Apr 12, 2012

Donat Keledek

Ain Fajar | 5:48 AM | 6Comments |
Assalamualaikum..
minum ape petang tadi? tengok pada tajuk, itulah kuih minuman saya petang  tadi..pagi tagi gi lepak kat dapur blogger2 sifu..tengok k.hasue tayang donat kentang yang katenye gebu sangat2 ditambah kandungan donat tu ada kentang sumbangan resepi asal Fatma Bahalwan dari indonesia..hati ni terus berkenan dan terus mengidam nak makan donut..tapi tak ada stok ketang pulak kat dapur..k.hasue ada juga cerita pasal donat keledek yang k.izah daud gebuuuu sesangat..k.izah gantikan kentang kepada keledek jepun..memandangkan ada setengah biji keledek oren kat dapur terus salin resepi dari dapur k.izah daud dan petang tadi terus je buat..terima kasih pada k.izah daud sebab bagi ilham unuk gantikan kentang kepada keledek..yang mana k.izah amik resepi donat kentang dari blog k1 (citarasawan)..lepas nie leh try resepi donat kentang k1 dan dari blog k.hasue dari resepi Fatma Bahlwan..
donat ni sesangatla gebu...percaye lah..sedap sangat..saya sendiri ngadap donat nie 3 biji sekali gus..bukan kecik2, besar2..c fina habis 1biji setengah c kakak sebiji..nanti sambung makan lagi...tak percaye try buat sendiri..Big Apple pun kalah tau..hehehe..
4 biji nie, saya dengan kakak je satlekan..gebu sangat tak perasan da makan berapa..

saya amik resepi dari dapur k.izah daud..doh donat nie agak lembik sikit, so kena sentiasa basahkan tangan dengan tepung..nak tambah tepung bayak2 takut keras pulak..so sesiapa nak cuba buat jangan tambah tepung banyak2 cukup sekadar letak tepung di tangan...oleh kerana doh lembik, donat ni tak nampak naik 2x ganda, bila angkat donat tu ringan meknanya kembang dah la2..suspen juga tak jadi tadi, tapi bila dah masuk dalam kuali naik bukan main lagi..lupa pulak nak snep gambar sebelum goreng dan selepas goreng..next time la yer..jom kita tengok resepi dari k.izah daun.
Sumber : citarasawan dan olahan Izah Daud
hasil : ain fajar (Resepi Kehidupanku)

bahan-bahannya :)
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
 tengok pada struktur dalam donat berongga dan menampakan yang donat nie memang gebu dan lembut..

Cara-cara :
  • Kupas keledek, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
  • Sejukkan.
  • Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
  • hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.(guna tangan dan mesin)
  • Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
  • mengembang.
  •  Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
  • tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang..
  • cara saya, bulat2 kan dan tunggu kembang kemudian bila minyak sedang di panaskan lubang je kat tengah bulatan doh dan tarik2 bagi lubangnya besr..sebab lubang akan mengecil bila kita goreng donat tu..donat akan kembang 2x ganda lepas digoreng
  •  Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. dengan api yang paling slow
  •  Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.
sedap..memang tak menghampakan, nak buat pun senang tak amik masa yang panjang pun..kalau nak letak topping coklat ke, corak2 ke guna coklat berwarna pun boleh juga..buat macam big apple buat..dah tak perlu pegi kedai kalau nak makan donat..buat je puas hati..hehehe macam orang kedekut je kan..sume nak buat sendiri pastu nak jual..hahaha

Selamat mencuba!!!
 
 
 
 

 
 

Apr 11, 2012

Bun

Ain Fajar | 5:55 PM | 2Comments |
Assalamulaikum..
selamat pagi semua..awal saya post n3 hari nie...sejak line ternet mcm biskut nie mood tu memang tengelam timbul juga maca ternet..bila da jalan macam kura2 malas la nak ngadap lama2, ni pun lampu brodband ni kejap biru dan kejap hijau..sabo je lah den nie..taip je lah asal boleh save..

n3 kali nie nak post roti yang saya buat semalam..dah lama tak buat roti rase teringin pulak nak menguli roti..lagi pula c kakak suka makan roti..dah lama beli tepung roti nie nak buatnya tu ikut mood juga...bila dah teringin mood kena datangkan juga kena campak penyakit M jauh2 so jadi lah roti yang macam2 bentuk dan topping..jom layan gambar dulu..pas2 kita tengok resepi..





itu lah kejadian roti yang saya buat semalam..ada yang kosong, ada yang bersosej, ada yang cheese dan ada mcm mini pizza...saya buat ikut kesukaan orang yang nak memakannya...roti nie sedap tapi saya tak ada softener so bun yang terhasil kurang lembut dan gebu tapi tetap lembut sebab saya uli dohnya agak lembik..tau kejadiannya akan kurang lembut tu yang uli doh lembik, kalau melekat letak mentega kat tangan..tapi walau lembik pun masih senang nak handle tapi kena uli doh betul2 licin...nak tengok resepu..jom..meh la tengok..saya minta maaf la, tak ingat dah resepi nie saya amik kat mana dan siapa punya, sebab fail2 resepi saya dah hilang dek kena format hari tu..resepi nie saya salin kat buku conteng2 je..sebelum nie dah pernah buat..so kalau ada sesiapa yang tau resepi nie dari siapa dan dari mana bagi tau yer..


Bun / Roti 

bahan-bahannya:
500gm tepung roti
90gm gula kastor
11gm yis kering
4 sb susu tepung
1sk garam
3 sb marjerin
1sb bread improver
1 sb softener
150-200ml air

Bahan hiasan / topping
sayur campur
sosej
chicken floss
mayonis
cili sos
telur untuk sapuan.

Cara-caranya: 
  • masukkan semua bahan dalam mixer kecuali mentega dan garam.
  • uli hingga adunan sebati.
  • masukkan mentega dan garam uli hingga doh licin.
  • bulat2kan dengan bahagikan seberat 40-50gm..perapkan hingga doh naik
  • buang agin dalam doh dan boleh terus bentukkan ikut suka dan boleh juga buat roti yang berinti.
  • bila siap membentuk dan isi inti perap lagi hingga ianya naik 2x ganda..cuaca kena la panas baru cepat naik..saya jemur kat panas cepat naik..hehe..kalau improver lagi senang.
  • bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau hingga masak..kalau dah perang kita dah masak la tu..
ok lah selamat mencuba!!

Apr 8, 2012

Happy Birthday to Syuhada

Ain Fajar | 8:15 PM | 1Comments |
Assalamualaikum..

n3 yang dah nak basi juga nie..tak berkesempatan nak update, dan satu lagi tenet nie tetibe je sejak akhir2 nie slow macam kura-kura..yang lagi tantion kadang2 tu tenet ni jadi macam biskut pulak kejap ada kejap tak ade..adoyai tantion je, malas nak ngadap lapy lama2 bila keadaan tenet yang macam tu..nak buka blog kawan2 yang lain pun tak boleh..tersekat2..ape la masalahnya nie..

Dah la, berbalik pada n3 yang dah lama nak update tapi terkesampaian..hari jumaat yang lepas sempat la saya dan en.abg luangkan masa untuk buat berday c kakak..bukan lama pun cuma nak amik gambar dan potong kek je..saje nak wat kenagan untuk hari mendatang..saya letak n3 kat sini pun adalah untuk kenangan juga..saje kepuasan diri sendiri..nanti bila kakak dah besar dia boleh baca dan tengok sendiri..
nie utk suke2 je..nanti dah paham tak leh buat lagi yer kakak dan adik..skrg ni bila cakap terus nangis nak juga..
kenangan sekeluarga..
bersama ibu..ibu hadiahkan kek je untuk kakak..sehari gak buatnya..oven kecik, loyang satu nak bakar selapis2 dan nak aising lagi..memang la sampai sehari..dah macam buat kek lapis je..

 kakak sibuk la bukak hadiah..tak ingat dah kek ana muslim yang ibu buat..walaupun harijadi kakak tetap beli 2..adik pun nak juga..klu tak ada yang merajuk..esok2nya berebut je..
nie hadiah dari aciknya (adik saya) nasibla acik man, kena beli dua kalau nak belikan ape2 untuk anak kakaknya..hehehe
 bukan satu je kakak dapat tapi 2 hadiah dari acik man nya..tapi yang nie satu je la leh kongsi.
memang kakak teringin nak khemah nie..malam tu siap nak tido dalam khemah lagi..hahaha lama2 tak selesa kuat juga..beriya sangat nak berkhemah..dah besar nnt leh la pegi berkhemah kat hutan ke gunung ke, suke lah janji selamat..

ape dari ayahnya pulak..
ni la hadiah dari ayahnya..nak sangat kolam..dulu dah beli dah kolam 10org leh masuk..tapi nak kena tukar air tu yang tak tahan tu..cepat koyak pulak tu..so beli je lah yang kecik. klu koyak ke bocor ke tak la ralat sangat nak beli lagi..tak tunggu balut dah , balik dari kedai je terus berendam..tiap petang dah jadi aktiviti dorang berendam..kalau tak gian dorg nak pg swimming pool...oklah leh juga hilangkan bosan..

cerita pasal hadiah, masa beday fina tak publish pun hadiah yang dia dapat sebab lambat dapat..takut nanti bila besar nanti bila dia baca n3 nie, mesti dia tertanya masa beday dia tak de hadiah ke? sebenarnya beday fina masa bulan 12 yang lepas ayahnya belikan basikal bila dia pandai mengayuh dan selalu berebut main basikal kakaknya..dan adik beradik en.abg bagi meja belajar..

Ain Fajar | 6:08 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 kek lagi...kek pelangi nie saje saya buat untuk sambut beday syuhada (kakak)..sebenarnya saje saya nak rase kek rainbow nie..ramai blogger masakan dah buat kek ni..saya pun tergoda juga nak try dan rase, yang paling tergoda bila tengok k.ta punya kek pelangi yang telah diubah menjadi corak petak macam papan dam, tapi cantik coz warne warni....kek ni macam kek putih telur yang pernah saya buat sebelum nie..tapi yang nie sedikit padat dan manis..lagi2 bila ditambah dengan aising yang manis..tu yang tak tahan nak makan bila dah manis sangat..saya ni tak suka makan manis2..lepas nie kalau nak buat lagi kena kurangkan gula..pastu nak buat macam k.ita buat..cantikkk sangat..
kek rainbow yang telah saya salut dengan aising dan dia hias dengan gambar kartoon muslimah..kakak suka kartun ana muslim tu yang buat ni..ni baru 1st saya lukis atas kek..saya nie bab2 melukis ni mmg dapat F..tapi dah c kakak suka art terpaksala saya pandaikan diri untuk melukis..lagi pulak zaman sekarang nie orang lebih suka lukis2 atas kek..so kena mahirkan diri kot2 la ada orang nak tempah..ni pun dah ramai yang minta saya buatkan kek yang ada lukisan diatasnya..ni yang tengah nak peratis nie..


nie rupa paras kek pelangi yang telah di potong..dapat buat 5 lapis je..tertebal..1st buat so tak pandai nak baget..next time tau lah nak bahagi macam mana..ada sesiapa nak resepi ker..saya amik resepi kek pelangi nie dari blog k.ita blog macam manis..saya syer juga resepi kat sini, minta izin kat k.ita nak copy  dan tempek kat sini..kot2 ada yang berkenan nak try buat kek nie..jom layan resepi

Rainbow cake.

Bahan-bahannya :
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

cara-caranya:

  • Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
  • Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
  • sapukan juga baking paper dengan butter
  • Panaskan oven pada suhu 170C

  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  • maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  • *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

  • Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
  • Masukkan dalam loyang
  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Bila dah masak letak atas redai
  • Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  • Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
  • Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Bila kek dah sejuk potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. 
kemudian boleh di hias dengan aising, ikut suka dan kreativiti masing2..
saya guna aising seperti di bawah, juga saya copy dari blog k.ita..malas nak taip sebab internet macam kura-kura sekarang nie..tak taula kenapa..



FRESH CREAM FROSTING

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
  • Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
  • Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
  • Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
  • Decoration ikut citarasa memasing ya...
selamat mencuba!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...