Mar 14, 2012

Aktiviti di Dapur.

Ain Fajar | 9:16 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
petang semalam saya lakukan aktiviti bersama dengan anak-anak di dapur..waktu pagi saya ada juga lamjutkan pembelajaran ke huruf seterusnya dan tengah hari mengaji iqra'..buat masa ni kakak baru mnecapai huruf G, nak ikutkan ada huruf yang dia dah kenal selepas huruf G, tapi saya tetap kenalkan huruf dan lakukan aktiviti ikut turutan huruf...manakala untuk iqra' pula, masih lagi iqra' 1 pada huruf sin dan shin..dia kenal perbezaan kedua huruf ni, tapi agak susah dia nak menyebutnya dengan betul..ok la tu nnt dah besar insya allah boleh sebut dengan betul dan tepat..bagi fina pula pembacaan iqra' baru samapi huruf Ta..alhamdulillah dalam diam dia mula kenal huruf2 al-quran..

ok berbalik pada aktiviti di dapur..sebenarnya dorg nampak bosan dengan aktiviti pembelajaran so saya pun ajak dorg join buat apam polkadot..dapat juga makan2 di waktu petang..lagi seronok dorg makan bila dorg sendiri yang buat..saya bagi tolong sikit2 je lah, kalau tak bertambah la kerja mengemasnya nnt..tang tu yang malas tu...hehehe

antara apam polkadot yang terhasil
comel la apam ni, budak-budak memang suka cute je nak makan pun senang.
saya masih guna resepi yang sama seperti sebelum ni cuma saya guna tepung kek, hasilnya memang lembut la sangat dan tahan berhari2.. yang bestnya tak keras dan kering pun..
nak resepi tengok kat sini.

selain tu juga, apam polkadot ni, kita boleh buat macam -macam corak, selain dot dot tu, leh juga wat corak kumbang ladybird, leh wat corak lebah boleh tulis2 lagi..ikut suka lah nak wat mcm mn pun memang menarik dan semestinya budak-budak suka..rasanya pun memang sedap...yang kat atas tu cprak srawberry, tapi macam tak berapa kemas, mungkin sebab kurang penuh saya isi..tak pe belajar dari kesilapan....

antara gambar yang sempat saya snep masa anak2 dara saya menolong..siap pakai topi bunga lagi..haha sebenarnya topi tu baru di hatar oleh pak cik posmen..so terus melekat kat kepala..benda baru memang dorang suka..

seronok dorg makan hasil air tangan sendiri, walau bukan sepenuhnya dorg buat tapi tetap bangga dorang menolong..khusuk sambil makan dan menonton..
c fina, tak lepas topi tu, lepas mandi terus pakai balik topi bunganya..
cantik topi ni, memang saya berkenan, lepas ni nak cari yang berkait pulak..
kalau pn. ida boleh kaitkan lagi bagus kan..

sekian..



Mar 2, 2012

Alphabet F

Ain Fajar | 8:44 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..

aktiviti di teruskan, syuhada dah mula bosan tapi kena teruskan juga..kadang-kadang saya pasang cd alif ba ta untuk hilangkan bosan..paling tidak dorg terbiasa dengan huruf jawi...untuk aktiviti huruf F..
 saya memperkenalkan huruf F dengan mewakili gambar yang bermula dr huruf F..
aktiviti memperkenalkan huruf F..ok juga kakak sudah kenal huruf F..dan macam biasa saya try memperkenalkan huruf F besar dan f kecil.
 ni la bisa yang fina selalu buat, kalau saya ajar kakaknya, dia pun main la dengan alat2 yang ada..masak2 la, susun2 n kira2..biasa kakaknya akan hilang tumpuan nak join adiknya main..
 walau mcm mn pun fina tetap buat kerja bila di suruh
ni hasilnya..saya juga buat huruf F dalam gambaran seperti musang..saya bagitau kakak tu adalah swiper simusang yang yang suke mencuri barang Dora..suka la dia..nnt bila tiba belajar huruf M boleh lukis gambar boot simonyet yang selalu teman Dora mengembara..


Feb 28, 2012

Pop chicken

Ain Fajar | 7:02 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
 n3 malam ni saya post pop chicken..dah lama tak jumpa pop chicken sejak KFC stop pengeluaran menu ni...saya suka makan pop chiken ni sebab dia kecil2 je...cute2 gitu..sng nak makan..tapi dah tak dapat makan dah sekarang...tapi walau mcm mn sekali pun, kita mesti boleh makan juga..KFC tak buat tapi kita boleh buatnya sendiri...biasanya kalau masak ayam mesti bahagian dada tak laku..tapi ada jg yang suke bahagian dada ni tapi tidak dalam keluarga saya termasuk saya sendiri..beli ayam seekor mesti dapat banyak bahagian isi ayam yang bahgian dada..nak buat ape..kalau masak tak disentuh dan tak kan nak buang pulakkan..bayar tu..duit semua tu...so saya biasa la potong kecil2 goreng tepung buat mcm pop chicken baru lah laku..

saya tak sukat la bahan2 yang di gunakan..leh la agak2 kan rasenyer yer..bagi yang nak mencuba lah..

bahan-bahannya : 
isi ayam
tepung gandum + tepung jagung
tepung kentucky
telur
lada hitam
soa tiram
garam.

cara-caranya :
potong dadu isi ayam.
perap ayam bersama dgn lada hitam, garam dan sos tiram
celup ayam dengan tepung gandum; kemudian telur kemudian tepung kentucky, telur lagi dan tepung ketucky .
pastikan minyak betul2 panas.
pastu goreng hingga garing.

siap..
senang je cuma kena banyak celup sana sini berulang kali supaya rangup dan tebal mcm KFC buat..
haaa jap je dah abis..klu buat mcm ni mst laku..ratah pun sedap..

selamat mencuba!!
Ain Fajar | 4:29 AM | 0Comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...