Jun 26, 2011

donat berchoclate

Ain Fajar | 8:35 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Dah beberapa hari tak mengupdate, ada je halnya...baru2 ni ada kenduri cukur jambul di rumah kawan kami, mereka adalah kenalan rapat abg dan kakak en.abg kiranya dengan kami dah macam mak cik dan pak cik sedara dah. dulu masa en.abg mula2 datang ke terngganu ni tahun 2004 merekalah yang tolong en.abg tumpangkan rumahnya, dan ke dua kalinya saya dan en.abg datang semula ke terengganu 2008 dorang juga yang tolong..sejak tu kami pun rapat dengan keluarga wak sahro ni..so ape2 kenduri kendara kami di jemput macam saudara dorg je..so saya pun mestilah mengenang jasa dorg..tiap kali dorg kenduri saya mesti bawa sesuatu kuih muai atau kek..almaklumlah org yang beranak kecik ni susah nak datang rewang..kali ni saya buat donat yang disaluti choclate..kali ni saya guna resepi yang saya ambil dari blog k.yatie.

resepinya donat ni agak berlainan sedikit dari segi bahan-bahannya..bahan tu boleh melembutkan lagi donut menjadi lebih lembut..dah macam makan kek la pulak..tapi rasa donut la, sedaaaaaap sangat..kaka makan tak cukup sebiji..asik minta kuih jer..lum buat lagi untuk kakak..esok la yer kak ibu buat lagi...
 jom kita tengok bahan-bahan yang saya ada sedikit kelainan tu..k.yeti saya minta izin tempek resepi donat ball tu kat blog saya yer..

sumber : ) k.yatie
Bahan-Bahanya:)

2cawan tepung gtandum
1 sk ovallate
3 sudu susu tepung
1 sb gula
1/4 sb garam
2 sb marjerin
1/4 cawan air suam
1 biji telur
2sb yis serbuk


Cara-caranya : )
  • campurkan yis bersama air suam.. tunggu hingga 10 minit dan air berbuih.
  • satukan semua bahan-bahan lain.
  • campurkan bahan lain dengan air dan yis.
  • uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
  • rehatkan doh selama 30 minit.
  • bulat-bulatkan dan lubangkan bahagian tengahnya. tunggu donut kembang dan ringan
  • goreng donut dengan api yang sederhana hingga warna keemasan.
  • salut dengan gula halus atau choclate.
menghasilkan 10 biji donut sederhana keci, saya dapat 17 biji donut dari dua kali bancuhan  selamat mencuba!!!!

1 comment:

  1. kalo aku mkn ni kompom pipi aku bulat cam donat gak.. nampak sedap..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...