Biskut red peal nie, tahun kedua saya buat..sememangnya ianya mendapat sambutan yang hangat di kalangan keluarga saya..saya rase bikut nie ade potensi meletop di pasaran..nak buat sangat la senang..cuma bahan-bahannya agak mahal sedikit..berbaloi kalau bahan mahal rasenye sedap..tahun nie, en.abg tanye buat tak biskut kegemaran dia..saya curi juga masa untuk membuatnya..memang canik dan sedap..saya ambik resepi dari blog k.zakc blogger dari tawau sabah. tq kepada beliau, sekiranya ianya menjadi punca rezki pada saya tahun hadapan semoga allah murahkan rezki beliau seperti mana yang saya dapat..amin..
Bahan:
150g butter, suhu bilik
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes
50g coklat chips
25g almond nibs
1st esen vanila
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
Cara:
- Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).
- Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).
- Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)
- Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.
- Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu)
saya buat 4 adunan..dapat la 3 balang besar nie..jadi lah..janji ade..en.abg pun masa bulan puasa je dia makan, masa raya xsempat nak ngadap kuih2 raya nie..sibuk kesana kemari
boleh cuba ni...sedapnya..
ReplyDelete