Oct 9, 2015

kek oren moden

Ain Fajar | 6:17 PM | 0Comments |
Assalamulaikum

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengupdateresepi di sini..bukan tak membaking @ memasak tapi keizinan untuk menulis dan berkongsi dia sini sangat lah terhad..terima kasih yang masih berkunjung ke dapur alam maya saya yang tak seberapa ini..

ok lah, kelamrin saya ada mencuba resepi kek oren moden hasil perkongsian dari rakan group bakers saya di Whatssap dan FB..alhamdulillah sangat mudah, sedap dan hasilnya sangat baik serta mendaat pujian dari jiran tetangga yang merasainya..Yang menarik minat saya untuk mencuba resepi ni, ramai kawan bakers group saya telah pun mencuba dan mendapat hasil yang mengembirakan..senyum je mereka sepanjang hari. kek menjadi dengan jayanya dan ramai yang memuji..

jom lah kita terus lihat pada hasil kek oren moden ni dan lihat resepi yang mudah tu.



RESEPI KEK OREN MUDAH

Sumber: Maulidah
By: ain mom bakers

Bahan A:
7 biji telur gred B
1 cawan marjerin pelangi
500 gm tepung spons mix
1 sk vanila

Bahan B :
1 sb parutan kulit limau
4 sb oren sunquikc


caranyanya:

campurkan semua bahan A, pukul sebati sehingga adunan kembang dan kental
masukkan bahan B dan gaul sebati.
masukkan adunan ke dalam loyang 8x8 inci
bakar pada suhu 160c selama 45 minit (bergantung pada oven masing2 okey)
bila kek dah masak terbalikkan kek di atas redai sebentar, dan terus keluarkan dari loyang.
bila kek sejuk boleh lah di hidangkan bersama teh O panas..:-)


selamat mencuba

Aug 3, 2015

Chewy Yummy Choclate Brownies

Ain Fajar | 10:46 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

salam syawal...umat islam masih lagi meraikan hari lebaran..masih banyak undangan rumah terbuka..bagi yang di kampung2 mak bapak menziarahi jiran tertangga secara berkumpulan..bila sampi di rumah mereka akan bertahlil ringkas sebelum menikmati juadah yang tuan rumah sediakan..kami menggelarkan baraan di hati raya..

kenapa lah saya dok sibuk cerita pasal baaran nie kan..sebabnya salah satu menu yang saya nak kongsikan di sini adalah juadah yang sempat saya buat dan hidangkan untuk para tetamu..sangat mudah, cepat , ringkas dan semestinya sedap..dan akan di kenang bila mereka balik ke rumah..masuk bakul angkat sendiri nih..bukan apa..komen dari tetamu yang hadir malam tadi sedap dan tinggal pinggan kosong je..ini bermakna memang lah sedap..pakcik2 di kampung pun boleh terima kek bantat yang rangup nie..hahaha..


maaf lah gambar tak cantik, tapi boleh nampak yang brownies ni cantik kejadiannya..berkerak di luar dan moist di dalamnya..okey jom skodeng resepi dan saya akan kongsikan sedikit tips dari pengalaman saya dan dari pembacaan saya..jommmm...


Bahan-bahan

Bahan A:

400gm dark choclate (coklat masakan)
250gm butter (nak sedap gn la anchor)

Bahan B:

100gm cream cheese
200gm gula perang
5 biji telur
1 sk esen vanila
1 sk emulco coklat

Bahan C :

90gm tepung hongkong (tepung gandum pun boleh)
50gm serbuk koko

Bahan D:
100gm walnut / badam cincang
(bakar dulu)

cara-caranya:
cairkan bahan A  dengan cara double boil dan sejukkan
sebatikan cream cheese dgn bahan A.

sebatikan bahan B

ayak bahan C.

satukan bahan A, B, dan C dan masukkan bahan D, gaul sebati
masukkan adunan ke dalam loyang 10x10inci (loyang nipis tu jer)
tabur kacang dia atas adunan
bakar pada suhu 160c selama 45minit @ hingga masak.

beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk mendapatkan brownies yang cantik.
1. jangan pukul telur hingga kembang cukup seadar sebatikan dengan gula
2. xperlu keluarkan mixer, guna senduk kayu sehaja
3. ikut arahan..jangan derhaka...hahaha..

selamat mencuba.

Jul 28, 2015

kuih nagasari

Ain Fajar | 6:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

suka saya syerkan resepi kuih yang sedap ni di sini..saya memang suka sangat kuih nie..sebab saya sangat gemarkan sejenis kuih orang jawa iaitu tum tum man..rasanya lebih kurang sama tapi ade rasa lemak santan dan kekenyalan dari sedikit tepung hong keuw.


kuih nagasari sangat mudah di sediakan dan bahannya tidaklah rumit
ianya di bungkus dengan daun pisang..baunya harum dek daun pandan, santan dan daun pisang.



ini lah rupa kuih nagasari, cantik je 
jom lah kita skodeng resepi mudahnya.
sumber resepi saya dah lupa sebab dah lama save di hp. barulah arini berkesempatan membuatnya..semoga tuan empunya mendapat pahala berlanjutan.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sd tepung hong keuw
5 cawan air santan
sehelai daun pandan
1/2 cawan cendol


caranya:

campurkan semua bahan kecuali cendol, gaul sebati
masak atas api hingga adunan pekat dan licin
masukkan cendol dan gaul sebati
bungkuskan adunan dengan daun pisan seperti membungkus lepat.
sejukkan dan boleh la dihidangkan.

saya nikmati kuih nagasari ini ketika berbuka puasa 6 arini.
memang sedap sangat.
selamat mencuba.


Jul 27, 2015

Bahulu Biji / cermai

Ain Fajar | 8:34 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

masing-masing dah menayang resepi untuk makanan terbuka atau makanan harian..tapi saya tertinggal kereta api..masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkongsi resepi..banyak gambar yang save dalam ipad tidak di tranfer lagi ke dapur alammaya ini..pelan=pelan lah kayuh yer..huhuhu..catatan saya di sini adalah niat untuk rujukan saya dan generasi saya..dan sesiapa pun yang ingin mencuba silalah.

sebelum ni pernah saya kongsikan resepi bahulu cermai tradisi..sebenarnya sama je cara dan kaedahnya..cuma kita kena ade seni untuk mengadun tepung dengan telur yang telah di pukul..saya sendiri hampir berputus asa untuk membuat bahulu biji..namun saya teringin dan berhajat mesti kena buat sampia pandai..kalau orang lain boleh buat kenapa tidak saya..resepi di mana2 pun sama cuba kaedah kenalah betul. dan satu lagi yang dapat kongsikan di sini bagaimana ingin mendapatkan permurkaan bawah bahulu yang cantik mulus..

petuanya:
1. sapu minyak pada loyang dan pastikan tiada minyak yang bertakung
2. loyang mesti dipanaskan, tapi jangan terlau panas
3. guna loyang acuan bahulu daripada tembaga
4. kuantiti tepung haruslah tepat. (kn try n eror)


Resepi Bahulu

30 biji telur
1250gm gula kasar
1kg tepung ( -+)
1sb ovallate.



cara-caranya
oukul gula, ovallte dan telur hingga betul kembang putih dan pekat
masukkan tepung sikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik.


hasil jualan 100bj RM25

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...