Jan 6, 2011

Mee Laksam

Ain Fajar | 6:12 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..

selamat pagi...saya nak syer resepi yg saya reka2 malam tadi..ada kisahnya mcm mn terciptanya resepi ni..sebenarnya, en.abg saya ada makan di gerai kat area Paka Trgn, dia mkn mee, tapi tak tau namanya..dia ckp sedap, pastu suruh saya buat..aduyai!! saya tak penah nmpk makanan tu, rasa apatah lagi, dah la x tau namanya ape, bila di tanye mcm mn rasanya dia ckp tak tau....mmmmmmm mcm mn nih!!!en.abg ckp kuahnya putih rasa ikan, pas tu dia beli mee..mee nya ni tak pernah saya beli sebelum ni..nama mee tu mee soya..

ini lah rupa mee soya nya..rasanya tawar, so kuahnya kn buat masin sikit, mee ni boleh juga di goreng dan di makan dengan sup..banyak kat kedai dan pasaraya..ok lah kita tengok ape dah jadi dengan mee ni saya kerjakan wuhoo!!


mula2 ms nak buat deboo rasanya, bila da jadi, rasanya mcm kuah laksam, tapi mee nya lain dari lain. ok ape sedap juga, mesti x nyesal klu cuba..saya hentam je nama mee laksam xtau nak bg nama ape ok lah sesuai dengan rasa kuah n mee yg di gunakan, nak letak nama mee ain nnt mcm poyo je hihihihi..k jom kita tengok mcm mn nak buat mee laksam ni..

Bahan-bahannya : )

kuahnya :)
3 ekor ikan kembung
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
13 biji cili padi
250ml santan pekat
1 sudu kecil garam
500ml air
mee soya

Bahan hiasan :
daun salad
timun
bunga kantan
telur rebus

cara-caranya :)
  • rebus ikan bersama asam keping.
  • asingkan isinya dan bland halus..
  • bland halus tulang ikan dan tapis (ambik airnya)
  • kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan.
  • campurkan bahan kisar bersama air ikan tadi. rebus hingga mendidih.
  • masukkan garam dan santan kacau hingga mendidih.jangan biarkan santan pecah..
  • rendam mee soya selama 1minit dan rebus hingga kembang serta toskan.
  • hidangkan dengan kuah dan bahan2 hiasan (bahan hiasan akan memberi penamabahan rasa kuah laksam).

ok dah siap.. selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...