Jan 4, 2011

Ayam Goreng Oat.

Ain Fajar | 5:19 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

kali ni nak citer N3 masak2 pulak, duduk umah je xde buat ape2, main masak2 je laaa..lagi pun banyak lagi Quaker oat yg berbaki, fikir2 buat goreng ayam lah. ok juga rasanya..menu sihat nih!!tapi ayamnya kenalah di buang kulit dan lemak2nya..ok meh kita tengok resepinya..


Bahan-bahan : )
2 batang serai hiris halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu garam
1/2 sudu serbuk lada hitam
600 gm Quaker Oat cepat masak
50 gm tepung gamdum
minyak untuk menggoreng.
5 ketul ayam

cara-caranya : )

kisar serai, halia, bawang putih, dan bawang merah.
lumurkan ayam dengan bahan2 yg telah dikisar bersama lada hitam dam kunyit
perap ayam dalam 1 jam.
sementara itu, campurkan Quaker Oat bersama tepung dalam mangkuk besar.
celupkan ayam sekeping demi sekeping dan goreng hingga masak dan garing dengan api yg perlahan.

selamat mencuba!! cawww

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...