May 1, 2012

Pizza black paper + Chicken floss

Ain Fajar | 6:46 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam 1 mei dan selamat bercuti kepada yang bekerja, kalau macam saya nie rase same je tak kira la hari cuti ke hari kerja ke tetap menjalankan rutin harian yang sama menguruskan hal2 rumah tangga yang tak kan habis..lama tak mengupdate dapur saya nie, maklumla cuti kan, balik kampung dah sibuk dengan rutin di kampung, kebetulan kawan sekolah kawin sibuk kenduri kendara..makan tetap makan tapi nak jenguk dapur alam maya nie memang tak dapatla kalau dah do kat kampung.

Untuk tatapan awal bulan mei nie saya sajikan pizza suka suki, hahaha ade pulak pizza nama macam tu kan, what ever!! toppingnya saya bantai je ikut stok yang ada kat dalam peti ais..mozarella dan chicken floss mamang dah lama beli..yang lain2 tu ada tinggal baki2 sebelum balik kampung tempoh hari. bagi resepi doh roti pizza nie saya cedok dari dapur abg mat gebu..sangat lembut dan gebuuu!! bila makan macam tak kenyang je sebab rotinya terlalu lembut macam makan kapas..tak caye? saya pun tak caye..hehehe tapi bila dah buat dan makan baru percaye...ok lah mcm tak de idea la nak taip ape..mood balik kampung belum hilang lagi kot..kejap sangat balik kampung macam tak puas pulak..ok2 kita tengok resepi lah yer..

Resepi Doh Roti Pizza.
sumber : Mat Gebu
by: ain

Bahan-bahannya : )

300gm tepung roti
2 sb yis kering
2 sudu susu tepung (saya tambah)
20gm mentega
2 sb madu
1/4 sk garam
170-200ml air 

Cara-caranya :) 
  • masukkan semua bahan kecuali mentega dan garam ke dalam mixer.
  • uli adunan hingga menjadi doh yang lembut dan licin serta elastik.
  • bahagikan kepada 100gm dan bulatkan. perap hingga doh naik
  • canai doh serta buang angin dan masukkan doh ke dalam loyang bulat (guna loyang kek je)
  • tunggu doh naik 2x ganda. letak toping (cara saya, sapu cili sos, tabur mozarela,tabur isi ayam, mayonis dan tabur mozarella dan letak sosej atau fish ball.
  • bakar pada suhu 180c, bakar hingga roti kekuningan
  •  
 Bahan-bahan untuk toping

bahan A:
200gm isi ayam cincang
1/2 botol sos lada hitam
1/2 biji bawang besar
gula dan garam secukupnya.

bahan hiasan lain :
sos cili
mayonis
fish ball
mozarella chesse.

boleh tambah sayur campur, cendawan butang, lada benggala dll..ikut suka lah yer..bahan di atas yang saya guna..tu je yang ade kat dapur

cara-caranya :
  • tumis bawang merah hingga layu, masukkan isi ayam cincang masak hingga ayam masak, letak air jika terlalu kering.
  • masukkan sos lada hitam dan gula serta garam secukupnya.
  • masak hingga ayam masak dan sebati.
  • sedia digunakan.
selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...