Feb 14, 2012

Maxico bun / roti boy

Ain Fajar | 6:29 AM | 5Comments |
Assalamualaikum.
Hari nie, ruang rumah saya di harumi dek aromi kopi dari roti maxico yang saya buat petang tadi..sampai ke rumah jiran baunya..dah mcm dok kat kedai roti boy je..memang sedap baunya..asalnya roti ni memang bernama maxican bun..tapi sekarang ianya lebih di kenali sebagai roti boy..dari segi rupa paras dan rasanya memang sebiji dan subulat serupa, sama sangat..

saya memang minat sangat dengan roti ni..kalau jalan depan kedai roti boy mesti nak beli..dan yang paling saya suke blueberry  cheese roti boy..untuk percubaan ni saya buat roti boy yang biasa, next time boleh try buat topping cheese..sebelum ni saya pernah buat maxcican bun ni, tapi tak sesedap dan selembut  resepi nie..resepi yang ni memang 5 bintang 10/10..full mark..sedap lembut dan beraroma..ape lagi yer..leh bukak kedai..hehe
gambar sebelum di bakar

bila di bakar, seluruh roti di selaputi toping yang beraropi kopi..

ok, jom tengok resepi yang sedap ni..

sumber : Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 19 biji bun )


Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum 

 Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara

  • Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  •  
  • Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  • Doh Roti
  • -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  • -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  • -Masukkan telur dan air/susu segar.
  • -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  • -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  • -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  • -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  • -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  • -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
nak buat roti ni, banyak keje sikit nak kena buat topping, filling dan doh..tapi hasilnya sgt memuaskan dan berbaloi..
komen  dari en.abg dan kawannya sangat sedap, sama macam beli kat roti boy..

selamat mencuba!!

5 comments:

  1. aku rase ko patot bukak kedai la ain.. kalo aku masok kedai ko mau sume aku nak borong..

    ReplyDelete
  2. hehehe nnt klu ko borong sume gemuk plak..aku jg yg d persalahkan..kikiki..dlm perancangan juga..tp tunggu bdk2 da bsr ckit..lg modal tarak..

    ReplyDelete
  3. perisa kopi tu, kalau ganti ngn nescafe boleg tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jg, kita yg buat roti tu..janji ade bau kopi.

      Delete
  4. asmkm kak salam perkenalan dari ina...
    memang teringin sangat nk cuba buat roti boy ni...
    nak tanya,dry yeast tu akak masukkan terus mcm tu atau bancuh dengan air terlebih dahulu....
    boleh guna mauripan yeast?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...