Mar 20, 2011

Ikan Bakar

Ain Fajar | 7:59 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
 
menu malam ni ikan bakar + buncis tumis dan nasi putih...saya guna ikan biji nangke...mmg sedap..nak guna ikan lain pun boleh juga..masak 2 ekor je untuk kami dua orang. c kakak tak makan ikan pedas..ok jom kita skodeng resepi...tak perlu nak citer panjang.

Bahan-bahannya..

Bahan untuk sambal ikan bakar..
20 tangkai cili kering (boleh kurangkan jika tak nak pedas)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 batang serai
2 s/b gula merah
3 s/b gula pasir
1 s/k garam
2 s/k jintan putih
2 s/k biji ketumbar

Cara-caranya: )
  • kisar semua bahan2 hingga lumat.
  • rebus bahan2 yang telah dikisar hingga kuah menjadi pekat.
  • tambah gula atau garam jika perlu ke dalam kuah mengikut citarasa masing2.
  • letak ikan di atas aluminium foil yang dileser dengan mentega, curahkan sambal ke atas ikan
  • masak menggunakan kuali leper tutup kuali dengan penutup periuk, balik2kan.masak hingga ikan masak..boleh guna oven juga
sambal ikan bakar ini boleh di simpan dal peti ais dan ianya tahan lama.
cukup untuk 5-6 ekor ikan
selamat mencuba!!!!


Opak Ubi

Ain Fajar | 6:15 AM | 0Comments |
Assaalamualaikum..
opak ubi? pelik kan namanya...ni adalah kudapan nenek moyang kita..ianya di perbuat dari ubi, di keringkan dan digoreng..lain bahasa lain panggilannya..yang saya tau namanya opak tak tau dari bahasa ape..hehehe sory yer saya lum buat rujukan terperinci lagi dan tak menuntut pun lagi, so xada resepi lah, gambar sahaja cuci mata je k... huhuhu kijamnyaaa...xpe jgn susah nnt dah menuntut dr nenek moyang saya kongsi di sini..mmmm ada lagi ke nenek moyangnya hahaha.. jumpa cucu cicit kepada nenek moyangnya lah..boleh kan?
sebenarnya opak ni adalah pemberian ibu mertuaku..banyak dia beli pastu bahagi2 kat semua anak2nya..dia tau cucu2nya suka makan terutama adliana syuhada (c kakak lah)..
inilah opak yg saya maksudkan tu, mcm pepedom kan..tapi bukan, yg ni saya dah potong kecil dan goreng. goreng dua keping selesai kakak makan sorang. adiknya mintak dia bagi sikit je punyalah kedekut, kalau tak simpan tak merasalah ayahnya..rasanya lemak2 ubi mmg sedap, kira jajan yang sangat sihat..tak ada bahan2 yg tidak sihat di dalamnya..
ini adalah rupa paras opak yang belum di goreng..sekeping bulat ni besar tau, rasa-rasanya 12 inci kot..kalau nak goreng besar2 mcm ni boleh gak tapi kan guna kuali besar n minyak yang banyak..saya nak jimat dan senang nak makan gunting kecil2 mcm pepedom..

ok jom kita makan dulu, sambil tengok mentor musim ke-5...hehehe...ade yg nak ke...leh beli kat petropam, siap di goreng tinggal makan je..tapi kan yang saya perasan, banyak jual kat petropam area perak..tempat lain tak pasti...sowyyyy...klu nk saya boleh belikan..hihihi
tq yer mak sedapnyaa opak ni..leh buat kudapan ontheway balik kampung ujung minggu ni..byby

sambal ikan bilis

Ain Fajar | 5:31 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam bersiaran..seperti yg di janjikan n3 kali ni adalah sambungan n3 yg sebelum ni..sebelum ni saya post resepi doh untuk membuat burger malaysia..kali ni saya nak kongsi intinya pulak iaitu inti sambal ikan bilis..ada sesetengah org menggunakan inti sardin dan ada juga yg guna daging burger yg dihancurkan sebagai inti kuih ni...tapi sambal ikan bilis ni adalah kebiasaannya dan sangat di gemari org ramai...sambal ikan bilis ni juga kita boleh jadikan inti bun ikan bilis dan juga boleh di jadikan sambal nasi lemak...saya guna resepi yg sama untuk membuat sambal nasi lemak dan bun...
haaa ni lah dianya....kita kn guna ikan bilis yg gabak2 ( besar) je yer, br ada ummmh!! jom kita skodeng resepinya..

Bahan-bahannya :

200 gm ikan bilis (yg telah di buang isi perut dan tulangnya)
5 ubiji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam keping
20 tangkai cili kering
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air (jika perlu)
5-6 s/b gula
1 sk garam
perasa (ajinomoto)
1/2 cawan minyak

Cara-caranya : )
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering hingga lumat.
  • panaskan minyak  dan tumis bahan2 yg telah di kisar..
  • terus masukkan gula, garam, bahan perasa, sos tiram dan asam keping. kacau sebati.
  • apabila sambal dah sedikit mengelegak, masukkan ikan bilis. masak hingga ikan bilis lembut, kalau ikan bilis masih keras boleh masukkan air.
  • masak hingga sambal agak kering..rasa sambal ikut kesesuaian masing2..
  • sambal ikan bilis akan rasa sedikit manis. rasanya harus seimbang manis, masin dan pedas.
p/s :
  • untuk inti bun, sambal harus pekat, untuk memekatkan kuahnya taburkan sedikit tepung dan kacau dalam keadaan api perlahan.
  • untuk sambal nasi lemak kuahnya agak banyak tak perlu tabur tepung.

Mar 17, 2011

Burger Malaysia

Ain Fajar | 10:29 PM | 1Comments |
Assaalamualaikum..
salam hari juumaat..hari ni saya buat sarapan burger malaysia..hahaha ada yg tau dan myb ada yg tak tau kan..kuih ni antara menu mak cik2 kantin sekolah...arwah mak saya pun tiap hari buat kuih ni dulu..sejak saya kecik2 lagi my mom dah buat kuih ni..masa saya kecik sebesar c kakak my mom anta kuih kat kantin sekolah, bla saya dah sekolah menengah baru dia tander kantin sendiri..rezki niaga kat kantin la yg membesarkan kami adik beradik..jom kita tengok mcm mn org malaysia buat burger hehehe
haaa inilah rupa kuihnyer..org panggil burger malaysia tak tau lah kenapa, ada juga yg panggil donut goreng..myb intinya sambal ikan bilis so org ubah namanya..resepi ni juga kita boleh buat donat goreng yg intinya kacang merah..
 Burger Malaysia.
sumber :  k.maz dr ilhamdapur

Bahana-bahannya : )
1/2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
3 sb susu tepung (susu c kakak menjadi mangsa ibunya)
2 sb mentega cair
1 sb gula
1/4 sk garam.

Cara-caranya : )
  • campurkan yis, gula dan air suam kacau rata kemudian biarkan seketika. masukkan mentega cair.
  • gaulkan tepung, susu tepung dan garam. 
  • kemuadian masukkan air yis tadi kedalam tepung
  • uli adunan hingga menjadi doh yang licin dan lembut. (saya guna tangan je), kalau melekat kat tangan sapu tangan dengan tepung jangan tamabah tepung lagi
  • biarkan doh 30 minit..kemuadian tumbuk2 sedikit.
  • bulat2kan dan tekap menggunakan muka gelas untuk dapatkan bentuk yang cantik.
  • biarkan seketika dalam masa 15minit..bila kita angkat, doh tu ringan je..
  • boleh di goreng dengan api yang perlahan..sentiasa di balik2 kan untuk mendapatkan warna kuih yang sekata dan cantik.
  • apabila sudah kuning angkat dan toskan
  • belah kuih di tengah2 tapi jangan putus. letak inti sambal ikan bilis..
  • sedia dihidangkan..mmmmm mmg sedap, lembut dan mengeyangkan..lagi2 minum dengan teh strawberry

selamat mencuba!!!
resepi sambal di n3 seterusnya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...