Mar 16, 2012

oren cup cake

Ain Fajar | 4:08 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam di petang jumaat...petang mcm ni best kalau duduk2 tenangkan fikiran sambil makan kek ke ape ke dan minum teh suam2...kalau kat kampung lagi best udara masih segar..ramai2 duduk bersembang..eh melalut la pulak..bukan ape perasaan bosan melanda diri..hehe..

oklah jom tengok projek saya dengan anak2 kali ni...saya buat kek oren ni sebenarnya permintaan c kakak..tak tau la dari mana ilham dia, minta nak buat kek oren..selagi tak buat selagi tu dia minta...so petang ni berkesempatan..saya cari resepi yang simple dan senang nak buatnya..dah lama saya M resepi ni kat blog kak ita (masam manis)..teringin juga nak buat sebab katenye senang sangat nak buatnya hasilnya pula sedap dan berbaloi...so rembat resepi dan terus buat dengan kakak..
kek ni memang sedap, agak padat tapi lembut je..lembab2 juga..memang terase buah oren yang segar tu..sepatutnya kak ita n k.hasue buat kek ni guna loyang yang besar tapi saya buat kecik2 so jadilah oren cup cake...cuma kek ni sangat manis..kalau guna gula aising mungkin sedang elok lah, kalau guna gula kastor kenala kurangkan jumlah gula tu..ini ikut pedapat lidah saya la kan...boleh buat lagi lepas ni tapi kena kurangkan gula dan tambah perasa oren..bila tengok pada permukaan kek tu dah tau, kandungan gula banyak..tapi tak pasti kejadiannya kalau guna loyang yang besar..lepas ni boleh cuba lagi..
 
senang sanggattt..jom tengok resepi dan cara membuatnya..tak sampai 1 jam dah siap.

KEK OREN
sumber : kak ita dan kak hasue

bahan-bahannya: 
1 biji oren
1 biji oren ( ambil parutan kulit sahaja)
3 biji telur
1 cawan minyak
2 cawan gula (boleh kurang jika tak suka manis)
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung kek)
1 sudu besar baking powder.


cara-caranya : )
  • potong buah oren kecil2, buang urat putihnya dan biji..
  • masukkan buah oren ke dalam blender bersama minyak, telur dan gula..blend hingga sebati dan hancur.
  • masukkan adunan ke dalam mangkuk masukkan tepung dan parutan kulit limau. kacau sebati.
  • masukkan kedalam loyang (saya guna acu cap cake)
  • bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak.
dah siap..boleh juga letak aising kat atasnya..saya niat nak letak aising juga tapi bila rasa dah manis tak jadi nak hias dengan aising..ok ikut selera masing2 la macam mana nak hidangkan...

selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...