Mar 5, 2011

Buncis tiram

Ain Fajar | 4:55 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.
aduhai sepatutnya n3 ni dah post semalam tapi  xsempat, en.abg cuti ank2nya ajak pegi taman, bila malam, ayahnya pulak ajak tengok dia main badminton. tergendala la lg nk update blog...menu tengah hari semalam, masak simple je, main campak2 je..dah lambat n kelaparan..tadi pegi beli brg sampai umah dah kul 1.30 amik masa 1/2 jam utk masak. kakak dah lapar bising je mulut dia nak makan itu ini..hehehe bukan masak gempak pun tapi sibuk je nak post hahaha suke lah kan!!!
Buncis masak tiram je tak sampai 5 minit kali ni saje tak buat pedas coz kakak suka mkn sayur ni, oleh kerana masa terhad semua kn makan makanan yg tak pedas.

Bahan2 nyer :)
100 gm sayur buncis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1/2 biji kiub ikan bilis.
sedikit air
cili padi jika suka

Cara-caranya..
  • hiris bawang putih dan merah..tumis hingga layu.
  • masukkan sayur buncis dan air gaul sebati 
  • masukkan kiub ikn bilis, perasakan dengan garam dan sedikit gula ikut cita rasa..
  • dah siap!!!
lauknya pun simple je...

    haa kan cakap lauk simple juga, hiris2 campak masak, kerang rebus @ bening kerang..paberet kakak ni, ibu ayhnya pun suka, teringat masa kat kampung..rebus kerang cicah sambal kicap pehhhgg!!mmg tak toleh dah tunduk je makan...senang la sangat2 masak kerang ni, rasanya sume dah tau..tak yah letak resepi lah kan..cukup sekadar saya bg tau ape yg saya taruk kat dalam tu..saya hiris bawang putih, merah, halia, dan ketuk serai rebus sampai kerang terbukak ha dah siap..kalau nak masin buh garam..tapi ingat yer kerang mmg dah masin so jgn letak garam banyak2..
    ok lah yer saya undur diri dulu, untuk beberapa hari..ada misi hihihi dah satle misnya saya citer okeyy..tak tau pun tak pe saya nak bagi tau juga nnt...hahaha klah baybay...


    Cara berlauk

    Ain Fajar | 1:11 AM | 1Comments |
    Assalamualaikum..
    n3 ni sepatutnya saya post time pagi, tapi yelah sibuk uruskan ank2 dan rumah..pastu keluar cari barang2..pagi tadi saya buat kuih caara..biasanya kalau kat kampung saya dan selalu yang saya jumpa kuih cara ni letak gula sebagai intinya, tapi kat Trgn lain care persembahannya...saya rasa kuih ni asal dari sini kot, kat tempat lain saya belum penah jumpa lagi, tapi kalau kat area KL, n Selangor mesti dah ada org jual terutama masa bazzar ramadhan..kat area sane tu makanan dari negeri mana pun ada, malah dari negara luar pun dah ada..cakap je nak makan ape mesti ada jual..1st saya makan kuih cara berlauk ni pun kat sini masa buka puasa yang lepas..mmm mmg sedap..trs bercite2 nak buat sendiri.en.abg pun suka..akhirnya ari ni terlaksana lah cita2 saya untuk membuat kuih cara berlauk ni, tapi kan banyak bahan tak cukup, guna ape yg ada je tapi sty sedapp!!!
    haaa inilah hasilnya..sebenarnya kuih ni warna kuning, tapi saya tak ada stok pewarna kuning so nmpk pucat je. tak pe next time buat lagi yg warne kuning..resepi asal saya amik dari dapur kak madiha..trimas kak yer..mmg sedap, tak rugi untuk try..izinkan saya copy dan syer di sini yer k.madiha..ok jom kita tengok resepinya .

    sumber : kak madiha

    CARA BERLAUK
    Bahan2 Inti

    1 cawan daging kisar (saya tukar guna ayam cincang)
    1 labu bwg besar - potong dadu
    1 ulas bwg putih - potong dadu
    1 s/b rempah kurma (saya tukar pada rempah rendang)
    1 s/k serbuk rempah sup (saya tak letak)
    garam secukup rasa
    perasa jika suka
    1 cawan air
    minyak utk menumis
    1 s/b sos tiram (saya tambah sendiri)

    Bahan Hiasan
    2 biji cili merah - hiris nipis
    1 tangkai daun bawang - hiris halus

    Bahan2 Untuk Batter
    2 cawan tepung gandum
    3 cawan santan - dari sebiji kelapa (saya guna santan dalam kotak je)
    1 biji telur
    garam secukup rasa (saya letak 1 s/k )
    pewarna kuning secukupnya (tak letak pun )

    Bahan Tambahan
    Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
    2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

    Cara Menyediakan Inti
    • Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
    • Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


    Cara Menyediakan Batter
    •  Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
    •  Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
    • Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
    • Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
    • Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
    • Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.


    berbaloi kalau try, sedap, kakak dgn en.abg  makan laju je..boleh buat lagi next time..
    ok selamat mencuba k!!!

    Mar 3, 2011

    Cekodok Ikan

    Ain Fajar | 7:27 PM | 1Comments |
    Assalamualaikum
    salam pagi jumaat..selamat bersarapan..mmm sarapan ape yer korang? saya sarapan cucoq kodok je...bukan katak okeyyy..org jawa ckp kodok tu katak...mn lah tau ada org jawa yg bc mesti tekezut bila baca cucoq kodok so untuk ringkasannya kita sebut cekodok. takla ada yg salah faham kan hihihi..
    akhirnya leh masukkan gambar jg, ni pun coz pinjam camre en.abg.kalau dia pegi kerja xleh la nak pinjam..selalunya saya buat cekodok letak ikan bilis tapi oleh kerana sayang sangat tengok ikan jaket lebihan malam tadi so saya pun letak dalam cekodok ni...mmmmm sedaaaap...kakak n fina pun suka makan cekodok nih..ok lah jom kita tengok resepinya..senang je rasanya ramai yang pandai buat cekodok ni kan? tapi tak pelah nak letak juga..leh wat rujukan kakak n fina kelak..

    Bahan-bahannya : )
    2 cawan tepung gandum
    2 biji telur
    1 sk garam
    1/2 sk ajinomoto
    2 biji bawang
    sedikit daun sup
    1 cawan air (++) boleh tambah jika adunan keras
    1/2 ekor ikan jaket (boleh tukar dengan ikan bilis)

    Cara-caranya :)
    • racik2kan ikan kecil2, hiris bawang merah dan daun sup
    • campurkan semua bahan kedalam mangkuk. 
    • bancuh tepung, jangan telalu pekat dan tidak terlalu cair.
    • setelah minyak panas jemput tepung kedalam kuali (semasa menjemput tepung kedalam kuali perlahan kan api supaya semua cekodok masak sekata.apabila dah selesai baru kuatkan api.
    • goreng cekodok hingga kekuningan. hati2 kerana cekodok akan meletop sedikit jika ianya sudah masak..
    p/s : hati2 yer takut jari jemari yang cantik mulus kena minyak panas..jatuh plak saham terutama bg ank2 dara tu hehehe
    ok selamat mencuba yer..

    Rahsia Masak Ekspres

    Ain Fajar | 8:06 AM | 2Comments |
    Assalamualikum..
    Lamanyer rasanya tak update blog..mesti bosan kan tak berubah2 n3..bukan ape, my ladtop sakit tenat..dah lama ladtop ni sakit tapi en.abg asik cakap nnt lah!! bila suh bawa ke kedai baiki. jawapanya nantilah, nantilah dan nantiii.bila dah tenat baru nak amik peduli, sedangkan dia pun guna untuk kerja seharian dia...huhuhu sian ladtop ni..patutla sebelum ni ladtop bergerak sangat la perlahan, kura2 pun boleh menang dalam pertandingan lumba lari, agaknya kalau dia boleh bersuara mesti asik terdengar dia terbatuk2....tiap mlm dengar dia nangis huwaaaa huuuwaaa!!!..hari ni ladtop dah sihat woohuuuu, dah leh lari selaju cheetah..tapi masih dalam masalah. buat masa ni tak boleh nak upload gambar..ye lah bila semua program dah di format balik semua benda hilang, kena install balik segala2nya..tak pe, walau mcm mn pun n3 kali ni saya nak kongsi beberapa petua n tips memasak..semoga ianya berguna untuk kegunaan seharian kita semua..sangat berguna bagi yang bekerjaya. tapi kalau suri rumah pun boleh amalkan juge, supaya kita sekejap di dapur dan lama bersama keluarga..


    • kebanyakkan tukang masak dan chef kelihatan begitu cekap di dapur, apa saja yang di masak nampak cepat, mudah dan teratur. sebenarnya di sebalik kecekapan ada rahsia di sebaliknya..ok jom kita tengok apa rahsia itu..
    Hari produksi
    pilihla hari produksi yang sesuai dengan jadual masing seperti hari minggu.
    1. buat satu senarai keperluan dapur sehari awal bagi mengelak bahan2 yg tertinggal. ~ pastikan semasa membuat senarai ini kita semak bekalan stok yang masih ada.
    2. beli barang untuk keperluan seminggu ~ 
    3. sebaik-baiknya, pada hari membeli-belah, beli sahaja makanan tengah hari untuk keluarga.
    4. apabila pulang, pastikan semua bahan2 di bersihkan~ spt siang ikan, basuh ayam dan cuci sayur mayur. ini akan membantu semasa proses memasak.
    5. bungkuskan semua bahan ikut keperluan ~ contohnya bahagikan sotong 3bhg sama rata. hal ini akan mangurangkan waktu masakan disamping memelihara kualiti dan khasiat bahan tersebut.
    6.  semasa menbungkus pastikan menggunakan bekas dan teknik yang sesuai ~ bungkus ayam dan ikan dalam palstik yg di ikat kemas atau dalam bekas yang di tutup rapi. sayur mayur disimpan dalam bekas atau di balut dengan kertas.
    7. kisar bahan2 asas seperti bawang2, cili kering dsb. kisar bahan2 dengan minyak untuk lebih tahan lama. semasa memasak jgn kurangkan penggunaan minyak.

    Merangka menu
    1.  cuba rangka menu untuk seminggu ~ utk kemudahan tetapi ianya bukalah wajib coz kita masak ikut selera dan tengok juga stok yang ada.
    2. pilihlah menu yang bersesuaian ~ jika sesuatu menu memerlukan masa yang lama untuk penyediaannya, maka menu yang lain perlukan pernyediaan yang singkat, ringkas dan mudah. contohnya rendang ayam lawannya jelatah nenas.
    Cara memasak
    1. cuba masak dengan serentak dengan menggunakan 2 atau 3 dapur sekali gus.~ mungkin agak sukar ungtuk permulaannya, tapi kalau dah biasa ianya jadi mudah, cepat dan hidangan uga segar kerana boleh hidangkan serentak.
    2. untuk meperaktikkan cara 1, kita perlukan perkakas yang sesuai dan mencukupi.~ pastikan semasa memasak kita tak leka keran takut ada lauk yang hangit, tapi bila dah selalu berlatih ianya akan menjanjikan kesempurnaan.
    Teknik membersihkan dapur. 

    1. biasanya ada dua faktor malas memasak, pertama, malas menyediakan bahan dan kedua malas hendak mengemas ~ pastikan semasa memasak kurangkan penggunaan perkakas, atau pun basuh perkakas jika ada kesempata.. jangan kumpul perkakas di singgki hingga membukit. orang lain sedap menjamu selera kita sibuk membasuh kalau lambat tambah lagi pingan mangkuk.
    2. kalau boleh masak cukup2 sahaja ikut keperluan, elakkan memasak berlebihan. selain sayang nak buang dan simpan dalam peti ais (last2 buang juga kan? ngeerr), kita dapat juga mengurangkan penggunaan perkakas kerana untuk menyimpanya kita perlukan bekas lain, ini akan menambah perkakas yang kotor.
    kejayaan yang saya kongsikan kat sini bergantung juga pada kecekapan dan kerajinan masing2. ramai chef yang memperaktikan tips2 ini di rumah dan hasilnya berjaya..mcm saya lah hihihi..mmg berkesan tau..
    so, tak rugi kalau kita try dan alami pengalaman sendiri.. bebaskan diri di ruang dapur berjam2 untuk menyediakan dan mengemas dapur..

    ok selamat mencuba ekr!!!

    nota kaki : sumber dari buku resepi 30 minit bersama chef kamarul


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...