Feb 14, 2012

Maxico bun / roti boy

Ain Fajar | 6:29 AM | 5Comments |
Assalamualaikum.
Hari nie, ruang rumah saya di harumi dek aromi kopi dari roti maxico yang saya buat petang tadi..sampai ke rumah jiran baunya..dah mcm dok kat kedai roti boy je..memang sedap baunya..asalnya roti ni memang bernama maxican bun..tapi sekarang ianya lebih di kenali sebagai roti boy..dari segi rupa paras dan rasanya memang sebiji dan subulat serupa, sama sangat..

saya memang minat sangat dengan roti ni..kalau jalan depan kedai roti boy mesti nak beli..dan yang paling saya suke blueberry  cheese roti boy..untuk percubaan ni saya buat roti boy yang biasa, next time boleh try buat topping cheese..sebelum ni saya pernah buat maxcican bun ni, tapi tak sesedap dan selembut  resepi nie..resepi yang ni memang 5 bintang 10/10..full mark..sedap lembut dan beraroma..ape lagi yer..leh bukak kedai..hehe
gambar sebelum di bakar

bila di bakar, seluruh roti di selaputi toping yang beraropi kopi..

ok, jom tengok resepi yang sedap ni..

sumber : Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 19 biji bun )


Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum 

 Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara

  • Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  •  
  • Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  • Doh Roti
  • -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  • -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  • -Masukkan telur dan air/susu segar.
  • -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  • -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  • -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  • -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  • -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  • -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
nak buat roti ni, banyak keje sikit nak kena buat topping, filling dan doh..tapi hasilnya sgt memuaskan dan berbaloi..
komen  dari en.abg dan kawannya sangat sedap, sama macam beli kat roti boy..

selamat mencuba!!

Feb 12, 2012

Bebola donat

Ain Fajar | 4:54 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
Dah lama tak buat donut, tetibe patang tadi bterbuat la donut, tapi saje buat bentuk bulat2 je. senang budak-budak nak makan. huhuhu niat di hati sebenarnya nak buat cakao/kocok tapi tak kesampaian disebabkan bahan tak mencukupi..so untuk peganti minum petang tadi buat la bebola donut...mmmmm very the soft2..sebab saya guna tepung roti..sebab tepung gandum dah habis...

ok jom kita tengok resepi. Memang da banyak kali saya buat donut tapi saya guna resepi yang berbeza..saya buat separuh dari kuantiti bahan-bahan ni..tu pun separuh simpan dan separuh makan..kalau nak makan untuk keluarga yang besar leh la buat ikut sukatan asal resepi ni..

Bahan-bahannya :)
1 kilogram tepung roti @ tepung gandum
sebungkus yis kering
1 1/2 cawan air
 2/3 cawan susu tepung
2 biji telur
1 cawan marjerin
6 sudu besar gula
2 sudu garam
1 sudu besar serbuk penaik
p/s : jumlah air yang di gunakan bergantung kepada mutu tepung.

cara-caranya :

  • Gaulkan tepung dan yis segera dan larutkan gula di dalam air
  • gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga adunan licin
  • perap selama 30minit atau naik dua kali ganda
  • canai kan doh setebal 1.5inci.
  • potong dengan acuan donat letak atas dulang yang telah di tabur tepung. (saya buat bulat2 guna tangan je)
  • peram donat selama 30-40 minit.
  • oreng donat tadi dengan minyak yang sederhana panas serta api yang perlahan, goreng hingga kuning keemasan
  • selut lah donat dengan gula atau pun coklat masak.
Jemput makan..eh silap jemput pandang2 dan jeling2

Selamat mencuba!!

Feb 11, 2012

Kuih Ketayap

Ain Fajar | 12:39 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
sarapan pagi tadi, buat ketayap..tapi saya buat warna kuning..saje lah nak buat warne yang lain dari biasa tu..sebenarnye saje nak tarik minat c kakak, supaya dia makan...sejak akhir2 ni dia tak selera nak makan, tak tau la kenapa..bila malam perut masuk angin terus muntah2..adoi tengah tido boleh pulak muntah..dah la ayahnya tak kena keja kat johor dua hari..dugaan-dugaan..mmm tapi kakak tak makan juga, ibunya juga yang kena makan..
nak buat kuih ni senang je..samala mcm buat lempeng,  tapi kena buat inti dan gulung mcm buat kuih popia. saya main taruk2 je..sebelum ni dah post pun resepi kuih ni..so kalau nak tengok resepi leh cr post sebelum ni kat lebel kuih muih. di sini

oklah simple je post kali ni..nak fikir masak ape pulak untuk kakak yang tak sedap badan tu..sume tak nak..nak makan kat luar la tu kot, huhu.

Biskut Hati

Ain Fajar | 12:04 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

salam n3, kali ni saya buat biskut lagi..walau pu bukan musim perayaan tapi saje je nak try resepi, lagi pun sibuk c kakak suruh buat biskut lagi.biskut hari tu buat dah habis..resepi biskut ni saya jumpa kat blok k.ita (blog masam manis), dan k.ita cedok dari Blog k.wan katenye..biskut asal berbentuk macam donat..k.it beri nama biskut donat, memang sangat nice je biskut k.ita tu..saya tak ada acuan biskut yang bentuk donal tu so buat je bentuk hati tu yang namanya pun jadi lain..

Biskut ni sedap, rasanya mcm makan biskut almond london cuma tak ada rasa almond..bila di lihat pada resepinya, bahan2nya pun lebih kurang je dengan resepi biskut almond london..mungkin almond london yang di perbaharui rupa parasnya..kira up to date la kot..mmm, biskut pun kena ada perubahan juga ye dak!..kalau buat bentuk donat mcm k.ita buat mmg comel je..memang teringin je nak try..so sesiape yang nak try ikut suka lah nak buat bentuk ape pun, janji terbentuk dan cantik pada pandangan mata masing2..okey..jom semak resepi. saya C&P je..rase malas pulak nak taip malam2 ni..

sumber : Resepi citarasa wan & k.azlita masam manis.

Bahan-bahannya :

Bahan A
150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B
200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum ~ dikisar
3 sudu besar susu tepung

Hiasan
Coklat masakan putih
Manik berwarna warni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...