Feb 23, 2011

karipap Pusiang sardin

Ain Fajar | 4:43 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni, saya buat semalam dan makan untuk sarapan pagi ...saje bosan tak buat ape buatla karipap pusing..bukan ape time boring2 ni, rajin sikitla buat karipap pusing, coz nak buatnya makan masa sikit..saya mmg suka makan karipap pusing ni..dah lama teringin nak belajar, akhirnya saya mahir juga membuatnya...hahaha mahir tak mahir la, kira bolehla kan...


dah banyak kali dah buat, saya dah syer kat n3 sebelum ni, tapi intinya berbeza lah..k jom kita tengok resepinya..resepi ni saya belajar masa ngandungkan kakak..arwah my mom yg suruh saya pegi kelas gantikan dia..masa tu dia dah tak sihat..bila buat kuih ni mmg syahdu teringatkan dia..

Bahan-bahannya : )
Bahan kulit karipap.
bahan A
120 gm tepung gandum
20 gm mentega 
1 sb gula
60 ml air sejuk

bahan B
90gm tepung gandum
1 sb minyak jagung
50gm shortening.

Cara-caranya : )
  • satukan semua bahan A.
  • uli bahan hingga menjadi doh yang lembut.
p/s : janagn uli doh dengan cara meramas tapi dengan hanya menggunakan hujung jari untuk mengelak doh menjadi liat.
  • satukan juga bahan2 B, hingga menjadi satu doh yang lembut.
  • gunakan hujung jari untuk menguli doh.
Bahan-bahan inti.
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
gula
garam
2 biji kentang

Cara-caranya : )
  • kupas kentang dan potong dadu. kemudian rebus hingga empuk, ketepikan.
  • kisar bawang besar, halia, serai, dan bawang putih. 
  • tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan sardin sambil hancur2kan isi ikan.
  • masukkan gula dan garam ikut citarasa sendiri.
  • masukkan kentang yang telah di rebus tadi. tunggu hingga inti kering.
  • sedia untuk membuat karipap..
ok gamab2 kat bawah adalah kaedah yg saya gunakan untuk melapis kulit karipap pusing ni..kaedah ni saya belajar dari kakak saudara saya (kak milah). kak milah ni mmg pandai buat kuih muih. sekarang ni dia seorang pengusaha biskut raya..sambil bekerja sebagai guru tadika..dia mmg seorang yang sangat kuat semangat.saya mmg puji sikap peribadinya..terima kasih banyk2 ilmu yg sudi dikongsi bersama. Dia ajar saya dengan membuat demo 2 kali kat umah dia, pastu saya latih sendiri..tak susah pun 2 3 kali try dah pandai. so kalau korang try mesti menjadi, yg penting usaha..


ok, bila da siap kedua-dua doh, bulatkan sebesar duit 50sen, mcm kat gmbr sebelah ni yer..yg putih lebih kecil dari yg kuning





kemudian, masukkan doh yg putih kedalam doh yg kuning..leperkan guna tangan je, pastikan yg tengah tebal dan sekelilingnye nipis sedikit.



jadi lah seperti ini.bulatan yg besar.






kemudian, gelek nipis seperti yg tertera di gambar.







kemudian potong guna pisau separuh bulatan.





pastu gulung mcm yg kat dalam gambar tu. jari tangan kiri gulung jari tangan kanan  tekan bahagian tengah supaya ianya gulung ikut bulatan.










so, jadilah mcm ni..mcm ulat gendon (ulat daun) kan? hihihi







kemudian gelek lagi mcm yg kat gambar tu.






pastu gulung..





pastu potong 2. jadilah mcm yg kat gambar tu. kiranya 1 biji leh hasilkan 2 biji karipap.





pastu gelek. pastikan yg bhg dalam diatas mcm yg saya letak di sebelah yg leper tu.






kemudian leh letak inti dan klim karipap mcm biasa. boleh juga kalau nak guna acuan karipap.





ok dah siap!!!

dah boleh goreng..boleh juga disimpan buat mcm kuih frozen.





kalau nak goreng karipap ni gunalah api yg slow supaya kulitnya masak sebati, dan warnanya cantik..kalau makan time suam-suam kuku mcm mkn pastry gitu...lembut tapi rangup..mmm mcm mn tu yer...hihihi naka tau kena try dulu...faham tak kaedahnya tu..kalau tak faham leh tanye k...
ok lah selamat mencuba yerrrr....

    Feb 21, 2011

    Kebab Daging

    Ain Fajar | 6:13 AM | 3Comments |
    Assalamualaikum..
    salam semua..ni sepatutnya n3 mlm semalam, tak de mood nak up date blog bila line tenet slow sgt2..semalam rasa malas nak makan nasi..tengok dalam frez ada lagi daging cincang yang berbaki, mmm trs ajak en.abg pg kedai cari roti kebab..nasib ada, rezkilah kan...pasar area trgn ni, saya belum jumpa lagi orang jual kebab...so buat sendiri lah, tapi x sama lah mcm yg kat jual kat pasar malam tu, peralatan tak ada..tak pe janji sedap juga kan..
     ni la kebab yg tak berape nak cun..yela main curah je sos tu, tu yg tak cantik..mula2 buat 3 biji je, yg tak ada sos tu kakak punye..2 biji lg untuk saya n en.abg, pas tu buat lagi abiskan inti.. 
    k lah jom kita tengok mcm mn nak buat inti daging kebab ni..senang je...saya hentam jerr, tak sangka menjadi..bila leh telan 2 biji kebab daging, beranilah nak syer kat cni...

    Bahan inti..
    4 biji roti kebab
    100gm daging cincang
    1 biji bawang besar
    6 sudu sos lada hitam
    hiasan
    1 biji telur
    timun
    sos cili

    Cara-caranya :
    • hiris bawang besar dan tumis hingga layu
    • masukkan daging cincang tunggu daging sedikit masak
    • masukkan sos lada hitam dan kacau sebati. tunggu daging masak dan kering..
    dah siap, senang je kan, sos lada hitam tu mmg dah sesuai rasanya tak perlu letak garam dan gula lagi...saya guna sos black paper serawak...mmg sedap
    ok selamat mencuba yerrr...

    Feb 19, 2011

    ikan kembung sweat sour

    Ain Fajar | 4:22 AM | 3Comments |
    Assalamualaikum...
    Menu tengah hari , mmg mengancam..kenyang perut keluarga saya..kalau korg perasanla kan, menu ikan yg saya masak ni, asik ikan kembung je kan..hihihi..nak buat mcm mn, dah membesar dengan ikan kembung dari kecik sampai la sekarag ikan kembung jd pilihan utama…ikan kembung flexible, masak ape pun sodap..lagi pun tak ada ikan lain yg menarik minat saya, ikan kat trgn ni gabak2 (org trgn kate bapok beso2 ikang),  tu yg tak berapa nak minat tu..

    Ok lah jom kita tengok resepi..saya main campak je..tp jagan isau k mesti sedap..
    Bahan-bahannya 
    4 ekor ikan kembung
    3 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    ½ inci halia
    2 sb sos tiram
    6-7 sdb sos cili
    1 sdb gula
    ½ sk garam
    ½ cawan air

    Cara-caranya : )
    • Cuci ikan kembung bersih, lumur dengan serbuk  kunyit dan garam, kemudian goring garing.
    • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia di ketuk kemuadian tumis bersama cili padi hingga naik bau.
    • Masukkan sos cili dan sos tiram, serta masukkan air..kacau sebati.
    • Masukkan garam dan gula, gaul tunggu higga sedikit pekat.
    • Masukkan ikan yg telah di goring tadi dan gaul sebati.
    Siap!! Sedia untuk di hidangkan…
    Selamat mencuba!!!mesti sedap

    kailan udang kering

    Ain Fajar | 3:16 AM | 0Comments |
    Assalamualaikum…
    Menu tengah hari tadi, saya buat sayur kalian masak bersama udang kering…biasa kita dengar kalian ikan masin. Oleh kerana saya tak makan ikan masin (ish!!ish!! mengalahkan mat saleh, dorg pun dah pandai makan ikan masin huhu), so saya ubah ikan masin kepada udang kering..rasanya tak jauh berbeza malah lagi sedap, tapi bagi yang suka makan ikan masin, boleh tukat je udang kering tu dengan ikan masin..ikut suka masing-masing la..senang je..ini kali kedu saya buat mcm ni…

    Jom kita skodeng2 resepinya.

    Bahan-bahannya : )
    Bahan A
    2 pokok kalian
     Sedikit air
    Bahan B
    2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih
    2 sudu udang kering
    1 sb sos tiram
    6  biji cili padi

    Cara-caranya : )
    • Tumbuk bahan B hingga lumat.
    • Tumis bahan2 yg telah di tumbuk hingga sedikit garing.
    • Masukkan sos tiram, kacau
    • Masukkan sayur kalian kacau sebati. Tunggu sedikit layu..
    • Sedia untuk di hidangkan..
    Selamat mencuba..


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...