Apr 5, 2011

Kek pisang

Ain Fajar | 7:33 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
3hari yg lepas saya buat kek pisang..ari tu balik kampung mak bawakan 4 sikat pisang muda..tak sempat buat ape2 lagi kat pisang tu..pastu 2 hari tinggalkan rumah bawa kakak tido kat resort pake, bila balik je, tengok pisang dah masak dengan sangatla ranum..masak semua..tak sangka la pulak proses pisang tu masak cepat sangat, lupa nak simpan dalam peti es..so saya kupas semuanya dan simpan, leh tahan lama sikit..yang dah layu ranum tu saya buat kek..kek pisang peberet en.abg so buat banyak pun mesti abis..
ni lah kejadian kek pisangnya..kek ni sangat la senang dan cepat..kejap je dah siap guna blender jer..hahaha teringat dulu masa saya kat U..ummh! mula dah dok kenang2 zaman2 yg lepas..jgn marahla yer, tiap2 makanan ada je kenangannya...mmg seronok kalau dok ingat cerita dulu2 sememangnya satu kenangan yg tak leh di lupakan...ok nak sambung ape yg saya teringat yang berkaitan dengan kek pisang ni...sebenarnya saya tak bape nak gemo makan kek pisang ni, tapi boyperen (en.abg saya lah sape lagi hik hik!) suka makan kek pisang ni, so berusahalah nak buat kek ni..dengan sape2 je pun saya tanya mcm mn nak buat kek pisang yg sedap..masa kat U saya tanyalah kat kawan saya cik jelita ada bagitau yg dia buat kek pisang guna blender je (lupa minta resepi plak)..huh! gilaa. kreatifnya dia kan..saya mmg tak caye..tapi harus percaya coz dia ni mmg gila2 orgnya..kadang ape yg dia buat tak masuk akal tapi mmg berguna..so bila saya jumpa je resepi kek pisang yang hanya guna blender saya terus je percaya dan terus cube..
 seingat saya, resepi ni dari blog k.an..terima kasih sangat kat k.an sebab syer resepi yg sedap dan mudah ni, akhirnya saya dapat memenuhi citarasa en.abg..dia kata tak puas makan, dia makan dan makan dan makan sampai habis..ni kali yang ke 3 saya buat..yang 2 kali sebelumni tak sempat nak amik gambar pun dorang dah makan..ni dapat amik gambar sebab panas2 teus amik..
buat bentuk kek cawan pun ok..saya lagi suka yg macam kat gambar atas tu..ok lah jom kita tengok resepinya yer..copy & past je lah penyakit M dah datang hihihi...

sumber : Kak.Raihan

Kek pisang mudah
Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. bakar selama 45minit atau hingga kek masak..boleh cucuk guna lidi sate jika lidi bersih bermakna kek sudah masak.

kek ni sedap, moist, lemak pisang dan sangat mudah
selamat mencuba!!!

Birthday kakak.

Ain Fajar | 6:19 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

2 april 2011yg lepas genapla c kakak 3 thn..mmg terlalu cpt masa berlalu..rasanya baru je keluar dr bilik bedah lahirkan adliana syuhada..parut di perut pun masih terasa...ngilu dan seram bila mengenangnya..tapi demi anak tersayang ape sahaja sanggup saya hadapi asalkan ank selamat..mesti para ibu di luar sana mengakui apa yg sy fikirkan ni...tahun ni kami bercadang untuk adakan majlis hari lahir kakak di kampung.seronok sikit meriah baru ramai2. buat kek besar2 pun adala yg makan, so kami tak sambut secara rasmi tapi en.abg bawa kami sekeluarga bercuti di sebuah resort tepi pantai area pake..bukan ape, sebenarnya nak bawa kakak mandi manda je kat swimming poll sebab ni lah aktiviti kegemeran kakak..
papan tanda resort tempat kami bawa kakak sempena birthday dia..resort ni dekat je dengan tempat kerja en.abg dan hanya 45minit je dr rumah kami di Dungun..kami duduk 2 hari 1 1/2 malam..hehehe 1/2 mlm tu sebab lepas inya' kami keluar dr resort ni..tempat ni mmg selesa, tepi pantai dan dekat juga dengan pekan paka..tak susah nak cari makan di luar..tapi banyak nyamuk la pulak..xpe bukan masalah besar pasangla ubat nyamuk satle kan!!
 ni adalah gmbr yg saya ambil tepat pukul 12mlm 2 april 2011 yg mn tepat c kakak masuk umur 3thn..punyalah seronok dok kat hotel sampaikan tak nak tidur..jenuhla janji mcm2 br nak tidur...

ni la yg dorg buat bila sampai je ke bilik..lari sane sini, lompat2 atas katil, semua benda di pegangnya..ya allah jakunnya ank-ank saya ni..nasibla tak ada org lain kalau tak malunyaaa.
kami bawa c kakak n cfina mandi manda waktu petang tapi tak puas juga dorang beremdam, di sebabkan cuaca tak mengizin, hujan turun renyai2..so kenalah bawa lagi esoknya..tapi dorg sambung lagi kat dlm bilik air berendam air panas pulak...soronoknya dorg..termasukla ayahnya..saya tak suka nak berendam cepat sejuk maklumlah badan tak cukup lemak hihihihi...
bila hujan turun renyai2 kami lepak kat kerusi yg di sediakan ada payung sambil makan jajan yang saya bawa dr rumah..saya dah agak dah kalau lepas mandi n berendam ni mesti perut lapo..so tak sia-sia la..ha tengokla c fina makan, selalunya buat main je makanan kali ni dia makan sungguh2.
esoknya kami bawa kakak ke mesra mall kertih tak jauh juga dari resort 20minit dah sampai..saje bawa dia cuci mata dan makan nasi ayam madu..sambil tu beli barang2 dapur..

ni la aktiviti dorg malam tu, tak mau tido, buka tutup peti ais, lari sana-sini...

ni la wajah2 budak2 bila dah nak balik rumah..tak mau balik.kalau ayahnya cop duit dan laku duit tu bolehla dok hotel je...hehehe..sementara tunggu kereta sempatla saya amik gambo dorg...walau ape pun lepas juga rindu kakak nak mandi kat swimming pool..sampai demam2 lah!!ibunya pun demam dek kerana jaga dorang lambat tido, lagi satu kena dukung c fina sepanjang berjalan kat mesra mall..dah penat main dan tak cukup meragam la dia minta dukung je...klah cerita ni saje je saya abadikan di cni, utk tatapan dorg masa akan datang..dan ianya satu kenangan yg indah buat kami sekeluarga..k byby

Mar 31, 2011

spans cake stawberrry.

Ain Fajar | 10:35 PM | 0Comments |
Assalamualaiku..
kelmarin saya mendapat tempahan kek span dari jiran sebelah..sibuk la c kakak nak makan kek..so lebihan dr adunan tu saya buat bentuk cup cake. dapatla dalam 6 biji..
haa ni lah, aik! tadi kate 6 biji tapi kat gmbr ada 4 biji je..ape lagi 2 biji lagi dah selamat masuk dlm perut kakak tak sempat nak sejuk pun, suam2 lagi dah dia bawa lari..saya saje boh aising kat kek tu coz nnt bila dia tengok kek yg org tempah tu ada aising dia pun nak, baikla buat awal2, kalau tak bising je mulut dia...aduyai tak tahan telinga dan ibu dia tak leh nak buat keja la jawabnya...


sambil tu saya leh la melembutkan tangan yg keras untuk membuat bunga..walaupun tak cantik tapi korg sume masih boleh kenal kan yg kat atas tu bunga ape? yeeee betul! bunga ros..yg belah kiri tu yg dah kembang mekar dan yg belah kanan tu yg baru nak mengembang...hik! hik! hik!
 gambar di atas adalah sruktur kek span..nmpk mcm spans tak..lembut sangat mcm spans..ok lah jom kita skodeng resepinya

sumber : chef noraini
Bahan-bahannya: )
5 biji telur
125 gm tepung kek (self-raising)
140gm gula kastor
15gm ovallate 
40gm air suam
1sk baking powder.
1 sudu teh perasa srawberry
1 sudu teh pewarna merah
75gm buter (cairkan)

Cara-caranya: )
  • satukan pewarna, perisa stawberry dan air kacau sebati dan ketepikan.
  • masukkan semua bahan kecuali buter. pukul bahan pada kelajuan sederhana. apabila tepung sebati kuatkan speed pada kelajuan tinggi, pukul hingga adunan kembang. warnanya akan berubah kepada warna cream.
  • masukkan air pukul perlahan hingga sebati. dalam 5 minit
  • masukkan butter cair dan gaul guna tangan hingga sebati..
  • tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga kek masak. (bergantung pada oven masing2 yer)
  • apabila kek masak dan keluarkan dari oven terbalikkan loyang selama 10 minit baru keluarkan kek dari acuannya.
  • apabila kek sejuk boleh la hias mengikut kreativiti masing2 dengan kream.
selamat mencuba yer!!
 spans cake + butter cream
ni kek aising yang saya buat utk tempahan tu...hahaha mcm nak buat hantaran je..tapi tok makan2 je..saje lah kan kalau nak makan2 pun kenalah wat cantik2..cantik keer?..what ever!!hihihi..

oleh kerana esok hari beday kakak ibu dah buat satu ucapan dan kek..haha kalau ibunya rajin dan sempat  esok ibunya buat kek lain..bukan ape nnt nak sambut kat kampung dengan adik beradik en.abg dan embhnya..kn buat kek juga lagi
dah besar dah kakak..tapi ibunya nampak dia mcm kecik lagi..mn tak nyer cewek mengalahkan adiknya hahahaha...kakak kakak..harap2 jd anak solehah.

Roti Saj

Ain Fajar | 4:30 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran di dapur alam maya ni...penyakit M dah meresap di jiwa..tambahan pula line ternet sangat tenat..tak sabar nak menunggu, nak upload gambar pun tak lepas..alhamdulillah skrg dah pulih..so happy sangat dapat berkongsi disini lagi pelbagai resepi yg telah saya cube..
kali ni saya nak syer resepi roti saj..pelik namanya kan..jarang kita jumpa..saya jumpa resepi roti saj ni di beberapa blog masakan yg terkenal..saya ambil resepi ni pula dari dapur k.Yatie. mmg sedap dan mudah untuk membuatnya..
inilah rupe roti saj..lembut je..senang pulak tu..dah banyak kali saya buat untuk sarapan pagi, cicah dengan ayam masak kari..3 keping je buat untuk en.abg pagi tadi..klah jom kita tengok resepinya..

sumber : k.yatie blog sinar kehidupan ku
Bahan-bahannya : )
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 airsuam
1s/b  yis @ mauripan
1 s/b gula
1/2 sk garam

Cara-caranya : )
  • campurkan yis bersama air suam dan biarkan seketika.
  • campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin (tak la licin sangat). uli guna tangan je.
  • peramkan selama 1 jam. tutup dengan tuala dapur.
  • kemudian tumbuk2 doh dan bahagi2. leperkan kat dalam mangkuk supaya bentuknya cantik je bulat.
  • kemudian panaskan sedikit mentega (supaya tak melekat) dan letak doh, tutup dengan prnutup periuk. guna api yg slow je. balik2kan, bila dah keperangan tanda roti sudah masak.
  • sedia untuk di hidangkan.

 roti yg sedap, mengenyangkan dan yang penting sangat mudah untuk menyediakan..nak tau mcm mn rasanya mesti cuba ok..

selamat mencuba !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...