Mar 31, 2011

spans cake stawberrry.

Ain Fajar | 10:35 PM | 0Comments |
Assalamualaiku..
kelmarin saya mendapat tempahan kek span dari jiran sebelah..sibuk la c kakak nak makan kek..so lebihan dr adunan tu saya buat bentuk cup cake. dapatla dalam 6 biji..
haa ni lah, aik! tadi kate 6 biji tapi kat gmbr ada 4 biji je..ape lagi 2 biji lagi dah selamat masuk dlm perut kakak tak sempat nak sejuk pun, suam2 lagi dah dia bawa lari..saya saje boh aising kat kek tu coz nnt bila dia tengok kek yg org tempah tu ada aising dia pun nak, baikla buat awal2, kalau tak bising je mulut dia...aduyai tak tahan telinga dan ibu dia tak leh nak buat keja la jawabnya...


sambil tu saya leh la melembutkan tangan yg keras untuk membuat bunga..walaupun tak cantik tapi korg sume masih boleh kenal kan yg kat atas tu bunga ape? yeeee betul! bunga ros..yg belah kiri tu yg dah kembang mekar dan yg belah kanan tu yg baru nak mengembang...hik! hik! hik!
 gambar di atas adalah sruktur kek span..nmpk mcm spans tak..lembut sangat mcm spans..ok lah jom kita skodeng resepinya

sumber : chef noraini
Bahan-bahannya: )
5 biji telur
125 gm tepung kek (self-raising)
140gm gula kastor
15gm ovallate 
40gm air suam
1sk baking powder.
1 sudu teh perasa srawberry
1 sudu teh pewarna merah
75gm buter (cairkan)

Cara-caranya: )
  • satukan pewarna, perisa stawberry dan air kacau sebati dan ketepikan.
  • masukkan semua bahan kecuali buter. pukul bahan pada kelajuan sederhana. apabila tepung sebati kuatkan speed pada kelajuan tinggi, pukul hingga adunan kembang. warnanya akan berubah kepada warna cream.
  • masukkan air pukul perlahan hingga sebati. dalam 5 minit
  • masukkan butter cair dan gaul guna tangan hingga sebati..
  • tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga kek masak. (bergantung pada oven masing2 yer)
  • apabila kek masak dan keluarkan dari oven terbalikkan loyang selama 10 minit baru keluarkan kek dari acuannya.
  • apabila kek sejuk boleh la hias mengikut kreativiti masing2 dengan kream.
selamat mencuba yer!!
 spans cake + butter cream
ni kek aising yang saya buat utk tempahan tu...hahaha mcm nak buat hantaran je..tapi tok makan2 je..saje lah kan kalau nak makan2 pun kenalah wat cantik2..cantik keer?..what ever!!hihihi..

oleh kerana esok hari beday kakak ibu dah buat satu ucapan dan kek..haha kalau ibunya rajin dan sempat  esok ibunya buat kek lain..bukan ape nnt nak sambut kat kampung dengan adik beradik en.abg dan embhnya..kn buat kek juga lagi
dah besar dah kakak..tapi ibunya nampak dia mcm kecik lagi..mn tak nyer cewek mengalahkan adiknya hahahaha...kakak kakak..harap2 jd anak solehah.

Roti Saj

Ain Fajar | 4:30 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran di dapur alam maya ni...penyakit M dah meresap di jiwa..tambahan pula line ternet sangat tenat..tak sabar nak menunggu, nak upload gambar pun tak lepas..alhamdulillah skrg dah pulih..so happy sangat dapat berkongsi disini lagi pelbagai resepi yg telah saya cube..
kali ni saya nak syer resepi roti saj..pelik namanya kan..jarang kita jumpa..saya jumpa resepi roti saj ni di beberapa blog masakan yg terkenal..saya ambil resepi ni pula dari dapur k.Yatie. mmg sedap dan mudah untuk membuatnya..
inilah rupe roti saj..lembut je..senang pulak tu..dah banyak kali saya buat untuk sarapan pagi, cicah dengan ayam masak kari..3 keping je buat untuk en.abg pagi tadi..klah jom kita tengok resepinya..

sumber : k.yatie blog sinar kehidupan ku
Bahan-bahannya : )
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 airsuam
1s/b  yis @ mauripan
1 s/b gula
1/2 sk garam

Cara-caranya : )
  • campurkan yis bersama air suam dan biarkan seketika.
  • campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin (tak la licin sangat). uli guna tangan je.
  • peramkan selama 1 jam. tutup dengan tuala dapur.
  • kemudian tumbuk2 doh dan bahagi2. leperkan kat dalam mangkuk supaya bentuknya cantik je bulat.
  • kemudian panaskan sedikit mentega (supaya tak melekat) dan letak doh, tutup dengan prnutup periuk. guna api yg slow je. balik2kan, bila dah keperangan tanda roti sudah masak.
  • sedia untuk di hidangkan.

 roti yg sedap, mengenyangkan dan yang penting sangat mudah untuk menyediakan..nak tau mcm mn rasanya mesti cuba ok..

selamat mencuba !!!

Mar 23, 2011

Kek Sarang Semut

Ain Fajar | 8:35 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
N3 kali ni saya nak syer kek peberet saya..kek sarang semut..mcm2 nama org panggil untuk kek ni.ada yang panggil kek gula hangus sebab menggunakan gula yang telah di hanguskan..ada yang panggil kek sarang tabuan atau lebah sebab struktur kek ni berongga mcm sarang labah...saya panggil kek sarang semut sebab my mom kenalkan saya dengan nama tu, so dah terbiasa..tak kisahla kan ape pun gelaran yang di beri..ianya tetap mendapat perhatian umum...kek ni tak muak makan sebiji besar pun tak de hal lah..
Saya tak pernah buat kek ni..my mom buat  masa kecik2, time tu tak pandai nak tolong lagi, bila dah besar tersangatla jarang dia buat, time raya je buat..sempat makan sepotong je lah jawabnya..mmgla rindu-rinduan kan..hehehe..tak sempat nak belajar tapi saya pernah tengok sekali imbas mcm mn my mom buat..nasiblah ada rakan2 bloger masakan yang sangat bemurah hati syer resepi dorg. Tak lah saya rindu2  lagi..skrg dah boleh buat sendiri..bukan ape dah jarang org buat kek ni, kalau buat pun kadang2 tak menjadi, tersangatla kecewa..
Dah lama saya save resepi kek ni dari blog kak yatie..sekali cuba mmg menjadi tapi ada sedikit ketidakpuashatian dalam diri saya.(silap sendiri, biasalah budak baru belajar) Tapi tetap sedapppp...en.abg makan sambil memuji..wah!!bangga toi..mmg tak berenti dia makan..gambar di atas adalah hasil yg pertama saya buat..pucat dan rasanya sedikit kenyal pastu manis ..itu yg membuat saya tak puas hati...yelah tengok cik jelita punya kek sarang semut hitam berkilat mmg cantik mcm tuanya ehehemmm!!betul ba, nda tipu tapi bukan la kata kau gelap, kau putih jgn salah faham yer hihihi..kek k.yatie pun elok..so saya buat sekali lagi, memandangkan semua org kat rumah ni suka, kalau buat lagi conform selesai..
Taraaaaaa....ni lah hasil yg kedua kek sarang semut saya..masih panaaass!!keknya lembut dah tak kenyal dan warnanya hitam tak pucat, dah sihat dah..cantik, cantik,cantikkk..ok jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya: )
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 s/k soda bikarbonat
2 s/b marjerin
Cara-caranya : )
  • Cairkan gula dalam periuk dengan api yang sederhana. Tunggu hingga gula cair dan berubah warna keperangan..tutup api sambil tuang air panas ke dalam periuk..(hati2 ok nnt mercik kena tangan yg cantik dan lembut tu sebab gula akan membuak mcm gunung berapi)
  • Pasang api balik dan masukkan mentega kacau hingga semua bahan larut dan sebati. Ketepikan dan sejukkan.
  • Pukul telur hingga kembang dan pekat.
  • Masukkan susu cair, kacau sebati dengan menngunakan pemukul telur.
  • Masukkan tepung kacau sebati dan akhirnya masukkan gula hangus tadi.
  • Peram bamcuhan 3-4 jam
  • Bakar selama satu jam pada suhu 180c.
Selamat mencuba!!!

sotong bunga kantan

Ain Fajar | 7:56 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..


Menu hari ni, sotong bunga kantan..1st saya masak sotong mcm ni..mmmm sedap rasa mcm mkn asam pedas tapi ada lemak2 santan..mmg unik rasanya..saya ambik resepi dari majalah sedap..semua resepi yg terdapat dalam majalah sedap ni mmg menyelerakan dan alhamdulillah tidak menghampakan..sotong yg saya gunakan seekor je tapi bapok beso..panjangnya dari ujung kuku hingga ke siku tangan saya...bukan tangan kakak..mmg besar 1 ekor pun dah mencecah 400++gm..ini lah sotong yg paling kecil saya pilih..lauk kat trgn ni mmg besar2 lah..
Ok jom kita intai2 ape bahan2 yg saya letak dalam masakan kali ni..

Sumber ilham : majalah Sedap
Bahan-bahannya; )
400 gm sotong
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering
1 kuntum bunga kantan
1 biji limau nipis
½ inci halia
4 biji cili padi
150ml santan pekat
Sedikit daun kesum (saya letak sendiri)
Sedikit lada hitam
Gula dan garam ikut citarasa masing2.
Cara-caranya :
Basuh sotong bersih dan kelar-kelarkannya.
Blean baang putih, bawang merah, halia dan cili kering.
Tumis bahan2 yang telah di blean tadi hingga naik bau dan bunga kantan.
Masukkan gula, garam dan lada hitam
Masukkan santan serta cili padi. Tunggu hingga menggelegak dan kuah agak pekat.
Masukkan sotong dan daun kesum. kacau rata dan biar hingga sotong masak..
Senang je..sedap pulak tu..Selamat mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...