Feb 13, 2011

Percik ikan kembung.

Ain Fajar | 4:13 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam 1 malaysia..hari ni saya nak syer, masakan lauk terengganu..yela kan duduk terengganu dah nak msuk 3 thn, tak kan tak pandai nak masak lauk org terengganu...org terengganu ni mmg dah sebati dengan ikang...dorg ni pandai manfaatkan sumber protin ikan untuk buat mcm2 produk yg berasaskan ikan..percik ikan ni salah satu jenis makanan dorg. saya rasa kat tempat lain tak ada ikan percik. biasa kita dengar ayam percik..kat sini baru saya jumpa ikan percik ni...mmg sedap mcm ikan bakar tapi sambalnya rasa agak unik sebab letak santan..
inilah rupa ikan percik yg saya buat semalam, en.abg kate lulus dan sama mcm yang jual kat kedai..so beranilah saya syer dengan semua...oklah jom kita tengok resepinya..senang n cepat je..

Sumber : Majalah Rasa Keluaran feb 2011
Bahan-bahannya : )
4 ekor ikan kembong
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
3 sudu cili boh
1 biji kelapa (ambila santan pekatnya) ~ saya guna santan kotak je 200ml krg kolestrol
5 biji cili padi (saya tambah sendiri)
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa..

Cara-caranya : )
untuk membuat samabal : )
  • kisar bawang putih, bawang merah, cili padi dan halia.
  • tumis bahan kisardan cili boh hingga naik bau. masukkan serai yg telah diketuk..
  • masukkan satan pekat bersama bahan2 perasa..
  • masak hingga kuah pecah minyak..
untuk menyediakan ikannya ;)
  • sediakan kuali leper dan lapik dengan daun pisang..letak sambal tadi dan susun ikan kembung dan rasakan sambal atas ikan..tutup guna tutup periuk..biarkan
  • boleh di balik2kan. jika ingin sambal banyak boleh ditambah ikut selera masing2..
  • kuahnya juga boleh di jadikan pencicah..
kaedah diatas ni adalah kaedah saya sendiri..
  • kaedah asal~ bakar ikan dia d atas api hingga masak..tuangkan samabal ikan atas ikan tadi..

ok selamat mencuba yer!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...