Jan 4, 2011

Ayam masak merah

Ain Fajar | 5:49 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

sebenarnya dah  lam nak letak N3 ni, saya buat minggu lepas tapi x kesempatan nak posts. cibuk nak balik kampung..ayam masak merah lauk paling saya suka, makan banyak kali pun tetap rasa mcm tak kenyang je..menu utama masa raya kat umah saya. bila makan ayam masak merah mesti teringat arwah mak..saya x bape nak pandai masak ayam merah ni, makan arwah mak buat lain je, rasanya unik tak tau nak cakap.mmg ssh nak cari yg sama rasanya...tapi bila saya cuba satu resepi ayam masak merah dari salah satu blog yg selalu saya singgah wah!! rasanya mcm sama je. so saya try dan terus selalu buat..en.abg pun minat..

ni lah ayam masak merah yg saya buat minggu lepas, buat bekal on the way balik kmpg. ok kita tengok resepinya, saya copy dari umah k.yati tapi ada jg yg saya ubah cikit. minta izin ye kak C & P.

Bahan2 : )

1 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit(goreng ayam)
1 sk garam(goreng ayam)

8 ulas bawang kecil(saya guna bwng besar je 1 biji...senang)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
15 btng cili kering
2 btng serai
1 inci lengkuas
1 cwn sos tomato (saya guna sos cili kimbal)
1 inci belacan (saya tambah)

garam,gula sebagai perasa
minyak utk mengoreng ayam dan menumis
Daun sup sebagai hiasan.

Cara-cara.
  • . Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
  • . Blend bawang kecil, bawang putih,halia,cili kering,serai lengkuas dan belacan.
  • . Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
  • . Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
  • . Masukkan sos tomato dan sedikit air(agak2 je).
  • . Masukkan garam,  dan gula .Gaul hingga sebati.
  • . Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
  • . Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
  • . Taburkan daun sup sebagai hiasan. 
ok, selamat mencuba!!

Ayam Goreng Oat.

Ain Fajar | 5:19 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

kali ni nak citer N3 masak2 pulak, duduk umah je xde buat ape2, main masak2 je laaa..lagi pun banyak lagi Quaker oat yg berbaki, fikir2 buat goreng ayam lah. ok juga rasanya..menu sihat nih!!tapi ayamnya kenalah di buang kulit dan lemak2nya..ok meh kita tengok resepinya..


Bahan-bahan : )
2 batang serai hiris halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu garam
1/2 sudu serbuk lada hitam
600 gm Quaker Oat cepat masak
50 gm tepung gamdum
minyak untuk menggoreng.
5 ketul ayam

cara-caranya : )

kisar serai, halia, bawang putih, dan bawang merah.
lumurkan ayam dengan bahan2 yg telah dikisar bersama lada hitam dam kunyit
perap ayam dalam 1 jam.
sementara itu, campurkan Quaker Oat bersama tepung dalam mangkuk besar.
celupkan ayam sekeping demi sekeping dan goreng hingga masak dan garing dengan api yg perlahan.

selamat mencuba!! cawww

Jan 2, 2011

Cuti Tahun Baru.

Ain Fajar | 4:46 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..

cuti tahun baru ni cbuk sanagat la dengan aktiviti kat kapung, sibuk dengan kenduri kawin, akikah dan arwah.sume wat dalam masa yg sama dalam minggu yg lepas..lojek rasanya badan ni pegi sana sini.
hari khamis, en.abg habis keje terus je balik kampung, banyak kenduri kn pegi..lagi2 lah cuti bertambah 1 hari di sebabkan pemain bola negara kita menang sebagai juarag piala AFF buat pertama kalinya..syabas lah kepada mereka..
sampai kat kapung pukul 2pagi, c kakak plk demam, mmmmhh!! risau yoi asik demam je budak2 ni...esok pginya nak kn bangun awal nak kemas umah, ye lah kakak ipar saya ni nak buat kenduri arwah la plak..xtau la plak dia nak wat kenduri kat kapung, nasib baik la cuti 1 Malaysia ari jumaat tu, klu x sape yg nak wat keje sume tuh..saya lah juga yg dah ada kat kampung..petang jumaat tuh terus je g kenduri akikah anak sedara saya,(anak kepada abg saya yg kedua) alhamdulillah dah sihat pun bby tu, yelah budak lahir x cukup bulan mmg banyak masalahanya, skrg dah ok dah...xsempat nak amik gambar pun sebab saya sampai majlis dah nak selesai org sume dah makan, xpe lah yg penting datang..
malam jumaat tu plak kenduri arwah di rumah mak mertua saya  plak...selalunya klu buat kenduri arwah @ marhaban xsah klu x buat nasi ambeng, tapi kali ni sangat berbeza menunya, yelah bukan kenduri mak bapak metua saya,tapi kenduri tu di taja oleh kakak n abg ipar en.abg..biras saya ni mmg org melayu so kn lah ikot cara dia..


ni la antara menu kenduri malam tu, nasi daging, ikan masak taucu, ayam masak merah, pajri nanas, mi goreng dan kuih muih..dah x buat ambeng kn la behidang..so penat la ckit, nak angkat hidangan, nak basuh pinggan yg berganda banyaknya..mmg loteh kami semua..esoknya nak kn bangun awal nak g kenduri umah kwn en.abg..tapi en.abg keluar bersosial plk degang adinya.kononya nak sambut tahun barulah mcm masa muda remaja..pegi la bang, nnt jangan nak ngadu ngantok atau letih..

esoknya awal pagi dah kn bangun siap2 nak g kenduri kawin kat Shah Alam Kawan En.abg kawin..tarikh  cantik tu 01/01/11, ramai org berebut dgn tarikh ni. kat kws kapung saya 4 5 tempat kenduri. dah janji dgn kwn en.abg nak pg sama2, so kn cepat. itu pun kami dah terlewat gara2 ank2 bgn lewat n buat hal plak..dah sampai Shah Alam x jumpa plak dewan tempat kenduri tu...pusing2 siap tanya org lagi akhirnya jumpa juga. pukul 12.30 kami sampai mmg ngam2 la...katenya pengantin datang 1.30 ptg ok la tu sambil2 makan leh tunggu, en.abg amik kesempatan tok bersembang degna kwn2 lama ms belajar kat MFI dulu. ramai juga kwn2 dtang, masing2 dah beranak pinak hehehe xla ramai, ada sorg tu da 4 org ank lelaki sumenya, rezki dapat anak kembar, mak ai mcm mn la keadaan sume ank lelaki buas2 plak tu kecik2 lagi...saya yg 2 org ank dara ni pun mcm dah haru rumah klu dorg nangis atau main dan buat sepah...xamik plk gmbr si kembar ni, sibuk layan c fina yg tengah kemaruk nak jalan sane cni...

 sementara kami menunggu pengantin, persembahan kompang menemani kami hihihihihi ayat sastera lah..belasah lah, time nih dah boring dah ni...oh ya!! pemain kompang ni datang dari teluk intan, mak ai jauhnya dorg import pemain kompang..rasa macam kat tempat sendiri la plak..

ni plak pasangan yg baru kawin juga, tp dah setahun juga la kot saya pun dah x ingat ada pegi kenduri dorg ni kat pahang, masa tu c fina dalam perut lagi..dorg ni pun tengah tunggu ank sulung dorg lahir awl bln 2 thn ni. semoga sumenye selamat...
 lama juga nak tunggu pengantin datang, pukul 2.30 ptg barua muncul kedua mempelai ni, nak jumpa pengantin kn la tunggu juga.ank2 dah mula meragam.. haa ni lah pengantin yg kami tunggu2..
 dari pandangan dekat, pengantin lelaki.kwn en.abg ms belajar kat MFI Bangi..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

 sempatla kami semua bergambar dengan kwn2 en.abg. yg lelaki sume kwn2 MFI en.abg..pengantin mn? x sempat nak tunggu bergambar dengan pengantin..banyak lagi acara pengantin, so kami semua beransur la dulu..masing2 ank2 dah xleh nak tunggu..xpelah yg penting jumpa juga pengantin n kwn2 sume..ok la tu kan..jauh lagi perjalanan kami. nnt nak blk kpg lagi..

ok lah rasanya pnjg dah n3 ni..nak caww dulu..saya rasa sempat lagi nak ucap  SELAMAT TAHUN BARU kepada semua...semoga kita hidup aman makmur dan d berkati ilahi...

Dec 29, 2010

Teh Lapis

Ain Fajar | 2:58 AM | 2Comments |
Assalamulaikum...

Pernah tak korang dengar air teh lapis atau layer tea..hehehe bukan kek je leh di lapis2 air teh pun buleh sekarang dah banyak jual kat kedai2 makan mungkin dah lama tapi saya je yg ketinggalan..rasanya macam air cendol. mungkin sebab bahan utama nyer air gula merah..
gambar kat atas ni lah kali pertama saya rasa teh lapis ni masa bulan puasa baru2 ni, masa2 en.abg belanje bebuke kat Mesra Mall Kertih. xtau nak minum air ape, air buah dah biasa sangat, nampak je dalam menu teh lapis terus oder, satu kelainan bagi saya..yg  berlapis tu lah rupa teh lapis, yg sebelah tu en.abg punya air white cofffe..bila saya rasa je air teh lapis ni terus jatuh hati..sejak tu saya jadi penggemar teh lapis..harganya leh tahan juga rm3.50..so saya cuba untuk cari resepi mcm mn nak buat teh lapis ni..

akhirnyaaa.. saya berjaya buat sendiri teh lapis kegemaran saya ni..gambar kat atas ni teh yg berjaya saya buat tengah hari tadi. tak sabar nak syer kat dalam blog ni...
ok saya syer resepi dengan semua..

Bahan-bahannya : )

bahan A:
200 ml susu cair
ais secukupnya

bahan B: air teh
1 uncang teh lipton
200 ml air

bahan C:
180 gula melaka
160 gula putih
200 ml air
sehelai daun pandan

Cara-caranya:
  • campurkan semua bahan C, masak atas api perlahan hingga mendidih. reneh hingga pekat
  • rendam uncang teh dalam air
  • masukkan gula merah ke dalam gelas jernih, masukkan susu cair perlahan- lahan, masukkan ais hingga penuh dan masukkan air teh perlahan-lahan.

dah siap!!! rasanya memang best dan segar lagi-lagi time bulan puasa...
selamat mencuba... cawww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...