah lebihan bahan perapan tadi untuk mendapatkan sambal yg banyak.
  • boleh juga letakkan sedikit madu dan mentega supaya ayam nmpk lebih berkilat
  • masak ayam hingga masak dan nampak kehangusan..
  • dah pun siap, saya rasa dalam 15 minit dah masak dah.
senangkan!!!resepi ni juga boleh kita gunakan kalau nak buat BBQ
masa saya kat UMS dulupun, saya gunakan resepi ni untuk jamuan BBQ kos saya..mmg tak boleh lupa kenangan masa buat jamuan ni.satu kos turun berkerjasama sama2 masak, pelbagai kaum, bangsa dan agama. belajar kat sabah mmg akan jumpa pelbagai kaum dr sabah dan serawak...seronok sangat dapat pengalaman dan costmate yg sporting mcm dorg. nasib ada FB walaupun jauh kami tetap mcm dekat dan saling berhubung. semoga kwn2 bahagia dengan kehidupan masing2.amiiiinnnnn!!!!..

2 comments:

  1. mak aii...rasa mcm baru semalam jak.. weih.. x perasan pun dulu ko buat ayam percik... tau bantai ja ayam n ikan tu.. hahaha.. dapat rasa ayam percik ni secara mendalam (mengahayati tue...) hahaha, masa dkt tganu aritu.. sedap.. sedap gila2 la bnda ni..aku x da kuali leper.. aku beli nanti.. ahaha.. risau aku yin.. makan ja.. badan pun menjadi..ish!

    ReplyDelete
  2. hahaha, dah kau tak tanya aku pun tak t'fkr pun nak bg tau...aku ingat lg masa kau 1st mkn tu trs tebeliak biji mata kau...hahaha bila ku buat jak mst ku ingat....xpa, klu bdn naik nnt kau diet blk.bdn kau cpt naik n cpt turun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...