Feb 9, 2011

Ayam Percik

Ain Fajar | 3:28 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
salam satu malaysia!!!!menu semalam ayam percik, boleh juga di panggil ayam bakar, ape2 pun boleh..kedua2nya di masak dengan cara membakar atas bara api, tapi saya menggunakan cara yg lain untuk menghasilkan ayam percik ni...al-maklumlah bukannya pandai buat bara api, lagi pulak duduk dkat kawasan taman perumahan kalau buat bakar2 nnt org panggil bomba pulak..oleh kerana teringin nak makan ayam bakar saya buat dan fikir kaedah lain selain bakar atas bara dan bakar dalam oven.nak beli rasanya tak ikut citerasa anak tekak ni.buat sendiri puas hati..
haaa ni lah kaedah yg saya gunakan untuk membuat ayam percik@ayam bakar, berasap lagi ngkau!!!hoho....guna kuali leper, letak daun pisang susun ayam yg dah saya peram pastu tutup guna penutup periuk supaya masak sebati luar dan dalam.tak lama pun nak masaknya, rasanya mmg tak mengcewakan mmg sama mcm kita bakar atas bara ataupun oven, yg ni lagi sedap tau sebab sambalnya tak hilang, dia terperangkap, kalau guna bara sambalnya akan jatuh kebawah dan kalau guna oven mersti kering sangat..so, tak ada alasan lagi kalau kita tak boleh nak buat ayam bakar ni..kat mane2 pun boleh..org yg penat kerja pun boleh sediakannya..
 taraaaaa, inilah hasilnya...cantik menawan gitu...hahaha..ok jom kita skodeng resepinya...

Bahan-bahannya : )
6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
3ulas bawang putih
sebatang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 sb gula
1 sk garam
5 sb cili giling
1 sk jintam putih
1 sk biji ketumbar

Cara-caranya : )
  • kisar semua bahan dan lumurkan ke atas ayam.
  • peram selama 2-3 jam
  • panaskan kuali leper, letak daun pisang susun ayam dan tutup.
  • pastikan api yg digunakan adalah api yg paling kecik sekali.balik2kan, boleh tmbah lebihan bahan perapan tadi untuk mendapatkan sambal yg banyak.
  • boleh juga letakkan sedikit madu dan mentega supaya ayam nmpk lebih berkilat
  • masak ayam hingga masak dan nampak kehangusan..
  • dah pun siap, saya rasa dalam 15 minit dah masak dah.
senangkan!!!resepi ni juga boleh kita gunakan kalau nak buat BBQ
masa saya kat UMS dulupun, saya gunakan resepi ni untuk jamuan BBQ kos saya..mmg tak boleh lupa kenangan masa buat jamuan ni.satu kos turun berkerjasama sama2 masak, pelbagai kaum, bangsa dan agama. belajar kat sabah mmg akan jumpa pelbagai kaum dr sabah dan serawak...seronok sangat dapat pengalaman dan costmate yg sporting mcm dorg. nasib ada FB walaupun jauh kami tetap mcm dekat dan saling berhubung. semoga kwn2 bahagia dengan kehidupan masing2.amiiiinnnnn!!!!..

Nasi Goreng Cina

Ain Fajar | 7:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
sepatutnya n3 ni saya post pagi tadi, tp internet buat hal la plak..tak tau lah knp, nak kate dok kat kampung tak la pulak, kira dah pekan dah ni, tak lama lagi naik taraf jadi bandar...tak pe saya nak tayang juga sebab nasi goreng ni sedap dan mudah..sebab ape saya berani kate sedap, sebabnyer puteri2 saya yg cerewet makan tu laju je makan nasi ni terutama c fina..saya mmg sengaja goreng nasi ni sebab tak pedas sesuai utk budak2. kalau org besar yg suka pedas boleh tambah sendiri cili padi dalam nasi ni ikut suka citarasa sendiri lah.
ok jom kita terus je tengok resepinya.simple je..

sumber : Celebrity Chef Kamarul
Bahan-bahannya : )
1mangkuk nasi putih
2 ulas bawang putih (dicangcang halis)
1 sudu sos tiram
50gm ayam ( potong dadu)
1 biji telur
80gm sayur campur
1 sudu minyak bijan
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa (saya guna blac paper)

Cara-caranya: )
  • gaul nasi bersama dgn garam dan black paper dan biarkan.
  • cairkan 2 sudu besar mentega, tumis bawang putih dan ayam
  • kemudian masukkan sos tiram dan masak sebentar
  • masukkan sayur campur masak hinga sayur layu dan ayam masak
  • masukkan nasi gaul rata
  • akhir sekali masukkan minyak bijan dan gaul sebati..
  • siap!!!bole tambah ikan bilis goreng dan telur mata kerbau...

ok selamat mencuba!!!!

Feb 8, 2011

kek Cawan

Ain Fajar | 7:02 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
masih lagi post yg dilakukan aktivitinya di kmpg..sebelum ni saya buat kek cawan gn spans cake je, tak pun buat moist chocolate..
mmmmmm ni lah kek cawan yg saya buat ms kat kampung ari tu...rasanya sedap dan lembut mcm mkn spans cake tp lg sedap dr kek span, kek ni sesuai kalau letak aising, kalau nak buat kek aising yg besar pun boleh juga, kosnya murah je, nak buat pun senang je cm perlu cikit kerajinan, org yg tak pernah buat kek pun mesti boleh buat...ok jom kita tengok resepi yg saya kate murah tu...hehehe
sumber : chef Norzailina
Bahan-bahannya : )
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75 @ ovelate
4 biji telur
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik }
60 gm susu pekat (saya gn susu cair je kurangkan manis) 

1 sudu esen vanila


Caranya : )
  • 1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
    2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
    3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
    4. Bubuh susu cair
    5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
    6. Bakar pada 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
    7. Biar kek sejuk jika ingin disapu krim mentega biasa.
    8. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
saya saje try2 tambah inti, kalau korang semua nak letak inti boleh ju, masukkan setengah separuh adunan ke dalam paper cup dan letakkan chocolate masak yg di potong dadu, kemudian tutup dengan sedikit adunan lagi..
kek ini juga boleh di tambah perisa lain seperti oren, chocolate, mocha dll..tambah je 1 sudu perisa emulco ikut kesukaan masing2..

ok selamat mencuba!!!senang kan... 

Feb 7, 2011

pizza

Ain Fajar | 6:08 AM | 2Comments |
Assalamualaikum...
seminggu bercuti menyambut tahun baru cina.walaupun kaum cina yg beraya tapi semestinya kaum yg lain pun bercuti jg..1 Malaysia katekan..hihhihi..rindu kat dapur alam maya ni...walaupun dah lama saya tak update blog ni tapi banyak masakan  yg saya sediakan utk di kongsi bersama di sini..semua saya buat sepanjang berada di kampung..nak update kat kampung kirim salam je lah..line internet kat kmpg macam kura-kura...ok jom kita layan ape yg saya buat masa kat kmpg..

haaa inilah aktiviti saya masa kat kampung..dah lama teringin nak buat pizza nih...kami adik beradik mmg suka mkn pizza buatan sendiri.puas hati dan yg penting jimat kos hehehe...dulu masa ada my mom mmg selalu buat kalau kami adik beradik balik kampung..mmg rindu sangat suasana mcm tu...paling tidak kalau saya buat pizza mcm mn arwah buat terubat juga rindu kami pada my mom kan..walau pun dia tak ada besama kami...
 mcm2 jenis topping saya buat..yg kat atas ni pizza hawai, saya guna nenas, tuna, sosej, sayur campur dan sos pizza.
yg ni pizza yg bertoppingkan ayam black paper ada juga campuran lain.dah siap di bakar.
ok lah dah layan mate tengok pizza yg tak berapa nak cantik ni kita tengok resepinya..saya cuba resepi dari blog DTS dan blog Home sweet Home..saya gabungkan keduanya menjadi satu resepi..jangan risau tetap sedap dan menyelerakan.makan satu tak cukup hoho...

Bahan-Bahanya : )

Bahan Untuk Topping : )
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula pasir
 1/2camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver
1 camca serbuk oregano
1 biji telur

Cara-caranya: 
  • satu kan semua bahan kecuali mentega dan garam, uli hingga menjadi doh..
  • masukkan mentega uli sebati dan masukkan garam uli lagi hingga doh menjadi elestik dan lembut.
  • bulatkan doh seberat 100 gm dan biarkan doh mengembang.
  • apabila doh sudah kembang boleh di gilek leper setebal 1inci..

Bahan topping : )

  • 100 gm daging kisar
  •  1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar serbuk kari daging 
  • 2 sudu besar minyak 
  • 3 sudu sos black paper
Bahan Lain:-
  • 1/2 cawan sos pizza ( sos tomato, sos cili, bawang besar dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
  • 1/2 cawan parutan mozarella cheese (boleh guna lebih)
  • 1/2 biji lada benggala
  •  
Cara-caranya : )
  • peramkan daging cincang dengan sos black paper
  • panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging.
  • apabila daging dah hampir masak masukkan serbuk kari dan 2 sudu sos pizza.

Cara topping : )
  • bakar pizza selama 3 minit, keluarkan dan topping pizza mengikut cita rasa sendiri.
  • di mulakan dengan sos pizza dan di akhiri dengan keju mozarela..

sama juga caranya untuk menghasilkan topping ayam tambah lebih banyak sos blck paper. jika suka boleh curahkan sos di atas pizza bersama topping yg lain...

ok selamat mencuba...agak rumit tapi amat memuaskan ..tak yah nk pegi pizza hut dah kan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...