Dec 23, 2010

Karipap Pusing

Ain Fajar | 4:19 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

N3 kali ni nak kongsi resepi karipap pusing..saya suka sangat makan karipap pusing berbading karipap yg biasa mungkin dulu dah hari2 makan karipap so dah jemu..dulu arwah mak jual kuih kat kantin sek sejak saya sekolah rendah lg sampai la saya masuk UMS mmgla dah jemu..karipap pusing ni xpenah nak jumpa. arwah mak x tau buat..arwah mak suruh saya pegi kelas belajar wat karipap pusiang. katenyer dia dah x lama so suruh saya yg muda ni belajar..mmg sedih la bila teringat..dia x sempat pun nak rasa karipap yg saya belajar ni..tiap kali saya buat mst teringat xtau nak kongsi kegembiraan dgn siapa..so saya ingat nak syer kat dlm blog ni..

karipap ni kalau kita buat dan terus goreng lapisannya dan rasanya mmg mcm pestry, rangup !!selalunya saya buat inti sardin atau kari ayam + kentang. tapi kali ni saya letak inti isi ikan..maklumlah dah duduk trgn ni semuanya ikan..en.abg suka inti ikan..ok kita tengok resepi kulit karipap dulu.

Bahan-bahanya :)

bahan A:
120 gm tepung gandum
20 gm marjerin
1 tbsp gula
60 ml air sejuk

Bahan B:
90 gm tepung gandum
500gm lemak sayur
1 tbsp minyak jagung

Cara-caranya : )
Bahan A.
  • campurkan semua bahan dan masukkan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh. rehatkan 15 minit.

Bahan B
  • campurkan semua bahan hingga menjadi doh dan rehatkan
  • canaikan kedua-dua doh setebal 2.5mm dan bentukkan petak
  • lapiskan kedua doh secara bersilang dan lipat 4 dan rehatkan.
  • canaikan doh nipis, sapu air dan gulung. rehatkan doh selama 1 jam
  • potong doh dan canai dan sedia untuk membuat karipap.
nota: cara membuat doh karipap pusing agak rumit, ianya sama seerti membuat homemate pastry.
jika ada kesempatan saya akan buat tutorial membuat kulit karipap pusing dan kulit pastry..

 
ini lah rupa inti ikan. saya buat kering..sebenarnya saya belum lagi berguru dengan sesiapa, try2 jer..bila en.abg kate ok berani lah saya kongsi di sini..

Bahan- bahannya : )
4 ekor ikan kembung rebus
1 batang serai
2 biji bawwang merah
2 ukas bawang putih
1 inci halia
garam
gula


Cara-caranya :)
  • rebus ikan kembung besama asam keping dan 2 stp garam.
  • keluarkan isi ikan dan tumbuk lumat
  • kisar halus bahan lain.
  • tumiskan bahan2 kisar hinga garing, masukkan isi ikan yg telah di tumbuk.
  • perasakan degan garam, gula dan ajinomoto mengikut kesesuaian.
  • kacau hingga isi ikan benar2 garing.
ok selamat mencuba. sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Mi Kari

Ain Fajar | 3:39 PM | 4Comments |
Assalamualaikum..

Malam semalam ada tetamu jauh nak datang...kawan en.abg ms belajar kat MFI dulu tp skrg dorg bekerja tempat yg sama..mereka datang sebab nak tengok umah kami la kot sambil2 bw maknyer jalan2, mak kwn en.abg ni datang dr klang saje dia jln2 ke umah anknyer..en.abg pun knl dgn mak kawan dia, tu yg mak kawan en.abg ni sibuk nak datang umah kami..pening juga nak jamu ape kat dorg..ye lah dorg nak datang dah bg tau awal2 so kn la jamu makanan yg agak berat ckit....termenung kejap....fikir2 buat laksalah..ok en.abg blk nnt pg kedai beli ikan..tapi malangnya ikan xada, maklumla time musim tengkujuh ni mana la ada org turun ke laut tangkap ikan...dah pening balik nak masak ape la plak...last2 nmpk kerang..haa terus lampu kat kepala becahaya hehehehe...masak mi kari je lah senang..


resepi ni saya belasah je asal jadi mi kari...tp sure jadi...hihihi...bukan nak masuk bakul angkat sendiri dah dapat pengiktirafan dah tau...mak kawan en.abg makan je terus kate sedap..wohoo terangkat beb..masak2 campak2 pun org kate sedap siap kate leh jual kat kedai lagi...2 3 kali lah dia ckp sedap..saya pecaya bukan ape, dorg ni asal dari pineng so kari2 ni mmg dah sebati dgn ank tekak dorang so klu dorg kate sedap mst sah punye hehehe ok saya kongsi resepi dgn korang plak...

Bahan : )
1 kg mi kuning yg telah di celur.
3 biji bawang merah
3ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah karas
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 bungkus serbuk kari babas (250gm)
500ml air
1 kotak santan segera (250 ml)
1 ketul kiub ayam maggie
fish ball
fish cake
kerang yg telah direbus dan yg telah di buang kulitnya

hiasan :
2 batang sawi
1 batang cili hidup
telur rebus
daun sup
bawang goreng

Cara-caranya :)
  • kisar halus bawang putih, bawang merah,halia, dan buah karas.
  • tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan kisat hingga naik bau
  • masukkan serbuk kari tumis hingga naik minyak dan masukkan air..
  • apabila air sudah menggelegak masukkan fish ball, fish cake, kiub ayam dan kerang.
  • masukkan santan kacau jangan biarkan santan pecah
  • ok siap..boleh di hidangkan
selamat mencuba...cawww

Dec 21, 2010

Trip to Melacca

Ain Fajar | 6:12 AM | 2Comments |

Assalamualaikum

Minggu lepas selama 3ari saya sekeluarga dgn sebahagian keluarga En.abg buat family day lagi, kali ni kami ke Melaka yg baru je jadi negeri maju, ini kali ketiga kami wat trip becuti ramai2 dgn adik beradik En.abg,kali pertama kami ke Terengganu, masa tu kami br je kawin, belum duduk kat Terengganu pun. kali ke dua kami ke Langkawi, masa tu kakak br umur setahun lbh baru dpt kaki penat kejar dia je dan tengah ngandungkan c fina 4bulan,adik En.abg pula baru kawin mcm kami dulu...memang tempatnye sgt2 menarik dan banyak tempat2 mesti pegi..sampai kami semua x sempat nak lawat dlm masa 3hari..agak kecewa juga sebab tempat2 sejarah yg biasa org pg dan utamakan xsempat kami kunjung...redho je lah kita ni merangcang semua Allah yg tentukan...
Dah seminggu saya x jengok2 rumah siber ni, mn x nyer, 3hari sebelum pg melaka saya kn demam kepala ni mcm ada batu besar je..bla dah sihat sibuk buat kuih tok bawa ke melaka..sume persiapan tok ke melaka dah siap c fina plak demam, hasil kena cucuk seminggu yg lepas, nasibla xlama,sebelum pg melaka c fina dah sihat alhamdulillah la...klu x meragam je lah..
Trip kami ari khamis tapi kami yg jauh kn la betolak awal, hari rabu kami dah gerak ke klang, adik beradik En.abg sume tgl kat area klang n Shah Alam so sume kn kumpul kat sane la termasuk la mak n abh metua saya..

c kakak n c fina ni pun dah x sabar nak pg becuti...lg2 la c kakak dia mmg suka semua org ada kat keliling dia...





hari khamis seawal jam 4.30 pagi kaum ibu dah pun bangun siap2kan sarapan tok trip ni, barang2 semua dah masukkan malam tadi nyer klu x siap2 mst xsempat nak betolak kul 7.00 pg..mcm dlm jadual yg kami dah rancang awal2 lg, kaum bapa plk masih tido sebab dorang yg nak drive, kami ni leh kadoq tido ms perjalanan..tp sian plk kat En.abg xleh tido..biasalah klu kat tempat org mmg dia susah nak tido, lg2 la cuaca kat klang panas walau pun waktu malam..
kami bertolak tepat jam 7.00 pg dan berenti di R & R tok sarapan, sementara tunggu adik En.abg sekeluarga..dorg ni dtg lambt ckit sebab dorang bedua kn masak2 juga.kami semua kumpul kat klang, yg adik En.abg ni tgl kat shah alam, dan ada sefamily lg pun tgl kat Shah Alam tp dia follow kenmudian.sementara tunggu dorg kami makan dulu n ank2 main dulu kat taman permainan yg ada kat c2...c kakak n c fina mmg pantang nmpk taman permainan, tgh ngantok pun trs bulat mate x ingat dah nak tido.
..

ha ni la gmbr c fin yg sempat saya snap, ssh gak nak amik gmbr dia laju je lari sane cni, x ckp tanah nak kejar.bdk baru dapt kaki mmg mcm ni lah..yg kat sebelah kanan ni gmbr ank2 buah En.abg n adik beradiknya..yg tudung biru2 kak nani En.abg n 2 org boy2 ank kak nani. yg tudung putih tu satu2nya adik pompuan En.abg..dorg ni pun mmg suka post muka dpn kamera hihihihi...




dalam kul 9, baru adik En.abg sampai n kami terus je gerak ke Melaka..
sampai d melaka kul10.30, laju jg dorg beresing ni, ntahla saya pun xsedar lena tido dgn ank2, En.abg drive sorg2. yg kat dlm kete2 lain pun sume layan mate driver je yg bersengkang mata. mst dorg lumbe2 tok ilangkan ngantok...yg kat atas ni hiasan yg ada kat tgh2 jalan, saya amik bila sampai jer kat Melaka..

 destinasi kami yg pertama taman buaya..sepatutnya destinasi pertam zoo melaka, tp cuaca hujan, mini keretapi x jalan waktu jln licin, ank2 ramai kecik2, abh plk xleh jln kaki kn gn kerusi roda, so km trs ke taman buaya..ms ni hujan pun dah berenti..





ha nmpk x, buaya kat belakang saya tu, ni buaya betoi tau tapi dah di awet, mmg beso la, bdn saya pun x sebeso buaya ni..
 sempat En.abg saya begambar d reflika mini bangunan penjajahan sejarah melaka dgn topi cow bow nyer2, kat dlm taman byk mini reflika yg jadi kebanggan negara kita..antaranya, jambatan pulau pinang, KLCC,tugu negara dll..
 haa ni antara buaya yg ada kat dalam taman buaya ni, mmg besar..ms kami datang buaya2 ni sume tido, siap ada yg tenganga lg. ingat manusia jer, buaya pun sama. mmg beso2 buaya kat cni, batak jg kami tengok..
c kakak dgn abg saudaranya..kakak ni dgn abg dia mmg rapat sgt2, kemana2 je mst pegang tangan jln sama2 mcm adik beradik jer. dgn adiknya pun x mcm2...dorg ni rapat mungkin masa kecik2 syuhada pkai tuam perut yg ada pusat abgnya ni, 2 yg rapat sgt, bla jumpa ssh nak pisah..

 



 Destinasi seterunya, taman rama2...kat dlm taman ni bukan rama2 je, binatang n serangga lain pun byk...besar jg tmpt ni, jln nyer turun naik tangga..lengit la, kn dukung c fina lg..lagilah betambah letih..nasibla kakak leh jln sendiri..
saya kenalkan pada c fina rama2...c fina pun mmg suka tngok binatang n serangga ni..saje kenalkan cpt kat dorang..kami pg kat tmpt2 mcm ni pun sebab nak bw ank2 n kenalkan kat dorg alam flora n fauna..




destinasi seterunya isi perut, dah tengah hari, perut lapar campur penat lg..nak check-in masih awal so kitaorg mkn la kat taman botani, bawah pokok mmg sesuai tok berehat mkn-mkn..


suasan masa kami mkn2 di bawah pokok di taman botani..mmg seronok sesekali bekelah mkn2 mcm ni..





selesai mkn kami terus je rumah penginapan kami sepanjang di melaka..... A Famosa banglow..

haa ni lah A Famosa banglow..kali ni penginapan En.abg belanje, saje kami pilih banglow sebab ada 4 family 2 org bujang dan mak abh..selesa ckit, ni pun penuh satu rumah ni..ada lg penginapan lain mcm bilik, hotel n aparment yg boleh kita sewa di bawah A Famosa...kws A Famosa ni mmg luas sgt2, dr tmpt penginapan, pdg golf, animal safari, wet wold, co bow town, pin ball, mcm2 lg semua satu tempat... mmg sng nak pg sane sini...cuma bndr sejarah je jauh ckit...sesiape yg nak ke melaka mmg A Famosa tmpt yg org mst pegi selain tempat sejarah..klu nak pg tngok jer kat internet sume maklumat ada d ujung jari...

hari ke-2 kami d melaka

masa meronda kwsn animal safari naik bus berjaring...huhuhu xtau la ape nm kenderaan ni.....kepala mcm lori, tmpt duduk mcm bus,ada kandang plak, bedal je la labuu..
 family kami cbuk bg mkn gajah2 ms pertunjukand cow boy town..
 kenangan ms kat cow bow town, selepas pertunjukkan
 sempat la kami sekeluarga begambar kat kete antik ni.


 kenangan lawatan ke animal safari









 mlm hari kedua kami pergi mkn besar kat medan ikan bakar sungai duyung...mmg ramai pelanggan. org kate tempat ni sangat terkenal di melaka selain medan ikan bakar umbai..
 dlm gmbr ni antara menu yg kami oder ketam black paper, udang madu, sotong goreng dll, hg mmg berpatutan...ok  servis cpt, msk pun cpt xlm kami menunggu walaupun org ramai, yg penting mesra pelanggan





 Hari ke-3 kami d melaka, km melawat ke bandar melaka, badar sejarah ...byk tempat yg kami xsempat nak pg, org sangat2la ramai, cuaca panas terik, ank2 pun masing2 meragam...
kat sebelah kiri ni menara taming sari..x masuk pun kat luar je..
 kenangan kat beca berhias, teringin nak naik beca ni round bandar melaka tp x sempat juga..saya dah berangan dr trgn lagi nak naik tp xkesampaian jg.amik gmbr je dgn kakak..



ni plk kat kapal..pun x masuk juga dah x larat nak memanjat..nak dukung fina lagi, kakak plak ms ni demam coz mandi kolam time ujan, dah xlarat nak jalan muka pun masam je...


kenangan dgn family d bawah menara keris taming sari...yg tiang putih besar kat belakang kami sebenarnya bentuk keris klu kita tngok dr jauh mmg nmpkla sebilah keris..


ni family borhanuddin adik En.abg saya yg tgl kat Shah alam..br ada sorg ank Ainul Mardhiah...dorg dua org sebaya ngan saya tapi kn pnggl saya kakak...huhuhu mcm tua sangat je..ape leh buat kn pggl ikut pangkat..





ni abg yg ke-2 En. abg saya,dorg da da 3org ank dah bujang pun..dah besar ssh nak suh amik gmbr sm2..









ni plk adik beradik En.abg yg paling rapat...ada 3 org lain lg, yg jrg jumpa..yg 3org2 cbuk dgn urusan masing2..ssh nak jmp blk kpg pun jarang jg.
lps tengok bandar bersejarah, hari pun dah petang kami pun gerak balik nak beli belah pun x boleh dah c fina dah jerit2 nangis...penatnyer mkn masa 2 3 ari rasanya...tp best la..dpt jalan2...insya allah ada ms n kos nak dtg ke melaka nak pg tmpt2 yg lum smpt kami lawati..yg pnting nak naik beca round bndar melaka...ok lah

ok cawww...

Dec 12, 2010

Ole-ole dr Sabah

Ain Fajar | 4:09 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

Sebenanrnya N3 ni utk ari sabtu semalam tapi keadaan kesihatan x m'izinkan, line ternet pun lemau je..tambah2 la sakit kepala saya ni...pagi ni alhamdulillah dah beransur sembuh sikit dpt jg up date blog.

Hari jumaat yg lepas saya on line FB, biasanya on line kejap2 jer. biasalah ladtop ni bkn saya punya pinjam je En.abg nyer, klu dia keja mmg xleh nak online la, jumaat En.abg cuti so saya bekesempatan on line..ms tgh online, kwn saya dr Sabah bg salam dlm chat room (sarhana nm nyer,km pggl dia Sar, bukan penyakit Sars tu yer hihihi)..mulanya mmg xbls, coz saya keluar jap tgl je ladtop kat umah tebuka, bila smpi umah line ternet muram jer xdptla nak bls msg, dah di takdirkan ternik makin aktif so sy pun bls msg sar td...sembang punya sembang pastu dia ckp nak dtg KL dan terus ke Terengganu...haaaa tebeliak mata.. bio betul si Sar nak dtg Trgn ni...aik wat ape, byk duit dia nak jalan2 sampai ke semenanjung ni. Rupanya dia nak anta robongan meminang utk abgnyer di Kuala Trgn...wah ada can la nak jumpa ni.K.Trgn dgn Dungun 2 jam perjalanan..dah dekat mst amik peluang utk jumpa..dah 5 thn x jumpa..sedar x sedar dah 5 thn kami tinggalkan UMS..saya berharapla dpt jumpa Sar..last saya jumpa Sar ms hari convocation.

Bila En.abg balik dr solat Jumaan saya pun cerita yg Sar nak dtg Trgn, mcm xada perasaan je En.abg ni...saya pun pujuk En.abg pg ke Kuala Trgn nak jumpa Sar, pujuk2 last2 dia nak jg pg bila saya kata yg Sar ada bawakan kek lapis serawak...cik Sarhana ni tokey kek lapis kat kpg dia, teringin nak makan kek air tgn dia so dgn xmalunya saya minta dia buat tok saya....hahahah hua hua...lg pun En.abg saya ni suka sangat makan kek lapis serawak. nak tunggu bininya buat x buat2 asik cakap n berangan2 je nak buat. hahaha, ank saya pun c kakak ni pun suka makan kek.

Tadaaaa... ni la ole-ole dari sabah. kek lapis serawak...kek ni original dr Sabah siap naik kapar tebang lg...sedap kek ni ada chocolate...

ok nak cerita perjalanan kami ke K.Trgn..Kami ni xtau jg selok belok kat K.Trgn ni, nasib la En.abg ramai kawan kat c2, leh la tanye dorang..tkt gak sesat K.Trgn ni bukan kecik..Sar tiggal kat chele Anees kat kpg Bukit Rakit...kami ni follow jer info yg kwn En.abg bg tau...tp tersasar juga nasib x jauh sempat perasan..kononya terpegun tengok UMT, besarnyer UMT...tp besar lg UMS hehehe jgn mara haa, mmg dah keyataan UMS universiti yg terbesar kat Malaysia ni...akhirnya kami juumpa jg chele Anees kecik je tmpnyer tp cantik tepi laut lg...sape dtg trgn leh la sewa kat chele ni...bila dah jump mmgla xabis nak bercerita, sembang pasal perkembangan kwn2 lama..seronoknya masing2 yg lelaki sume jd cikgu, yg pompuan pun cikgu jg ada yg tetap ada yg masih kontrak, si Sar ni pun cikgu sandaran jg..weh!!saya pun cikgu juga, tp ada 2 org je ank murid syuhada n syafina...jadi tukang masak En.abg...huhuhu...xpala..yg penting keluarga bahagia...sibuk org ckp saya ni rugi je belajar tinggi2 jauh2 pastu jd suri rumah je...seday jg : (, tp biala...saya suri rumah berIjazah tauu...

haaa ni la Sarahana Mohd Amin..cantik kan...ops!!dah berpunya tau hihihi..kami sama mcm dulu lagi sama2 slim...hehehe steedy la Sar nmpk kurus ba kau...hihihi..tp gmbr ni nmpk jauh.en.abg la ni x pnd..kami ni dulu mmg rapat, yela cost mate kan,buat keje sama2, so sume sama2la, masak, shoping, tidur, bergosip yg plg serasi hihihi..tersenyum sendiri bila terkenang zaman belajar dulu.best sgt2. zaman belajar la kenagan yg plg seronok dlm idup xfkr ape pun cm belajar, exam dan assiment.Duit tiap sem masuk. xbyr utang lg ni..hahaha

ni jelas ckit kot, tp mcm jauh juga..xpelah ada juga kenangan..ingat dah xdpt jmp sar lg..ye lah negeri jauh2, klu nak saje2 jln mmg sshla, kos tinggi...so km amik kesempatan sembang lama..nasib baik En.abg sporting tlg jg anak2..tq la kat abg kerana memahami...

ni gmbr ank2 yg sempat En.abg amik..En.abg bosanla tu..layan la ank2 main,.bila lg kan..hhihihi..seronok jer tngok ank2 main, saya pun ghalid la bersembang...jam pun dah pukul 3 ptg..c fina mula meragam, nak tido...tula masa ontheway xmau tido, paksa2 pun xmau jg..skrg dah meragam..bila ank dah meragam En.abg pun cpt2 ajak blk..mmmm terpaksala minta diri dulu, lg pun Sar nak bersiap, nak pg ke majlis pertunangan abgnya...huhuhuu...xpalah ada rezki thn dpn jmp lg, masa abg nya kawin...klu ada rezki lebih masa Sar kawin leh pg Sabah plk..

ok, kita berenti dulu, cau cin cawwwww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...