Nov 20, 2011

Apam polkedot ladybird.

Ain Fajar | 8:30 AM | 2Comments |
 Assalamualaikum..
Apam polakdot ni kali kedua saya buat, masih guna resepi yang sama seperti sebelum ni..Cuma kali ni yang berbeza dari segi persembahannya sahaja...
Taraaaa..haaa ni la yang lainnya, saya buat macam kumbang ladybird, Saya buat apam ni untuk anak kawan saya, saje je nak pegi melawat orang mestila bawa ole-ole baru seronok dorang nak sambut tetamu..lagi pun memang dah menjadi kebiasaan arwah mak ajar kalau nak kemana-mana mesti kenyangkan perut dan bawa makanan supaya kita tak membebankan orang..
Jom kita tengok resepinya , senang tak yah nak selak2 n3 sebelum ni..masih guna resepi k.Hana..minta izan C & P.
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna merah dan coklat
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. Boleh nampak perbezaannya..adunan akan menjadi warna cream dan gebu apabila ianya kembang dipukul. gambar adunan ghaib la pulak..

susun mangkuk kuih dan mangkuk kertas di dalamnya..inilah rupa acuan kuih lompang atau apam tepung beras. mudah didapati di pasaraya dan kedai barangan plastik.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. Saya buat 2 warna, sedikit warna hitam dan selebihnya warna merah
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 
Picitkan strawberry filling secukupnya. 
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ikut suka lah nak wat corak macam mana pun.

 
 Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Gambar di atas perbezaan yang belum dikukus dan yang sudah dikukus..

Senang je nak buat, sangat sesuai untuk jamuan hari jadi dan kenduri cukur jambul..
Selamat mencuba!!


2 comments:

  1. wahhh.. teruje aku weh.. teringin nak buat tp tak de pengukus.. kalo ko buat tutorial cam ni memang bekoba2 aku nak try..

    nak kene wat proposal nih nak mintak pengukus kat big boss.. hehhehe..

    ReplyDelete
  2. chik; sng je nak buat, kejap je dah jadi..ko gn kukusan periuk nasi pun boleh chik..aku pun guna kukusan tapawer kecik je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...