Jun 17, 2011

Pajeri Terung

Ain Fajar | 1:10 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
salam jumaat...mmmm mesti ramai yang dah makan tengah hari kan...masaka ape tuuu...hari ni saya buat pajeri terung...rasa teringin pulak nak makan masak pajeri. nak ikutkan saya lebih suka pajeri nenas tapi en.abg tak berape suke coz masam katenyer...dia tu mmg xleh rasa masam cikit pun..kali ke 2 saya buat masak pajeri, dulu kalau nak makan mesti suruh mak yang masak tapi kali ni terpaksalah buat sendiri..saya amik resepi dari koleksi chef Hanieliza, mmg mudah dan cepat..
jom jom kita terus je tengok resepi...

sumber : chef Hanieliza
Bahan-bahan :
6 biji terung panjang
3 cawan santan pekat
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sudu tempah kati
2 sudu udang kering
2 sudu kerisik
1 batang kulit kayu manis
gula dan garam secukupnya

Cara-caranya : )
  • tumbuk bawang putih, bawang merah,halia dan udang kering
  • tumis bahan2 yang ditumbuk bersama kerisik dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  • masukkan terung. apabila kuah dah tak melekat kat periuk masukkan santan
  • masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
mudah je..

selamat mencuba!!!

Jun 16, 2011

Alumnai kelab hoki

Ain Fajar | 10:19 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Ujung minggu lepas, kami semua balik kampung dan jadual kami sangat la padat..badan ni teramat la letih sampaikan saya sendiri di landa kedemaman..kami balik kampung kali ni ada tujuan tertentu bukan sekadar ingin menjenguk org tua tapi en.abg ada perjumpaan alumnai kelab hokinya, bukan sekadar berjumpa n makan2 tapi dorg adakan game perlawanan hoki antara alumnai kelab hoki dari sekolah lain...sejak akhir2 ni mmg la sibuk kesana kemari, dalam masa yang sama chager lapy en.abg ni rosak la pulak..mmg tak boleh nak up date blog hari-hari..
Hari jumaat, seawal 4 pagi kami semua dah gerak mengghala ke jerantut pahang..macam biasalah budak2 ni masih tido so angkat je tak yah mandi pakai baju tidur je. Tujuan kami ke Jerantut  nak pergi kenduri di rumah mak saudara en.abg, sepupu en.abg kawin.dah makan-makan dan lepak-lepak petang tu juga kami balik ke kampung..ambik masa 5jam juga perjalanannya..mmg penat dalam kereta je..c kakak asik tanye je bila nak balik kampung tak sampai2 pun..maklumla dah lama tak balik kampung rindu la tu...kami sampai kampung tepat jam 10.30 malam terlepas separuh rancangan maharaja lawak (adoi rugi nasib ada ulangan)..

selepas maharaja lawak saya jalankan operasi membuat 2 biji kek ni untuk disumbangkan kepada alumnai kelab hoki joharian..sebiji srawberry cheescake dan moist chocolate cake..yg warne merah tu mmg dapat ramai peminatnya...tak sangka lelali pun ramai yang suka mkn kek cis. 
ok jom layang gambar-gambar sepanjang program berlangsung..permainan ini di buat di padang sukan sri manjung perak.

antara ahli kelab hoki yg mengambil bahagian mengikuti game tersebut...dari generasi 1991-2001
testing...testing...warming up dulu..lama dah tak pegang kayu hoki...
bincang dulu ape yg patut sebelum memulakan perlawanan
 sebelum bermain dorg di beri nasihat dr sinior selaku penasihat kelab (yg berkaca mata tu)



antara aksi en.abg di padang..yg berjarcey 9 . ni je yg sempat amik pun..c fina meragam je

en.abg bertukar tempat dengan adiknya Borhanuddin..letih benor nampak gayenyer sampai terbongkok2..kih kih kih
en.abg yg keletihan selepas bermain minit pertama. memerhati je lah sampai ke akhir perlawanan.
ni pulak pom pom girl pasukan KJHA, c kakak, c fina n ainul, sorang dapat satu gol..alhamdulillah pasukan KJHA menang 3-1 ingatkan xleh nak main dah, maklum lah masing2 dah bina lemak sane sini terutama tang perut hahahaha

 selesai game, makan timee...dorg buat sedikit jamuan BBQ di lumut..en.abg sedang berucap sedikit selaku pengerusi kelab..gambar kabur lah..tak tau la apa masalahnya..
 haaa yg ok sikit kot, tak la kabur sangat
 acara pemotongan kek cis yg mendapat tempat di hati para ahli...woohoooo terankat beb masa dorg kate sama mcm kat secret recipe ..mn tak bangganyer setaraf dengan kedai kek yg terkenal di malaysia nih...saya ni bakry pondok2 je kan...alhamdulillah dapat puaskan selera org mmg satu kepuasan bagi saya bila menghasilkan produk...
ok lah dah banyak berceloteh dah ni esok sambung n3 masak2 pulak...mmmmm nak masak ape yer...!!!!
k byyyy

Jun 4, 2011

Murtabak ekspres

Ain Fajar | 10:07 PM | 1Comments |
Assalamualaikum
murtabak expres..murtabak ni saya buat utk sarapan semalam..bayak sarapan pagi semalam donut ada murtabak pun ada..dah lama nak buat murtabak ni atas permintaan en.abg..tapi di sebabkan en.abg sibuk keje siang malam so saya tangguhkan dulu niat untuk membuat murtabak ni..ye lakan tak kan nak buat time org yg teringin tu taka ada, semalam en.abg tak keje siang so saya pun buatla..en.abg makan 4 keping sekali ngadap haaa hambik engkauu mcm balas dendam jer..
resepi intinya saya main campak2 jer hentam kromo..
Bahan-bahannya: )
500gm ayam cincang
5 sdsos lada hitam
2 sd sos tiram
setengah biji  kobis sederhana besar
1/2 biji lobak merah
5 biji telur
1 biji bawang besar
garam secukupnya
kulit popia secukupnya

Cara-caranya : )
  • masak ayam hancur bersama bawang kecil hingga separuh masak
  • masukkan sos lada hitam dan sos tiram kacau sebati hingga aym kering.
  • campurkan ayam tadi dengan kobis dan lobak mrah yg telah dihiris harus.
  • gaul bersama telur dan garam
  • balit ayam tadi dengan kulit popia dan masak atas kuali leper yang di leser dengan minyak...
simple sangat!! selamat mencuba lah..

Donut II

Ain Fajar | 8:11 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
lama sangat rasanya tak menjenguk dapur alam maya ni...en.abg tengah sibuk kerja siang malam..so ladtop pun xada kat umah la ikut tuannya kerje juga...hari ni saya berkesempatan mencuri sedikit masa tuk menjeguk dapur ni sambil mengapdate n3 terbaru..semalam saya ada buat donat yang gebuuuu gitu..uli guna tangan je..sebenarnya kawan saya minta ajar untuk membuat donat ni, dah lama juga tak buat donut ni so saya pun ajar lah cara membuatnya..sebenarnya senang je nak buat donat cuma perlu ada sedikit kerajinan..
donat ni mmg gebu, goreng petang esok pagi masih kekal kelembutannya.dah mcm big apple dah donat saya ni..hehehe mcm tak caye je..kalau tak cayer leh try..tapi mmg saya tak tipu..c kakak mkn leh habis 3 biji, esok paginya makan lagi wat sarapan..c kakak mmg suka donut gula berbanding donut choclate..
ok2 jom kita terus tengok resepinya..mudah dan senang di dapati di mana sahaja..

Bahan-bahannya : ) (10biji)

2cawan tepung gandum
2 sb yis kering
1 sb gula kastor
3 sb susu tepung
1/2 sawan air suam
2 sudu mentega cair (boleh ganti minyak)
1/4 sk garam

cara-caranya : )
  • campurkan yis, gula kedalam air suam kacau sebati dan tunggu 10 minit.
  • campurkan semua bahan kering gaul sebati..
  • masukkan campuran yis kedalam adunan tepung dan uli
  • masukkan mentega cair dan uli hingga adunan licin dan lembut.
  • peram hingga adunan naik 2 kali ganda.
  • bulat2 kan adunan dan biarkan lagi hingga kembang.
  • lubangkan bahagian tengah atau boleh juga terap dengan menggunakan acuan donat.
  • apabila donat sudah ringan boleh di goreng hingga kuning dengan api yg paling slow.
  • semasa menggoreng harus sentiasa balik2 kan supaya donat masak sekata.
  • apabila sudah masak gaulkan donat dengan gula kastor..boleh juga salut dengan choclate cair.

mudah je kan..asal ikut segara peraturannya semua jadi senang dan pasti menjadi..tapi kalau tak jadi harus cuba lagi janagn putus asa ok...(p/s : utk org yg baru nak belajar)
selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...