Mar 16, 2012

checken chop

Ain Fajar | 2:54 AM | 1Comments |
Assalamualaikum
lama rasenya tak update resepi...keadaan kesihatan memang tak mengizinkan, mood masak yang simple2 je, janji perut terisi..bla dah sihat ni, rase teringin nak buat chicken chop buatan sediri..ok menjadi juga...simple je sebab ni kira testing..tutorial diri sendiri teknik mengeluarkan tulang ayam supaya isi ayam tu kemas je kelebarannya..kalau tak tau boleh hancur juga isi ayam tu..nak buat chicken chop ni elok guna bahagian peha..isinya kenyal2 dan lembut..kalau bahagian dada agak keras dan tak bape nak sedap lah...

Bila tengok pada gambar tu, chicken chop saya sama je dengan keadaan cuaca di luar..mendung dan gelap je..hahaha..keadaan minyak kat kuali agak panas, so sekejap je dah hangus bahagia luar, yang dalam belum masak lagi..tu yang gelap sikit tu..tapi rasanya tidak terjejas..serbuk roti yang menyaluti isi ayam tu je yang gelap..sos pun agak gelap sikit sebab tertuang lebih kicap..tak pe..pengalaman mengajar segalanya..lepas ni berhati2 supaya persembahannya lebih cantik dan menarik..

ok resepi saya bedal je tak ikut mana2 resepi, tapi saya tengok sekali baca kat buku chef Sabri..sos yang di gunakan tak terdapat dalam gobok dapur saya..tu yang bedal je..untuk kuahnya saya guna sos lada hitam je sama dengan sos yang buat stik sebelum ni...boleh klik sini untuk resepi sos lada hitam..

ok jom kita skodeng ape yang letak untuk membuat chicken chop..sesiapa nak try silakan, tidak akan menghampakan anda..sebab tuan juri saya kate OK! haa so jangan la was2 dengan resepi belasah saya yer..haha

Bahannya A :)
2 ketul ayam bahagian peha (buang tulangnya)
1 ulas bawang putih
1 sk lada hitam
2 sb sos tiram
garam secukupnya.

Bahan salutan.
serbuk roti
1 biji telur
tepung gandum.
minyak.

caranya:
  • lumurkan semua bahan A keatas ayam yang telah di buang tulangnya selama 30 minit.

  • kemudian, salut ayam dengan tepung rata2..celup ayam ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti
  • kemuadian goreng dengan api yang sederhana.
  • masak hingga kuning dan masak.
  • sedia dihidangkan bersama kentang goreng @ kentang putar serta coslow.
senang je sebenarnya nak buat chicken chop ni..tak perlu guna banyak masa..kalau kita perap dan simpan dalam freezer pun boleh, bila nak masak nyah bekukan dan goreng. mudah je cuma kenar rajin sikit la.. 
selamat mencuba!

1 comment:

  1. kalo tak yah masak n terus dapat mkn sodap nih.. hehhehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...