Jun 4, 2011

Donut II

Ain Fajar | 8:11 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
lama sangat rasanya tak menjenguk dapur alam maya ni...en.abg tengah sibuk kerja siang malam..so ladtop pun xada kat umah la ikut tuannya kerje juga...hari ni saya berkesempatan mencuri sedikit masa tuk menjeguk dapur ni sambil mengapdate n3 terbaru..semalam saya ada buat donat yang gebuuuu gitu..uli guna tangan je..sebenarnya kawan saya minta ajar untuk membuat donat ni, dah lama juga tak buat donut ni so saya pun ajar lah cara membuatnya..sebenarnya senang je nak buat donat cuma perlu ada sedikit kerajinan..
donat ni mmg gebu, goreng petang esok pagi masih kekal kelembutannya.dah mcm big apple dah donat saya ni..hehehe mcm tak caye je..kalau tak cayer leh try..tapi mmg saya tak tipu..c kakak mkn leh habis 3 biji, esok paginya makan lagi wat sarapan..c kakak mmg suka donut gula berbanding donut choclate..
ok2 jom kita terus tengok resepinya..mudah dan senang di dapati di mana sahaja..

Bahan-bahannya : ) (10biji)

2cawan tepung gandum
2 sb yis kering
1 sb gula kastor
3 sb susu tepung
1/2 sawan air suam
2 sudu mentega cair (boleh ganti minyak)
1/4 sk garam

cara-caranya : )
  • campurkan yis, gula kedalam air suam kacau sebati dan tunggu 10 minit.
  • campurkan semua bahan kering gaul sebati..
  • masukkan campuran yis kedalam adunan tepung dan uli
  • masukkan mentega cair dan uli hingga adunan licin dan lembut.
  • peram hingga adunan naik 2 kali ganda.
  • bulat2 kan adunan dan biarkan lagi hingga kembang.
  • lubangkan bahagian tengah atau boleh juga terap dengan menggunakan acuan donat.
  • apabila donat sudah ringan boleh di goreng hingga kuning dengan api yg paling slow.
  • semasa menggoreng harus sentiasa balik2 kan supaya donat masak sekata.
  • apabila sudah masak gaulkan donat dengan gula kastor..boleh juga salut dengan choclate cair.

mudah je kan..asal ikut segara peraturannya semua jadi senang dan pasti menjadi..tapi kalau tak jadi harus cuba lagi janagn putus asa ok...(p/s : utk org yg baru nak belajar)
selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...