Jul 8, 2011

Jahitan manik

Ain Fajar | 12:58 AM | 2Comments |
Assalamualaiku...
n3 kali ni lain cikit dari kebiasaannya..biasa saya try skil dlm dunia masakan tapi kali ni saje nak try skill dalam jahitan..nak ikutkan saya minat dengan kraftangan cuma tak seminat dalam dunia masakan, sekadar tahu dan boleh la untuk pakai sendiri...tak sangka pulak saya ada juga bakat dalam jaitan manik ni..hehehe mula la ni nak angkat bakul sendiri...myb bakat dari darah arwah my mom kot...my mom ni cakap je suruh buat ape, sume boleh, memasak, mejait, mengait, bercucuk tanam sumenya menjadi..tapi saya ni taklah sehebat dia..adala sikit2..my mom pun lebihkan minat dia pada dunia masakan di dapur. sampaikan duit utuk menyara kami adik beradik pun dari hasil dia membuat kuih-muih dan pelbagai masakan..
oklah saya saje nak syer kat sini jahitan manik yang ditempah oleh pelanggan pertama saya, pelanggan saya tu namanya ain juga..saya sebenarnya takut juga nak ambik tempahan ni. tapi dia sangat yakin yang saya boleh buat..dia cakap cantik baju2 yang saya jait manik tu..so saya pun sahut cabaran dia..
 taraaaaa ini lah hasilnya....ain minta saya buat jahitan manik menjalar..berdasarkan manik2 yang dia beri dan keadaan ain yang mempunyai anak kecik..anak dia gatal tangan suka tarik manik tu..so saya rasa inilah yang terbaik untuk ain..alhamdulillah ain sangat berpuas hati dengan hasilnya..
ok saya zoom sikit
yang ni pulak, zoom sikit bahagian tangan.

oleh kerana ain berpuas hati dengan jahitan manik yang say buat kat baju dia, so dia minta saya buat juga kat baju anak2 dia sekali..lagi pun manik masih banyak bakinya..ain minta saya buat simple2 je..
ni jahitan baju anis, saya buat d bahagian leher je, kalau buat kat bahagaian tangan mesti seronok dia menarik2 manik dan labuci tu..anis ni baru setahun..1st pakai baju kurung masa raya nnt..mesti anis sangat comel bila pakai baju kurung sambil jalan terkedek2 hehehe..
yang ni pulak untuk anak sulung ain..husna dah 3thn sebaya dengan kakak..saya buat bahagian tangan dan juga di leher..
hahaha ok tak hasilnya...

Jul 7, 2011

Tindik Telinga

Ain Fajar | 9:24 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
sape pulak yang tindik telinga ni? hahaha dah tentula 2 orang anak dara saya tu.saya dah lama tindik masa kecik2 dulu...saje nak masukkan n3 ni buat kenangan untuk dorg bila dah besar nnt. sebenarnya dah lama nak tindik telinga kakak, masa umur dia cukup 2tahun. kiranya hadiah beday la dari ibu dan ayahnya. tapi masa pergi ke kedai emas tu, baru je nak tanda kat telinga dia dah melalak sekuat hati, dah pujuk macam2 pun tak jalan juga..kakak tetap takut dan nangis. masa tu kakak suka sangat dengan bola kecik2 so ayahnya laburkan la sedikit duit beli bola kecik..walau macam mana pun tetap tak berkesan free2 je dapat bola. padahal kat rumah dah banyak bola..bermacam saiz dan bentuk..
ni telinga kakak yang terbaru. buat masa ni pakai dulu la subang ni..raya nnt baru bli subang cantik 
sejak akhir2 ni, bila dia tengok telinga orang ada subang cantik2, dia pun teringin..dia nak pakai tapi macam mn nak pakai telinga tak tindik lagi, so cakap dengan kakak, kakak kena tindik telinga dulu baru boleh dapat telinga cantik..dari hari ke sehari asik lupa je nak bawa kakak pegi tindik, tiap dia hari minta nak tindik telinga..so semalam tanggal 07/07/2011 telinga kakak dan adik pun ditindik dan bolehla pakai subang cantik...tak ambik gambar pun masa proses tindik telinga tu..mmg tak menyempat nak pegang hp atau kamera.
punyala happy nak pegi tindik telinga senyum memanjang..bila sampai kat kedai emas tu, kakak dengan rela hati duduk kat kerusi sambil senyum2...kami minta orang yang nak tindik tu supaya dia tembak serentak kanan dan kiri..kalau buat satu2 mesti sebelah je ditindik, udah jadi lanun la pulak..masa telinga kakak ditanda dengan pen kakak masih tersenyum dan masa kn spry pun dia senyum je..bila dah kena tembak terus je dia uuwwaaaaaaa sakit.. sakit..sakit tingeeee..yang si adik time tu gelakakan kakaknya nangis...kakak nangis tak berenti, pas tu ayahnya janji nak bawa dia makan KFC yang ada gambar atuk baru la kakak nangis sikit je...kena buat pelaburan lagi...
time adik pulak, dia mmg tak tau ape2 pun..dia tak tahu knp kakaknya nangis..masa tanda, adik diam je, masa kn spry pun dia diam..saya dah jagal (pegang) tangan adik siap2 takut dia melompat pulak..bila kena tembak je telinganya, adik terkejut juga dan terdiam, ingat tak nangis, lama2 dia pun nangis juga tapi sekejap je..adik mmg kuat sikit dari kakak..
ni la rupa kakak selepas pakai subang, dia tak berani nak pegang telinganya, takut sakit la tu..kakak kena tindik telinga seusia 3 tahun 3 bulan.
ini pulak si syafina, bila tanya mana telinga cantik? dia tunjuk telinga dia sambil gedik2..hehehe...adik kena tindik seusia 1 tahun 7bulan.barula nampak macam gegirl. kalau tak org panggil dia kamal junior..kawan2 en.abg panggil sarjen junior..siap ada yg kate photocopy direct ayahnya.
raya ni boleh la pakai subang cantik...kakak kecik2 lagi dah pandai minta belikan emas..nasib la ayah kena buat pelaburan awal, anak sulung pompuan..kalau lelaki takla kena buat pelaburan awal..hehaha

cheese tart..

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum...
pertama kalinya saya buat cheese tart ni, sebelum ni saya pernah buat tart telur dan tart nenas..nak ikutkan saya nak post n3 ni semalam tapi c kakak n en.abg tak sihat pulak..tak tau knp muntah2 sepanjang hari..c kakak biasalah kalau dah tak sihat ibunya mmg tak leh nak bergerak..manja sangat mengalahkan adiknya..hari ni saya pulak dilanda demam, tapi kuatkan juga untuk jaga anak2..
 inilah hasil cheese tart yang saya dapat buat..macam tak berapa cantik je..tapi sedap juga..permurkaannya jadi merekah cikit sebab saya letak jem strawberry yang berketul2...tak pa la kan nnt leh try lagi..
saya guna resepi arwah mak saya masa dia belajar dulu..tapi yang bahagian biskutnya, yang resepi untuk cheese saya guna resepi cheese cake..pastu saya ada la ubah ckit..nasib menjadi..hahaha..kalau tak jadi ruginya cream cheese mahal2..
Bahan doh tart :
125 gm tepung gandum
50 gm mentega
75 gm gulaaising
1/2 biji telur
1/2 sudu esen vanila.

cara-caranya:
  • gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lebut.
  • simpan dalam peti ais dalam 10minit
  • ambil sedikit dan tekan2 ke dalam acuan tart.
  • bakar selama 10minit pada suhu 160c..ni ikut pada oven masing2.@ sampai kekuningan

Bahan untuk toping cheese:)
125 gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
50ml air susu segar
1 sudu tepung jagung.

Cara-caranya :
  • pukul crem cheese dan gula hingga kembang
  • masukkan telur dan pukul hingga sebati
  • masukkan susu segar dan tepung jagung gaul sebati
  • masukkan cheese ke dalam tart tadi.
  • bakar selama 10 minit pada suhu 160c..ikut pada suhu masing2.
  • apabila sudah masak buka pintu oven sedikit dan biar hingga sejuk.
selamat mencuba.!!!!

Jul 5, 2011

Toturial buat Umi

Ain Fajar | 8:59 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
salam semua...buat donut lagi!!tengah nak demam nak makan donut ni...hehehe tapi sebenarnya, n3 kali ni saya buat khas untuk umi sahabat saya sorang tu...kwn2 yang nama umi juga boleh juga tumpang belajar..ramai kawan saya yang bernama umi, umi mastura, umi fadhilah, umi solha dan umi atikah..lepas ni tak tau la umi ape pulak...toturial ni saya tuju buat umi mastura...umi kata dia buat donut tak seperti yang dia harapakan, tak tau la kenapa.. saya sendiri tak tau puncanya sebab dia jauh di selangor..tak per yer umi nnt ko try lagi sampai berjaya..mn yang aku boleh tolong aku tolong..ok..
yang ni saya buat donut ball untuk syuhada..kalau dia makan donut yang besar tu, dia akan makan yang ada choclate je, kalau buat bulat kecik2 dia akan makan semua. so tak rugi la..hehehe..

ok tengok resepi dulu:
BAHAN-BAHANNYA:)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung roti
1/2 cawan air suam
3 sudu susu tepung
2 sudu gula
2 sudu mentega cair
1/4 sudu garam
2 sudu yis kering
1 biiji telur
cara-caranya dan step by step:
.
campurkan air suam dengan yis selama 5 minit atau  berbuih
campurkan semua bahan2 kering dalam mangkuk besar
lubangkan tengah tepung dan masukkan air yis tadi,
uli tepung sebati dan masukkan minyak dan telur. uli tepung hingga menjadi doh yang licin. (tidak melekat di tangan dan mangkuk. perp selam 30 minit.
gambar di atas yang kiri belum kembang dan yang sebelah kanan sudah kembang 2 kali ganda..tak nampak bezanya pulak kan, saya ambil gambar dekat. tapi boleh lihat yang lum kembang agak mengerutu sikit dan yang kembang agak licin sikit permukaannya
ok, lpas dah kembang tu, saya buat bulat2, ikut suka lah nak wat besar mana pun. yang kiri tu lum kembang..jangan lupa tabur tepung atas dulang supaya tak melekat masa doh mengembang nnt..perap selama 15 minit..yang belah kana tu dah kembang 2 kali ganda..kemudian boleh terap dengan acuan donat..kalau tak guna acuan cucuk tengah doh dengan jari dan tarik2 sikit..kemudian biar seketika..

zooom sikit doh yang kembang licin je
panaskan minyak, apabila dan panas slowkan api..masukkan donat dam sentiasa balik2 kan hingga donat kekuninga. p/s: jangan masukkan donut banyak2 dalam kuali sebab donat akan kembang lagi apabila di goreng.
gambar donat yang baru sahaja dia angkat dari kuali.




yang ni donut ball yang saya buat untuk c kakak..
donut yang siap di salut choclate masak dan choclate rise...sedia untuk di hidangkan..kalau nak letak toping ape2 pun boleh. gula kastor ke, gula aising, jem ke..ikut suka selera anak tekak lah yerrr...

ok itu sahaja...senangkan uli guna tangan pun boleh, guna mesin lagi ;a boleh dan pastinya memudahkan tugasan....harap2 gambar step by step ni dapat membantu umi dan rakan2 yang lain...ape yang penting jagan cepat putus kalau kita nak hasil yang memuaskan..
selamat mencuba!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...