Jul 7, 2011

cheese tart..

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum...
pertama kalinya saya buat cheese tart ni, sebelum ni saya pernah buat tart telur dan tart nenas..nak ikutkan saya nak post n3 ni semalam tapi c kakak n en.abg tak sihat pulak..tak tau knp muntah2 sepanjang hari..c kakak biasalah kalau dah tak sihat ibunya mmg tak leh nak bergerak..manja sangat mengalahkan adiknya..hari ni saya pulak dilanda demam, tapi kuatkan juga untuk jaga anak2..
 inilah hasil cheese tart yang saya dapat buat..macam tak berapa cantik je..tapi sedap juga..permurkaannya jadi merekah cikit sebab saya letak jem strawberry yang berketul2...tak pa la kan nnt leh try lagi..
saya guna resepi arwah mak saya masa dia belajar dulu..tapi yang bahagian biskutnya, yang resepi untuk cheese saya guna resepi cheese cake..pastu saya ada la ubah ckit..nasib menjadi..hahaha..kalau tak jadi ruginya cream cheese mahal2..
Bahan doh tart :
125 gm tepung gandum
50 gm mentega
75 gm gulaaising
1/2 biji telur
1/2 sudu esen vanila.

cara-caranya:
  • gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lebut.
  • simpan dalam peti ais dalam 10minit
  • ambil sedikit dan tekan2 ke dalam acuan tart.
  • bakar selama 10minit pada suhu 160c..ni ikut pada oven masing2.@ sampai kekuningan

Bahan untuk toping cheese:)
125 gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
50ml air susu segar
1 sudu tepung jagung.

Cara-caranya :
  • pukul crem cheese dan gula hingga kembang
  • masukkan telur dan pukul hingga sebati
  • masukkan susu segar dan tepung jagung gaul sebati
  • masukkan cheese ke dalam tart tadi.
  • bakar selama 10 minit pada suhu 160c..ikut pada suhu masing2.
  • apabila sudah masak buka pintu oven sedikit dan biar hingga sejuk.
selamat mencuba.!!!!

Jul 5, 2011

Toturial buat Umi

Ain Fajar | 8:59 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
salam semua...buat donut lagi!!tengah nak demam nak makan donut ni...hehehe tapi sebenarnya, n3 kali ni saya buat khas untuk umi sahabat saya sorang tu...kwn2 yang nama umi juga boleh juga tumpang belajar..ramai kawan saya yang bernama umi, umi mastura, umi fadhilah, umi solha dan umi atikah..lepas ni tak tau la umi ape pulak...toturial ni saya tuju buat umi mastura...umi kata dia buat donut tak seperti yang dia harapakan, tak tau la kenapa.. saya sendiri tak tau puncanya sebab dia jauh di selangor..tak per yer umi nnt ko try lagi sampai berjaya..mn yang aku boleh tolong aku tolong..ok..
yang ni saya buat donut ball untuk syuhada..kalau dia makan donut yang besar tu, dia akan makan yang ada choclate je, kalau buat bulat kecik2 dia akan makan semua. so tak rugi la..hehehe..

ok tengok resepi dulu:
BAHAN-BAHANNYA:)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung roti
1/2 cawan air suam
3 sudu susu tepung
2 sudu gula
2 sudu mentega cair
1/4 sudu garam
2 sudu yis kering
1 biiji telur
cara-caranya dan step by step:
.
campurkan air suam dengan yis selama 5 minit atau  berbuih
campurkan semua bahan2 kering dalam mangkuk besar
lubangkan tengah tepung dan masukkan air yis tadi,
uli tepung sebati dan masukkan minyak dan telur. uli tepung hingga menjadi doh yang licin. (tidak melekat di tangan dan mangkuk. perp selam 30 minit.
gambar di atas yang kiri belum kembang dan yang sebelah kanan sudah kembang 2 kali ganda..tak nampak bezanya pulak kan, saya ambil gambar dekat. tapi boleh lihat yang lum kembang agak mengerutu sikit dan yang kembang agak licin sikit permukaannya
ok, lpas dah kembang tu, saya buat bulat2, ikut suka lah nak wat besar mana pun. yang kiri tu lum kembang..jangan lupa tabur tepung atas dulang supaya tak melekat masa doh mengembang nnt..perap selama 15 minit..yang belah kana tu dah kembang 2 kali ganda..kemudian boleh terap dengan acuan donat..kalau tak guna acuan cucuk tengah doh dengan jari dan tarik2 sikit..kemudian biar seketika..

zooom sikit doh yang kembang licin je
panaskan minyak, apabila dan panas slowkan api..masukkan donat dam sentiasa balik2 kan hingga donat kekuninga. p/s: jangan masukkan donut banyak2 dalam kuali sebab donat akan kembang lagi apabila di goreng.
gambar donat yang baru sahaja dia angkat dari kuali.




yang ni donut ball yang saya buat untuk c kakak..
donut yang siap di salut choclate masak dan choclate rise...sedia untuk di hidangkan..kalau nak letak toping ape2 pun boleh. gula kastor ke, gula aising, jem ke..ikut suka selera anak tekak lah yerrr...

ok itu sahaja...senangkan uli guna tangan pun boleh, guna mesin lagi ;a boleh dan pastinya memudahkan tugasan....harap2 gambar step by step ni dapat membantu umi dan rakan2 yang lain...ape yang penting jagan cepat putus kalau kita nak hasil yang memuaskan..
selamat mencuba!!!!!

Jun 30, 2011

Donut Pisang

Ain Fajar | 8:04 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Donut pisang??!!...hhhmmmm mmg jarang kita jumpa, saya? dengar pun tak pernah sebelum ni..so bila tengok kat blog kawan2 blogger tersangatla teringin nak cuba dan rasa donut pisang ni...biasanya kalau balik kampung banyak pisang di bekalkan, jadinya saya pelbagaikanlah pisang untuk buat mcm2 kuih dan kek..
setelah mencuba, inilah hasilnya, lembut dan gebu..rasanya mcm mkn cekodok pisang + donut...haha lebih kurang la kan..kalau nak tau rasanya yang lebih tepat cuba sendiri, tak susah pun nak buatnya..resepi saya ambil dari blog k.yati..saya buat separuh dari adunan asal, banyak juga hasilnya...ok jom kita tengok resepinya layaaaan!!


Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )
  • 400 gm tepung roti
  • 100 gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera (1 peket)
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk bread improver (opt)
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji kuning telur
  • 300 gm pisang - lecek
  • 100 gm mentega - lembut
  • minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
  2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
  3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
  7. Boleh juga dibakar...
 selamat mencuba!!!

Jun 26, 2011

donat berchoclate

Ain Fajar | 8:35 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Dah beberapa hari tak mengupdate, ada je halnya...baru2 ni ada kenduri cukur jambul di rumah kawan kami, mereka adalah kenalan rapat abg dan kakak en.abg kiranya dengan kami dah macam mak cik dan pak cik sedara dah. dulu masa en.abg mula2 datang ke terngganu ni tahun 2004 merekalah yang tolong en.abg tumpangkan rumahnya, dan ke dua kalinya saya dan en.abg datang semula ke terengganu 2008 dorang juga yang tolong..sejak tu kami pun rapat dengan keluarga wak sahro ni..so ape2 kenduri kendara kami di jemput macam saudara dorg je..so saya pun mestilah mengenang jasa dorg..tiap kali dorg kenduri saya mesti bawa sesuatu kuih muai atau kek..almaklumlah org yang beranak kecik ni susah nak datang rewang..kali ni saya buat donat yang disaluti choclate..kali ni saya guna resepi yang saya ambil dari blog k.yatie.

resepinya donat ni agak berlainan sedikit dari segi bahan-bahannya..bahan tu boleh melembutkan lagi donut menjadi lebih lembut..dah macam makan kek la pulak..tapi rasa donut la, sedaaaaaap sangat..kaka makan tak cukup sebiji..asik minta kuih jer..lum buat lagi untuk kakak..esok la yer kak ibu buat lagi...
 jom kita tengok bahan-bahan yang saya ada sedikit kelainan tu..k.yeti saya minta izin tempek resepi donat ball tu kat blog saya yer..

sumber : ) k.yatie
Bahan-Bahanya:)

2cawan tepung gtandum
1 sk ovallate
3 sudu susu tepung
1 sb gula
1/4 sb garam
2 sb marjerin
1/4 cawan air suam
1 biji telur
2sb yis serbuk


Cara-caranya : )
  • campurkan yis bersama air suam.. tunggu hingga 10 minit dan air berbuih.
  • satukan semua bahan-bahan lain.
  • campurkan bahan lain dengan air dan yis.
  • uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
  • rehatkan doh selama 30 minit.
  • bulat-bulatkan dan lubangkan bahagian tengahnya. tunggu donut kembang dan ringan
  • goreng donut dengan api yang sederhana hingga warna keemasan.
  • salut dengan gula halus atau choclate.
menghasilkan 10 biji donut sederhana keci, saya dapat 17 biji donut dari dua kali bancuhan  selamat mencuba!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...