Jan 17, 2012

Ayam madu Berempah

Ain Fajar | 9:04 PM | 4Comments |
Assalamualaikum.
menu ayam ni sebenarnya, menu malam tadi..tak sempat plak nak update..letak sekarang pun boleh kan, boleh juga wat tok menu tengah hari ni..nak buat tok malam pun boleh sebab kita perlu perap dulu ayam ni bersama bahan2 lain..ayam yang saya gunakan adalah sepenuhnya dari isi ayam dari bahagian dada..mcm biasalah dalam family saya, kalau bahagian dada aam ni mmg tak laku..semua nak makan yang ada tulang2..tu yang tersimpan bayak...sayang la kan kalau tak masak..nak buat inti mertabak, penyakit M dah kuasai diri..fikir2 ape nak buat dengan isi ayam ni...lagi lama dalam freez nnt tak sedap pulak...so saya try buat stale mcm ni...potong nipis2 goreng dengan minyak yang sedikit. kalau ada daun pandan yang lebar2 leh balut ayam dengan daun pandan pastu goreng deng minyak yang bayak..mesti sedap dengan haruman daun pandan tu..

ok, jom kita tengok ape yang taruk sebagai perapannya...sedap juga tau walau pun saya hentam cromo je...hehehe..

bahan-bahannya :
300gm isi ayam
3 sudu serbuk cili
3 sudu serbuk kari
5 sudu gula
1 st garam
4 sudu sos tiram
2 batang serai
3 biji bawang merah
2 inci halia
2 st cukup rasa meggie.

cara-caranya :
  • tumbuk bawang merah, halia, dan serai di ketuk.
  • satukan semua bahan.
  • gaul sebati semua bahan ke atas ayam.
  • peram dalam 3-4 jam.
  • panaskan kuali masukkan 2 sudu planta.masukkan ayam satu persatu melebar.
  • masak seperti membakar dan tunggu hingga ayam nampak sedikit kehagusan dan balik-balikkan ayam hingga ayam masak.
  • sedap di makan dengan nasi panas..

selamat mencuba !!

Sotong Kunyit

Ain Fajar | 8:37 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam tengah hari...rase2 nak masak ape la agaknyer..no idea..nmpk sotong dlm frezer, tapi tinggal beberapa ekor je..urmm tak pelah cukup untuk makan 3 beranak..oleh kerana nak bagi c kakak n c adik yang makan saya buat sotong kunyit versi mak mertua saya..en.abg pun suka juga..sotong ni tak pedas tapi rasa sedikit rempah dan manis sotong...sedap juga laa..hehe saya tak berapa suka kunyit2 ni..so kureeeng sikit..nak masak tak leh ikut tekak sendiri, kena ikut tekak yang nak orang yang nak makan tu barulah seronok masak bila orang lain makan dengan selera...toi dok..

ok jomlah kita tengok resepinya senang jer..kejap je dah masak dalam 10 minit penyediaannya..

Bahan-bahannya : )
300gm sotong
1/4 sudu teh serbuk kunyit / kunyit hidup pun boleh
1/4 sudu teh jitan putih
1/4 sudu teh biji ketumbar
garam secukup
5 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih


cara-caranya : )
  • tumbuk semua bahan kecuali sotong.
  • tumis bahan yang yang ditumbuk, tumis hingga sedikit garing.
  • masukkan sotong gaul sebati dan masak hingga sotong masak. (bila sotong dah sedikit tergulung dan merengkok maknaya sotong dah pun masak)

p/s : jangan masak sotong terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong itu liat..
ok itu jerr..
selamat mencuba !!

Lepat Pisang

Ain Fajar | 8:13 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Selamat pagi..sarapan ape pagi nih...nampak gambar kat atas tu...ha tu la sarapan saya...nak menghabiskan stok pisang yang ada, dah terlalu ranum sampai warna bertukar kepeangan. nampak macam bukat lepat pisang sebab warnanya, sepatutnya lepat pisang ni warna putih pudar...

Resepi, saya minta dengan mak mertua, sebab saya tak pernah buat..sebelum ni tak bape suka nak makan so tak amik tau pun macam mn nak buat..tapi oleh kerana tak tau nak buat ape dengan pisang yang banyak dan masak serentak kenalah pelbagaikan kuih yang berasaskan pisang...saya main taruk2 je ikut sedap rase lidah sendiri..so saya tak ada sukatan yang tepat..sory la yer..



Bahan yang saya gunakan.
pisang yang masak dan di lecek
air santan
tepung gandum
gula.
sedikit garam

intinya pula :
kelapa parut
sedikit garam.

Cara-caranya
  • campurkan semua bahan. buat mcam nak buat cekodok pisang.
  • letak atas kulit pisang dan letak kelapa parut di tengah2nya dan gulung.
  • kukus sampai masak.
siap.
selamat mencuba!!

Jan 11, 2012

Mable Choclate Banana Cake.

Ain Fajar | 5:41 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
salam 1 malaysia...hahaha mcm pembaca berita yang nak memulakan laporannya palak...dah lama tak mengekek..bukan ape, sepanjang dok kat kampung tak kesempatan nak buat kek ke, cookies ke, dan roti..so bila nak mula baling membaking ni kena ada mood yang baeeek punya..kalau tak mmg tak jadi..hari nie, setandan pisang yang masak ranum di dapur memanggil-manggil untuk di usahakan..sian pulak, jauh pisang ni belayar dari perak ke Trgn..xkan nak buang...so terhasillah kek pisang yang bercorak kuda belang...lagi pun en.abg suka sangat makan kek pisang yang moist2 ni...

tengok kek saya, ada mcm kuda belang kan...tak sangka pulak belangnya mcm tu..biasanya kalau saya buat besar2 belangannya, tapi tak pe lah..cantik juga hehehe...
pandangan dari atas pun nampak cantik jew belangannya...ape2 pun terima kasih pada k.Yatie coz sudi syer resepi yang sedap nih..nak ikotkan ni kali ke2 saya try resepi ni..yang 1ts dulu tak sempat nak posingkan kek, coz nak bawa g umah kawan..oleh kerana feed back yang positif, masing2 dok puji sedap so saya try buat lagi untuk en.abg yang suka makan kek pisang..k jom layan resepi..sesiape nk try leh copy paste tapi jgn lupa kasi tau sumbernya yer...

Bahan-bahannya : )
  • 250 gm pisang dilecek
  • 250 gm tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 200 gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovellette
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 50 gm fresh milk atau susu cair (saya tukar kepada santan)
  • 90 gm minyak
  • 1 sudu besar choc emulco
  • 1 sudu kecil esen pisang (saya tak letak)
 Cara- Cara
  1. Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
  2. Panaskan oven 170C.
  3. Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
  4. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali: minyak, choc emulco, pisang, esen pisang dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu.
  5. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
  6. Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. 1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  9. Masukkan 5 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang.
  10. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 5 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 4 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
  11. Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.(oven saya masak kek ni 30minit je)..so ikut oven masing la yer..
 ok..hasilnya sedap, moist dan fresh..dan nak tau lagi rasanya mcm mn, buat sendiri hahaha..nak dtg cni bawa tapawer pun leh gak..fina tolong bagikan...amik la sorang satu..


selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...