Jun 30, 2011

Donut Pisang

Ain Fajar | 8:04 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Donut pisang??!!...hhhmmmm mmg jarang kita jumpa, saya? dengar pun tak pernah sebelum ni..so bila tengok kat blog kawan2 blogger tersangatla teringin nak cuba dan rasa donut pisang ni...biasanya kalau balik kampung banyak pisang di bekalkan, jadinya saya pelbagaikanlah pisang untuk buat mcm2 kuih dan kek..
setelah mencuba, inilah hasilnya, lembut dan gebu..rasanya mcm mkn cekodok pisang + donut...haha lebih kurang la kan..kalau nak tau rasanya yang lebih tepat cuba sendiri, tak susah pun nak buatnya..resepi saya ambil dari blog k.yati..saya buat separuh dari adunan asal, banyak juga hasilnya...ok jom kita tengok resepinya layaaaan!!


Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )
  • 400 gm tepung roti
  • 100 gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera (1 peket)
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk bread improver (opt)
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji kuning telur
  • 300 gm pisang - lecek
  • 100 gm mentega - lembut
  • minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
  2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
  3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
  7. Boleh juga dibakar...
 selamat mencuba!!!

2 comments:

  1. 1st time dengo donut pisang.. ko mmg suke kan wat aku lapo.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. chik:hehehe aku suka 3x..aku suke try benda yg baru..klu ko dekat dgn umah aku, ari2 aku anta kuih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...