Feb 10, 2011

Cekodok Cempedak

Ain Fajar | 7:09 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi semua...dah sarapan ke?saya baru je siap masak sarapan. hari ni saya buat cekodok cempedak, lebih kurang mcm cempedak goreng ..cempedak ni pun fresh dr pokok kat kampung. masa saya bw dr kmpg belum masak lg, dah seminggu kat trgn cempedak pun masak.. c kakak mmg suka mkn cempedak ni, tu yg belum masak pun embahnya suruh juga bawa.bawa jugakla nnt kecik ati plak, c.abg awal2 dah kerut dahi tak nak bawa takut kereta dia berbau, saya pun suka so saya ambik trs masuk dlm kereta. peduli lah...belum masak bukan ada bau pun...oleh kerana yg makan cempedak ni budak kecik, sebelum goreng saya buang biji dan carik2 dulu, bila dah goreng jadilah macam kat gambar di bawah ni.
ha mcm nilah rupa cempedak goreng yg telah di buang biji dan di carik2 kecil. mcm cekodok kan? so saya ubahla name..xpe kita yg buat dia kannn. mcm cekodok pisang pun adoo nih...hehe..k jom kita tengok tepung di sebalik cempedak yg masak ranum tu..
Bahan-bahannya ;)
1 biji cempedak (20 ulas)
1 sk garam
1/2 cawan tepung kek (naik sendiri)
1/2 tepung gandum
3 sudu tepung beras
1/2 cawan air ( - +) agak2 la ye

Caranya;
  • buang biji cempedak dan carik2 kan, ketepikan
  • gabung semua tepung bersama garam.
  • bancuh tepung2 kacau sebati..kepekatan bancuhan tepung sama seperti bancuh tepung goreng pisang..
  • tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • masukkan cempedak dan gaul rata.
  • panaskan minyak.goreng cempedak macam kita buat cekodok. jemput guna tangan dan boleh guna sudu.
hasilnya akan menjadi bulat dan gebu kerana penggunaan tepung naik sendiri dan ianya rangup hasil penggunaan tepung beras.
ok selamat mencuba!!!

2 comments:

  1. huhuhu.. tak suke cempedak.. bau die kuat sangat..

    ReplyDelete
  2. adoiyai rugi2, sedap laa, akungidam lg ms ngandung c fina...durian pun ko tak mkn la yer chik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...