May 1, 2012

Roti lembut.

Ain Fajar | 9:09 PM | 5Comments |
Assalamualaikum.
n3 roti lagi pagi nie, semalam menguli roti dan dibawa ke hari nie...roti pizza yang saya buat semalam memang sedap dan lembut, samapai ke hari nie masih sangat lembut lagi..tak sia2 saya membuatnya..sangat berpuas hati..semalam saya buat roti pizza, dengan 300gm tepung dapat la 7 biji roti yang bersaiz 7inci bulat..memandangkan toping pizza tak banyak so lebihnya saya buat kosong je. dan yang kosong nie buat sarapan pagi dengan cicahan sardin..sedapla dengan kelembutan roti yang terkate makan sebiji dah tak sedar tau2 je pinggan dah kosong..si kakak pun makan satle sebiji..tapi dia memang suka makan roti tak heran la leh habis sebiji..bila dah buat roti bulat2 leper dah macam roti arab la pulak..lepas nie boleh buat lagi pastu simpan kat freezer kalau nak makan panaskan je sekeja kat oven..kelembutannya terpelihara..

 roti nie naik dengan gebunya..ringan je..memang best la..tak caye tryla..leh makan dengan ape2 je, kari ke, ayam masak merah ke, sardin ke..boleh je..kita yang buat dia, ikut selera kita la...

srtuktur dalam roti yang berongga, nie menunjukkan roti nie lembut dan ringan.

resepi cari lah kat blog abg mat gebu kita yang pemes tu kat sini
dan yang saya taip semalam kat sini

jom makan..eh silap jom jamu mata, nnt klu dah teringin ape lagi kaluarkanla mixer tu..klah dah tutup laporan tok pagi nie.
selamat mencuba!!

Pizza black paper + Chicken floss

Ain Fajar | 6:46 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam 1 mei dan selamat bercuti kepada yang bekerja, kalau macam saya nie rase same je tak kira la hari cuti ke hari kerja ke tetap menjalankan rutin harian yang sama menguruskan hal2 rumah tangga yang tak kan habis..lama tak mengupdate dapur saya nie, maklumla cuti kan, balik kampung dah sibuk dengan rutin di kampung, kebetulan kawan sekolah kawin sibuk kenduri kendara..makan tetap makan tapi nak jenguk dapur alam maya nie memang tak dapatla kalau dah do kat kampung.

Untuk tatapan awal bulan mei nie saya sajikan pizza suka suki, hahaha ade pulak pizza nama macam tu kan, what ever!! toppingnya saya bantai je ikut stok yang ada kat dalam peti ais..mozarella dan chicken floss mamang dah lama beli..yang lain2 tu ada tinggal baki2 sebelum balik kampung tempoh hari. bagi resepi doh roti pizza nie saya cedok dari dapur abg mat gebu..sangat lembut dan gebuuu!! bila makan macam tak kenyang je sebab rotinya terlalu lembut macam makan kapas..tak caye? saya pun tak caye..hehehe tapi bila dah buat dan makan baru percaye...ok lah mcm tak de idea la nak taip ape..mood balik kampung belum hilang lagi kot..kejap sangat balik kampung macam tak puas pulak..ok2 kita tengok resepi lah yer..

Resepi Doh Roti Pizza.
sumber : Mat Gebu
by: ain

Bahan-bahannya : )

300gm tepung roti
2 sb yis kering
2 sudu susu tepung (saya tambah)
20gm mentega
2 sb madu
1/4 sk garam
170-200ml air 

Cara-caranya :) 
  • masukkan semua bahan kecuali mentega dan garam ke dalam mixer.
  • uli adunan hingga menjadi doh yang lembut dan licin serta elastik.
  • bahagikan kepada 100gm dan bulatkan. perap hingga doh naik
  • canai doh serta buang angin dan masukkan doh ke dalam loyang bulat (guna loyang kek je)
  • tunggu doh naik 2x ganda. letak toping (cara saya, sapu cili sos, tabur mozarela,tabur isi ayam, mayonis dan tabur mozarella dan letak sosej atau fish ball.
  • bakar pada suhu 180c, bakar hingga roti kekuningan
  •  
 Bahan-bahan untuk toping

bahan A:
200gm isi ayam cincang
1/2 botol sos lada hitam
1/2 biji bawang besar
gula dan garam secukupnya.

bahan hiasan lain :
sos cili
mayonis
fish ball
mozarella chesse.

boleh tambah sayur campur, cendawan butang, lada benggala dll..ikut suka lah yer..bahan di atas yang saya guna..tu je yang ade kat dapur

cara-caranya :
  • tumis bawang merah hingga layu, masukkan isi ayam cincang masak hingga ayam masak, letak air jika terlalu kering.
  • masukkan sos lada hitam dan gula serta garam secukupnya.
  • masak hingga ayam masak dan sebati.
  • sedia digunakan.
selamat mencuba!!

Apr 23, 2012

Apam pisang

Ain Fajar | 4:20 PM | 6Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi semua..pagi sarapan ape yer..saya pagi2 nie nak tayang apam pisang tok sarapan pagfi nie...apam nie lembut dan moist, sebab di kukus..klu di bakar dah boleh jadi kek atau muffiin..sebab bahan2 yang digunakan sama mcm buat kek pisang..ok xleh celoteh panjang nie, nak kena anta orang tua pegi klinik..maklumlah orang tua macam penyakit datang lagi2 la zaman sekarang nie..pemakanan tak berapa nak sihat..
saya pernah buat apam nie dengan bentuk yang lain...kali nie buat comel2 dapat banyak juga dalam 35 biji. saya cedok resepi dari dapur k.diha..mmg best..kalau nak buat kuih2 nie saya suke intai dapur beliau..tapi xdapat saya nak link kan kat sini sebab line ternet slow..saya salin balik k.
meh tengok resepi.

Apam Pisang
sumber : kak madhiha

Bahan-bahannya :)
1 cawan gula pasir
3/4 mentega di cairkan
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1/2 soda bikarbonat
1 sudu baking powder
8 biji pisang 

Cara-caranya :)
  • pukul telur dan gula hingga kembang (saya guna blender jer)
  • masukkan pisang mesin hingga sebati dan halus.
  • masukkan aduanan dalam mangkuk dan masukkan tepung dan bahan yang lain, gaul sebati.
  • masukkan adunan dalam acuan dan kukus 15minit untuk yang kecil..kalau guna loyang yang besar kukus selama 40minit

siap untuk sarapan pagi dan minum petang..tq k.madiha resepi yang baik dan sedap..
selamat mencuba!

Apr 21, 2012

Bahulu salju Kukus

Ain Fajar | 10:50 PM | 6Comments |

 Assalamualaikum..
 selamat tengah hari semua..dah masuk waktu makan tengah hari pun, tapi saya nak tayang kuih sarapan pagi tadi..nak update awal2 tak boleh la, mak dan bapak mertua ada kat sini..selepas masak sarapan kena buat keje rumah sambil melayan dorang dan kena terus masak untuk tengah hari, bila perut dah kenyang dan dorang tengah rehat dan tido barulah saya boleh mengadap ladtop dan jejalan kat dapur kawan2 blogger yang lain, tapi tak leh la lama2..
 Ini la kuihnya yang saya panggil bahulu salju kukus..asalnya ianya dipanggil bahulu kukus je, tapi saya selitkan nama salju tu..kenapa nama kuih nie di panggil bahulu kukus. sebabnya bahan dan cara membuatnya sama macam kita buat bahulu yang versi bakar tu..dan bila di panggilnya bahulu kukus semestinya ianya dikukus..dan saya menambah nama salju diantara nama bahulu kukus nie sebab warnanya putih berseri dan strukturnya gebu je..lembut je...saya tak pernah makan dan jauh sekali buat sendiri..kira ini 1st la buat atas bantuan mak mertua..resepi nie pun dari beliau..memang sedap dan lembut dan lemak berkrim..ok jom layan resepi dan cara membuatnya.


loyang yang di gunakan cuma 7inci sahaja, tapi saya buat separuh adunan je..so kejadian bahulu nie tak tinggi tapi tetap kekal lembut dan sedap..masa buka tutup pengukus ingat dah taj jadi dah rupanya loyang besar dan adunannya sedikit..kalau buat 1 adunan penuh tadi mesti naik tinngi..
Bahulu Salju Kukus
sumber:  Pn.Marhanah
            : Ain (resepi Kehidupanku) 

Bahan-bahannya :)

4 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung
1/4 cawan santan pekat. (saya guna santan kotak)
1 sk vanila (saya tambah)

Cara-caranya :) 
  • panaskan kukusan.
  • pukul telur dan gula hingga kembang (warne berubah menjadi warne cream)
  • masukkan santan dan gaul rata
  • masukkan tepung dan gaul rata secara perlahan (cara kaup balik)
  • sapu loyang dengan minyak dan tuang adunan kedala loyang. Balut tutup periuk dengan kain
  • kukus selama 20minit atau masak, dengan api yang besar.

siap.. boleh dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang dan boleh juga makan-makan waktu kenduri kendara.

Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...