Feb 22, 2012

Alphabet A ( aktiviti 3 )

Ain Fajar | 7:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Aktiviti seterusnya, masih lagi memperkenalkan c kakak dengan huruf A..saya buat replika pokok epel..sebelah huruf besar dan sebelah huruf kecil..saya suruh kakak bezakan dan tampal supaya dia tau perbezaan huruf kecil dan besar..
saya lupa plak nak amik gambar bahan2 yang di gunakan untuk buat pokok epel ni..
saya guna :
  • kertas berwarna hijau, hitam dan merah
  • pinggan kertas
  • maker pan
  • gunting

lukis atas kertas hijau bentuk daun rendang
kertas merah saya lukis bentuk epel dan potong serta lebelkan dengan huruf A kecil dan besar
kertas hitam jadi batang pokok
pinggan kertas jadi tanahnya..kalau rajin warnakan dengan warna coklat.

proses membuat pokok bahagian daun..sedang letak gam

khusuk c kakak meletakkan gan atas epel kertas untuk tampal kat daun yang rendang tu.

inilah hasil yang c kakak dah siapkan..

selain itu juga saya buat juga pokok epel tapi bukan yang 3D, tapi hanya lukis kat kertas..dan saya buat bulat2 je tok lebel huruf2..saje la senang nak simpan dalam fail nnt.
layan je lah gambar dorang menampal huruf A besar dan kecil.





haaaaa dah siap..ni lah hasilnya

Alphabet A (aktiviti 2)

Ain Fajar | 6:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Aktiviti kedua, buat pada hari yang sama..sepatutnya masa buat ni 2 hari yang lepas..tapi saya tak sempat nak update...sebab ikut en.abg g kuantan..dan saya pergi ke rumah kawan ajar member tu buat donat...hehehe jadi cikgu kuih la pulak ala2 chef lagi..
Akti kedua, saya buat craf denga kertas berwrna jadikan bentuk aiskrim..atas permintaan kakak juga sebenarnya..dia tengok gambr kat ternet pastu nak buat..memandangkan konsep pembelajaran adalah huruf A so saya pun setuju..A untuk Aiskrim..

Antara bahan-bahan yang saya gunakan.
  • gunting
  • pensil
  • kertas berwarna tebal
  • pinggan kertas
  • kotak
sebok nak suh amik gambar dorang juga..

kotak tu saya potong bentuk 3 segi untuk di jadikan kon aiskrim.
kertas berwarna pula saya potong bulat2 untuk di jadikan aiskrim dan ceri.
khusukla dorang menampal kertas yang saya potong untuk membuat aiskrim.

Taraaaa ni lah hasilnya..c kakak pandai buat sendiri..fina ibu tolong ckit2.klu tak x tau la jadi bentuk ape.
aktiviti ini, bloeh memperkenalkan dengan mereka warna2, dan A a untuk aiskrim..mudah untuk ingat kalau buat macam ni..

Alphabet A (aktiviti I)

Ain Fajar | 6:03 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
 Aktiviti pertama yang secara rasminya bermula homeschool untuk c kakak.(fina join juga)..nak ikutkan saya dah mula sejak awal bulan January 2012..tapi mcm tak formal..saya suruh dia tulis ikut titik2 huruf dari buku latihan yang saya beli..masalah nya..tak jalan kalau tak disuruh. Dah macam paku sekali ketuk sekali jalan, hadoooiii..kena tumpu kan dia je..mula la adiknya mengamuk sebab fina pun nak belajar juga..bila dah buat 2 3 huruf dah hilang tumpuan dan mcm2 alasan dia bagi, penatlah, ngantukla, lapar la..tetibe bergaduh dan last2 menangis..tak yah la belajar..tapi walau macam mana pun saya try juga untuk kenalkan huruf2 dan nombor..buat masa ni baru 4 huruf kakak kenal A B C D, nombor 1-5..mengira dah lm pandai tp 1-10 je lah..mengaji pulak saya ajar dia muqadam pada awalnya..berulang-ulang baca alif- ya, sampai dia hafal ikut turutan tapi tak kenal huruf..bila suruh ulang2 dah tak nak sebab dia cakap dia dah pandai..jemu la tu..kemudian saya beralih pada Iqra'..pada awalnya agak susah juga dia nak kenal huruf dan baris..selepas seminggu alhamdulillah berjalan lancar dan sekarang dah sampai huruf zai, dan nak masuk huruf sin..akan di teruskan hingga Iqra' 6.

ok berbalik pada aktiviti pertama saya dengan anak2, huruf pertama saya buat dan kenalkan adalah huruf 'A' besar dan 'a' kecil..kena buat satu aktiviti supaya kakak mudah ingat dan gembira..tak hilang tumpuan malah seronok untuk terus belajar..
 saya lukis huruf A besar berserta gambar semut..supaya kakak tau yang A untuk Aiskrem (BM) dan A untuk ant (BI)..kemudian minta kakak warnkan dengan warna air..kemudian huruh a kecil yang kononya adalah apple..dan minta warnakan juga..
c fina yang kononnya ikut aktiviti nie. tapi di bedal je nak warne mcm mn pun..saya nak pegang tangannya tak bagi pandai sendiri..hantam la labu asal senyap dan tak kacau kakaknya.(suka menyakat kakaknya)

beria c kakak warna semut merahnya...hehe

kakak sedang mewarna apple berbentuk a.

inilah hasil yang kakak buat..c fina punya mmmhh dah jadi ape tak tau la, tak nmpk bentuk dah..habis dia warne hitam..gambar gelap sikit..da malam baru teringat nak amik gambar kakak dengan hasilnya..

Feb 19, 2012

Homemade Play dough

Ain Fajar | 8:46 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.
lihat pada tajuk di atas, menunjukkan ianya bukan resepi untuk makanan. Tapi resepi permainan untuk c kakak dan c fina..dah lama nak post n3 ni, tapi lum kesampaian sebab belum jumpa resepi yang sangat memuaskan hati..bukan ape, kalau boleh tu memang nak buat play dough yang sama macam beli kat kedai tu..dah 3 resepi saya guna untuk buat play dough ni..akhirnya yang ke4 ni memuaskan..kebetulan saya tengok rancangan chef at home di saluran 703 astro, tema minggu tu adalah makanan kanak-kanak. so sementara chef tu menyediakan makanan untuk anak-anaknya dia buat play dough supaya anaknya diam bermain sambil belajar..mmmm memang bagus kan. mad saleh pun kalau boleh nak buat sendiri je play dough ni..sebab kita tak tau ape bahan-bahan yang di gunakan entah halal atau tidak, dan mana tau ianya merbahyakan ank-anak kita..
sebenarnya, homemade playdough ni adalah pembukaan atau muqadimah untuk saya memulakan projek baru bersama anak2..memasak pasti di teruskan sebab kita sentiasa perlu makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan okey kikikih...memandangkan Adliyana Syuhada dah masuk 4 tahun, so saya kena mula untuk ajar dia mengenal huruf A B C, 1 2 3 dan alif, ba, ta dan seterunya membaca serta menulis..nnt da masuk prasekolah senang nak faham ape yang di ajar kelak. kiranya saya nak buat homemade school la untuk syuhada n fina. kn sirius utk c kakaknya la..c fina leh ikut2 je..mn tau th dpn nak sek sama dengan kakaknya.

Buat play dough sendiri ni, sangat berbaloi..senang, mudah dan jimat..kalau beli, harganya agak mahal pas tu main sekali dua dah buang..sayang rasenya..mcm buang duit je kan..bila c kakak asik minta belikan play dough ni, saya berusaha untuk cari resepi dan buat sendiri..memang hasilnya tak mengecewakan. nak buat banyak mana pun boleh..main2 terus buang pun tak la rase sayang sangat..

ok jom la kita tengok resepinya..bahan-bahanya pun senang di dapati kat mana2 kedai..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu cream of tar tar
2 sudu minyak makan
1/4 garam
pewarna makanan
parasa / esen vanila (jika suka)

cara-caranya : 
masukkan semua bahan2 kecuali pewarna.
kacau atas api sehingga ianya jadiiii....
macam nie...haaa tepung dah berketul dan tak melekat kat tepi2 periuk tu..
kemuadian bahagikan la, mcm kat gambo tu..ikut la, ada berapa warna..bahagikan ikut warna yg di gunakan


kemuadian uli2 tepung tu, sampai warna menjadi sebati..ok dah jadi mcm yg kat atas tu..hehehehhh warna yg saya guna tu terlebih la pulak..terang sangat warnanya..sampai yg purple pun nmpk biru kat gambar..yg pink nmpk merah..warna tu ikut selera mata memandang la yer...

ok..boleh la bg anak-anak anda bermain play dough dengan selamat...buatlah bentuk ape2 pun..nak buat kuih, nak wat kek, binatang ke..suke lah yer...asal bahagia..c kakak kalau dah main play dough ni mmg tak ingat ape dah..lagi la kalau saya layan dia buat bentuk kartun dia..bukan anak je boleh main, tapi maknya pun leh join skali..

 bunga ros..jadi ke tak ntah..tapi nampak mcm ada rupe juga..kalau korg kenal itu bunga ape kira jadi la tu kan..hehehe

ini yg saya buat..hahaha ade ke bentuk binatang tu..hehe ce teke..dah lah wane kuning...haahahaa itu gajah karton..jangan gelak..senyum je ok..


p/s : pastikan anak2 main di kawasan yang di tetapkan atau berlapik, kerana sisa2 play dough yg tertinggal akan menyebabkan lantai melekit. selepas main boleh simpan dalam bekas yang bertutup.

ok selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...