Jul 6, 2012

Blueberry cheese tart

Ain Fajar | 8:17 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..
alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk mengapdate dapur alam maya nie walau pun masa sangat cemburu dengan saya. terlalu bayank kerja yang harus dilakukan sampai rasenya masa 24jam tak cukup dalam sehari..saya curi sedikit masa ni untuk up date dengan post yang baru, jemu la kan bila orang datang dok tayang tart telur je..kali nie masih lagi tayang tart tapi filling atasnya saya ukar kepada cheese..saya buat cheese tart ni atas permintaan kawan saya..teringin katenya nak makan cheese tart..so saya pun buat la dan pos ke dia dengan perkhidmatan sky net..walau pun sangat mengecewakan dengan perkhidmatan yang sky net berikan tapi alhamdulillah la kawan saya masih dapat menikmati cheese tart tu..tapi mesti tart sheel nya dah lemau sebab bekas tapawer plastik tu pecah..sepatutnya boleh samapi dengan selamat tanpa sebarang pecah..tapi mesti tertindih2 dan dicampak je..benda tu pun ringan je..adoiyai..susah jg nak buat perniagaan makanan secara on9..kena ade satu packaging yang sempurna..saya belum jumpa packeging yang baik lagi buat masa nie..

ok lah panjang juga bercerita kat atas tu kan, tak juga keluar cheese tartnye..hehe jom!!!
nie lah rupa paras blueberry cheese tart..saya buat saiz yang kecil je..sebesar duit 50sen..suke buat saiz yang macam  ie, bila makan sebiji tak la terase muak..klu buat besar2 rase susahnya nak habiskan sebiji..tak kan la nak simpan separuh dalam bekas tak elok la pulak..kalau buat saiz kecil makan sebiji compom2 habis dan amik lagi dan lagi dan lagi..saya nie sebenarnya tak suka dengan cheese, tapi bila cheese tart  nie 3 4 biji sekali haring je..sedap sangat tak muak sebab saya letak bluberry filling kat dalam bawah cheese..bila makan2 lemak2 cheese di campur dengan masam manis blueberry memang sepadan dan tak muak kalau makan banyak..
close up sikit bahagian dalam, saya panggil inti blueberry..sangat sesuai kombinasi rase kedua2nya yang berbeza..kira sepadan la..serasi bersama..

saya masih lagi menggunakan resepi tart yang sama seperti sebelum nie..resepi yang saya copy dari dapur k.hasue..memang tart sheel nya rangup yang boleh bertahan 2 hari..tapi kan klu kerangupan tart sheel nya sudah hilang ianya masih sedap di nikmati..lagi2 bila sejuk..memang sedap..
nak tengok resepi klik sini
saya buat sikit unti chocolate dan draw dengan cheese mocha, sedap juga..kira anta semua boleh try macam inti n filling dengan menggunakan resepi yang sama..
ok itu je, malas nak taip resepi xsempat dah nak ngadap lapy lama2..

selamat mencuba!

Jun 23, 2012

Tart Telur

Ain Fajar | 9:22 PM | 4Comments |
Assalamualaikum
Salam tengah hari ahad semua..lama rasenye saya menyepi dengan resepi..adela seminggu, macam lama je kan..kononnya sibuk la kan, tapi tau la ape yang sibuk sangat..n3 nie pun sepatutnya dah lama nak post tapi mood rajin tu memang kureng la..ok lah xmau bebel panjang..terus je ke menu yang saya nak tanyang hari nie.

resepi saya cedok dari dapur rahel, memang sedap tapi agak manis bagi mulut saya sekeluarga lah..so kena la kurangkan kandungan gula..
inilah kejadian tart telur yang terhasil..agak susah juga nak buat tart telur yang cantik..saya ade juga buat saiz yang kecil tapi tart shell nya lemau, tapi buat yg besar nie elok la pulak..tak tau la kenapa..memang tak de pengalaman nak buat tart telur..orang kate nak buat tart telur nie memang susah nak dapatkan filling telur yang cantik warnanya dan licin..kadang tu melenkung lah dah macam kawaah bulan, kadang tu pecah @ merekah dan kadang hangus2 kat tepi keliling shell tuh..asa saya buat nie saya duduk la depan oven dari awal sampai masak..memang berdebar lah..alhamdulillah la kan ade juga rupa tart telur yang sedap mata memandang. saya copy je terus dari dapur rahel..hehehe penyakit M da datang semula...

Egg Tart
Sumber: Kitty
sumber 2: Rahel

Bahan:
140g mentega
1/2 biji telur
70g gula aising-ayak
200g tepung gandum-ayak

Filling:
140g gula pasir
300ml air
4 biji telur gred A
80ml susu cair/susu segar

Cara:
1.Satukan bahan pastry dan uli hingga menjadi doh (tabur sedikit tepung sambil diuli
   hingga rata).
2.Ambil sedikit doh,tekan ke dalam acuan tat.Kemaskan tepinya.
3.Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170'C.
4.Untuk Filling:Panaskan air dan gula sehingga larut.Angkat dan biarkan sejuk.
5.Satukan telur,susu cair/susu segar dan air gula.Kacau rata dan tapiskan.
6.Tuang filling ke dalam tat 80% penuh.Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
7.Setelah masak,biarkan suam baru keluarkan dari acuan.

*Bakar tat pada rack bahagian tengah.
*Cucuk tat dengan lidi,jika lidi keluar dg bersih bermakna tat dah masak.

 Ade yang nak ke..huhuhu sory dah selamat di ngap..nak tengok tart telur yang comel2 boleh tengok kat blog rahel yer..

ok selamat mencuba!!

Jun 16, 2012

Mini Muffin choclate chip

Ain Fajar | 9:31 PM | 2Comments |
Assalamualaikum.
kemarin saya buat muffin untuk di bawa kemajlis hari lahir kawan saya..masa saya jeguk dapur k.hana terus terikat bila k.hana dok tayang muffin coklat chip..comel je muffin k.hana..terus jatuh hati dan terus je salin resepi..kebetulan kawan saya jemput ke majlis hari jadi anak dia, so saya pun terus terfikir nak bawa sebagai buah tangan..tak tau nk bagi ape..saya cuma sponser kek coklat moist untuk beday girl, dan untuk kawan saya bagi la muffin comel yang tak seberapa ni..saje lah menambah kuih muih yang ade..
sifat muffin nie sebenranya berbeza dengan kek/ kek cawan , muffin nie, berbukit, sturuktur yang sedikit kasar, keras tapi lembab..nak buat muffin yang betul kena ade caranya..menurut petua yang k.hana kongsikan di dapur beliau, cara membakar muffin harusla menggunakan suhu api yang kuat untuk 15 minit pertama dan 5minit kedua api diperlahankan sedikit, bakar sekali gus untuk semua adunan..dan cara kita mengaul aduanan hanya menggunakan tangan secara perlahan..saya mengikut cara yang k.hana terangkan dan alhamdulillah muffin yang terhasil memang sedap dan menepati citarasa oarang yang menikmatinya..saya mendapat komen yang positif untuk muffin nie..tq kepada penyumbang resepi dan sumber saya k.hana..

Ok jom kita skodeng dulu resepinya..mana tau ade yang jatuh hati plak dengan muffin yang saya tayang nie..hehehe :)

penyumbang resepi : nurul ain
sumber : k.liza dan k.hana
by 'ain

Muffin Chocolate chip

bahan-bahannya:
Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 cawan gula kastor*
  • 1/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil garam halus*
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur(dipukul sikit)
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1sk baking powder - hana tambah
  • 3/4 cawan choc chips
Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  • Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  • Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  • Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
  • Sejukkan dan hidang.
 ni je yang terhasil dari satu aduan..buat kecik2 mcm nie dapat la dalam 40biji++, klu buat saiz biasa tu dapat jg 10bj kot..buat kecik mcm nie comel dan senang nak makan, sesuaila untuk majlis2 macam nie.




Jun 14, 2012

Non-bake cheese cake

Ain Fajar | 3:00 AM | 27Comments |
Assalamualaikum..
Hari nie nak tayang cheese cake plak..1st buat nie..selalunya buat yang bakar je..saya kureng sikit nak makan yang tak dibakar nie, ..saya buat nie pun sebab adik saya nak sangat makan cheese cake tapi kan dalam keadaan yang kelam kabut minggu nie saya buat yang cepat dan senang je...saya google la cari resepi cheese cake yang tak perlu bakar, godek2 bekukan kejap dalam peti ais dah boleh makan. masak dalam peti ais nie boleh tinggal bape lame kita nak, boleh la buat keje lain..


Ini lah kejadiannya..letak blueberry filling sikit kat atasnya untuk menambah selera...ceh!!hehehe konon2 la,tapi ade fungsinya juga ianya untuk menghilankan muak...hasil saya mengoogle resepi cheese cake nie saya jumpa resepi yang semua bahan ade pas tu senang dan cepat membuatnya..resepi nie kalau tetibe tetamu nak datang boleh la buat cake nie senang sangat..ni dah nak raye kan kalau kuih raye dah habis boleh gedok2 cheese pastu, masak kat peti ais.siap!!.


oklah jom tengok resepinya

Non Bake Cheese Cake.

sumber :sonarhea khan

Bahan-bahannya:
lapisan cheese
250gm cream cheese
120gm gula halus
7-8 keping biskut Oreo
250ml whip cream
10gm geletin
50ml air

lapisan biskut
1 paket besar biskut Oreo
125grm butter
2sudu gula

cara-caranya:
  • cairkan butter dan masukkan gula, hancurkan biskut oreo, gaulkan sebati
  • masukkan biskut dalam loyang 7 inci dan tekan-tekankan sehingga padat.
  • simpan dalam petia ais.
  • sementara itu buat bahagian cheese.
  • larutkan air dan geletin secara double boil.
  • pukul cream cheese bersama gula hingga gebu masukkan geletin dan whip cream
  • pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 5 minit.
  • tuang adunan cheese atas lapisan biskut dan simpan dalam peti sejuk selama 3jam atau lebih.
  • hiasla ikut creativiti masing.. 
  • siap untuk dihidangkan..
mudah je, belum cuba belum tau kan..ok jempun makan!!
selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...