Aug 24, 2013

Soto madura

Ain Fajar | 8:14 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Hari khamis yang lepas saya berpuasa enam. Bila puasa sorang2 nie tak terfikir nak berbuka ape xde kawan yang tolong fikir teringin nak makan ape..saya pun jalan2 ke blog kawan2 yang lain..macam biasa saya mesti singgah blog k.ita dulu sebelum jelajah ke dapur yang lain..masa tu k.ita post N3 soto madura..menurut k.ita soto madura nie merupakan makanan kegemaran keluarganya dan ianya sangat mudah di sediakan, bagi yang nak buat open haouse sempena syawal masih ade nie, memang soto madura adalah menu yang ringkas dan mudah di sediakan..memandangkan yang saya tak pernah makan soto madura nie, sebenarnya jumpa pun tak pernah hati saya melonjak sangat teringin ingin mencuba dan merasa keenakan soto madura seperti yang k.ita gambarkan.


Menurut k.ita, resepi soto madura nie k.ita ambil dari k.yatie sinar kehidupanku..bila saya tengok resepinya, memang ianya mcam mudah dan ringkas..saya terus je salin resepi dan dapatkan bahan-bahan di kedai..selepas asar terus mula operasi, selama 1 jam ianya siap..cuma nasi impitnya saya rebus dalam masa 3jam.



ok, jom semak resepi, kot la ade yang nak mencubanya.

SOTO MADURA
sumber : k.ita (masam manis) dan k.yatie (sinar kehidupanku)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam belah 4
3 cawan air
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 batang serai di ketuk
2 kotak santan kara
1 sk lada sulah

bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sb biji ketumbar
1 sk jintan manis
1/2 inci kunyit hidup / serbuk pun boleh
1/2 inci halia

bahan hiasan:
tauge celur
kacang tanah (sy tambah)
nasi impit
sambal kicap
daun sup


Cara-caranya:


  • rebus ayam yang telah di basuh dengan air hingga separuh masak.
  • ambil seketul ayam di gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng. (di siat2 untuk di tabur atas soto nanti)
  • ayam yang lain di potong kecil untuk di masukkan ke dalam kuah.
  • blend bahan kisar.
  • tumis bahan kisar bersama dengan kayu manis dan bunga lawang..goreng hingga naik bau.
  • masukkan ayam dan lada sulah..gaul rata.
  • masukkan air rebusan ayam tadi. boleh tambah air jika ingin kuah yang bayak.
  • masukkan garam dan gula mengikut citarasa dan selera anda.
  • bila dah mengelegak masukkan santan dan mesti di kacau selalu dengan api perlahan supaya minyak dah tak pecah.tutup api dan masukkan daun sup.
  • bila kuah dah siap, boleh sediakan bahan2 lain, seperti nasi impit, tauge celur, kuah kicap dan kacang goreng..bila nak makan baru tuang kuah..makan panas2 memang sedap..
  • macam lontong tapi tetap ade perbezaannya..nak tau kena la cuba buat sendiri..


selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...