May 23, 2011

Biskut nestum choclate chip

Ain Fajar | 7:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
dah lamaaaaa sangat teringin nak makan bisskut cholate chip ni..tak kan nak tunggu raya baru nak buat..nak tunggu raya tu lama sangat la dah teringit sangat..so saya pun buat sebelum pg bercuti minggu lepas, leh buat kudapan juga masa kat Camoren..ramai yg kate sedap..mmg sedap pun tau..sesape nak try tak perlu ragu lagi..en.abg yg tak suka makan biskut pun kate sedap dan dia layan biskut tu...c kakan lagilah dah tak sabar nak makan, dia makan la yg mentah2 tu..makanla nak, harap2 tak sakit perut makan tepung mentah..alhamdulillah c kakak sihat je makan tepung mentah..
biskut ni senang je nak buat, tak sampai 5 minit dah siap bancuh dan bakar amik masa 20minit je..bahan2 yg di gunakan cuma yg asas je pastu suka ati nak tambah bahan ape pun..percaya atau tidak jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahannya :
60gm gula aising
125 gm mentega
180gm tepung gandum
20gm nestum
50gm choclate chip.

Cara-caranya :
  • panaskan oven pada suhu 180C api atas dan bawah.
  • campurkan semua bahan2. gaul sebati.
  • sudukan bahan2 dan letak atas dulang
  • bakar selama 20 minit 
siap!!! senang kan??!!
selamat mencuba!!!

Kacang Raget

Ain Fajar | 6:34 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
lama tak update, tak sempat nak update coz ujung minggu lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke camoren highland so berblog pun cuti juga..oleh kerana nak jalan jauh saya pun buat buat kacang raget ni..teringat kak hasue buat kacang ni..mmmmm!!fikir2 dan teringat, terus je buat. Leh buat kudapan sepanjang perjalanan..
ini lah rupe kacang raget tu dari kacang tanah..tak tau la kenapa namanya mcm tu..setau saya la kan raget ni di tujukan untuk org yg berpakaian ala2 rock gitu..kak.hasue dah letak nama mcm ni so saya pun ikut jelah, k.hasue pun amik resepi ni kat sofinar@myresipi. Resepinya saya C&P dari dapur K.Hasue..dulu arwah mak saya pun ada buat kacang yg sama mcm kacang raget ni tak guna kacang tanah tapi guna kacang putih yang besar2..kacang putih tu mahal kalau nak mesti kena oder dulu..susah nak dapatkan kacang mcm..idea k.hasue guna kacang tanah ni mmg berbalaoi coz kita mudah untuk dapatkan semua bahan2.
ok jom kita skodeng resepi yg saya guna...sebelum tu minta izin dari k.hasue untuk tampal resepi kacang yg sangat sedap ni kat dapur saya ni yer..

Kacang Rugget >> 

Bahan-bahan ( sebalang )

* 500g kacang tanah
* 1 biji putih telur
* 1.5 inci halia
* 5 ulas bawang putih
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan serbuk cili
* 1 cawan air
* 4 biji cili padi -jika suka pedas
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara

1. halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
4. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain

rasanya sedap mcm yg jual kat pasaran..leh buat untuk kuih raya ni..
selamat mencuba!!!

May 17, 2011

Kuih Cara Berlauk

Ain Fajar | 8:15 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
menu sarapan pagi tadi.sajebuat kuih ni suka makan. terima kasihla pada k.madiha..saya amik resepi ni dr dapur kak madiha..sebelum dah pernah buat dah..dah post pun tapi lain sikit dari segi warnanya. resepinya masih lagi sama.

saya C & P je lah.mcm malas pulak nak taip banyak2..

sumber : kak madiha

CARA BERLAUK
Bahan2 Inti

1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup (saya tukar pada sos lada hitam)
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis (saya tukar kepada lada benggala)
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Selamat mencuba!!!

Rojak

Ain Fajar | 7:53 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.
menu hari nie, rojak ala-ala mamak gitu..makanan ni mmg kegemaran saya..skrg en.abg pun suka. so leh buat selalu, ada kawan makan bersama..dulu teman makan saya my mom skrg my mom dah tak ada so en.abg lah pegantinya..dulu kalau my mom buat  mee rebus saya mesti makan dengan sayur-sayuran dan kuahnya saya otee la sikit, mmg mcm rojak mamak atau pun pasembuq pineng.

ok2 jom kita tengok resepi yg saya guna untuk buat rojak..ni kira versi saya lah (sm mcm my mom buat).

Bahan-bahannya : )
Untuk kuahnya :
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji kentang (guna keledek merah pun boleh) *
10 ekor udang sederhana besar *
1 cawan kacang tanah *
gula
garam
ajinomoto jika suka

Cara-caranya : )
  • kupas kulit dan goreng bahan-bahan yg bertanda * dan kisar halus.
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga lumat.
  • masukkan bahan yg di kisar semuanya ke dalam periuk masak hingga mendidih.
  • masukkan gula, garam dan ajinomoto. (ikutlah selera masing2 rasanya yer) 
  • p/s : kuahnya harus manis sedikit

Untuk cekodok : )
10 ekor udang yg di buang kulit
2 biji bawang merah
1 sk garam
sedikit kunyit
1 pokok daun kucai
2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam

Caranya :)
  • bleng udang, dan bawang bersama air.
  • masukkan semua bahan dan gaul rata.
  • buatlah seperti cekodok biasa hingga selesai.
  • apabila sudah sejuk potong dadu besar

Untuk hiasan
telur rebus
sengkuang
timun
daun sup
bawang goreng
cili besar
tauge yg di celur.
tahu goreng

Cara-caranya : )
masukkan semua bahan ke dalam mangkuk siram lah kuah yg sudah masak
sedia untuk di hidangkan.

selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...