Jan 4, 2011

Ayam masak merah

Ain Fajar | 5:49 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

sebenarnya dah  lam nak letak N3 ni, saya buat minggu lepas tapi x kesempatan nak posts. cibuk nak balik kampung..ayam masak merah lauk paling saya suka, makan banyak kali pun tetap rasa mcm tak kenyang je..menu utama masa raya kat umah saya. bila makan ayam masak merah mesti teringat arwah mak..saya x bape nak pandai masak ayam merah ni, makan arwah mak buat lain je, rasanya unik tak tau nak cakap.mmg ssh nak cari yg sama rasanya...tapi bila saya cuba satu resepi ayam masak merah dari salah satu blog yg selalu saya singgah wah!! rasanya mcm sama je. so saya try dan terus selalu buat..en.abg pun minat..

ni lah ayam masak merah yg saya buat minggu lepas, buat bekal on the way balik kmpg. ok kita tengok resepinya, saya copy dari umah k.yati tapi ada jg yg saya ubah cikit. minta izin ye kak C & P.

Bahan2 : )

1 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit(goreng ayam)
1 sk garam(goreng ayam)

8 ulas bawang kecil(saya guna bwng besar je 1 biji...senang)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
15 btng cili kering
2 btng serai
1 inci lengkuas
1 cwn sos tomato (saya guna sos cili kimbal)
1 inci belacan (saya tambah)

garam,gula sebagai perasa
minyak utk mengoreng ayam dan menumis
Daun sup sebagai hiasan.

Cara-cara.
  • . Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
  • . Blend bawang kecil, bawang putih,halia,cili kering,serai lengkuas dan belacan.
  • . Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
  • . Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
  • . Masukkan sos tomato dan sedikit air(agak2 je).
  • . Masukkan garam,  dan gula .Gaul hingga sebati.
  • . Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
  • . Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
  • . Taburkan daun sup sebagai hiasan. 
ok, selamat mencuba!!

2 comments:

  1. best la follow blog masakan ain ni..meranrik dan mudah... :)

    ReplyDelete
  2. tq..rajin2 datang cni klu nk cr resepi yg mudah..alhamdulillah klu ianya memudahkan untuk semua..selamat mencuba..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...