Jan 12, 2013

kuih lompang

Ain Fajar | 3:49 AM | 2Comments |
assalamualaikum..

singgah di dapur alam maya nak sapu sawang yang bergayut2 ni...hadoi rindunya nak mengupdate..dah lama sangat rasenye tak update resepi baru yang saya cuba..bukan tak nak up date tapi lapy saya adik saya pinjam bawa ke UNIKL..saya guna lapy zaman jepun tapi memang elok la, tapi bila lapy saya dah ke UNIKL Johor, tetibe lapy tu rosak plak..tak sempat la nak anta servis..mohon maaf ye, tak berubah n3 saya.. 

 ok2 saya curi sedikit masa untuk saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan 1ts try terus je jadi..saya pinjam lapy en.abg yang boleh jumpa seminggu sekali nie je...ok, pada tajuk kat atas saya nak kongsi resepi kuih lompang yang saya buat khamis yang lalu..happy sangat2 bila buat tu terus menjadi dengan jayanya... 

memang puas hati, tak sia2 saya mencubanya..saya nak ucap terima kasih kat izah daud kerana syer resepi yang mudah ni, sedang elok je kejadiannya, bahagian bawahnya keras sikit sesuaila di jadikan tapak kuih nie, bahagian atasnya goyang inul lagi bila kita angkat pinggannya..dan yang penting sekali tak jadi kuih lompang la kalau kuih ni tak berlubang di atasnya..

ha macam ni la kuih lompang sebelum kita letak kelapa parut..kat tempat lompang tu kita letak kelapa parut..
zoom sikit..kiki

ok, jom saya panjangkan resepi yang saya gunakan untuk membuat kuih lompang nie dari dapur izah daud..

KUIH LOMPANG

BAHAN-BAHANNYA;

bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air.

bahan B;
1 1/2 cawan tepung beras
2 sdb tepung ubi
1sb air kapur

caranya:

larutkan kedua2 gula atas api dan sejukkan.
campurkan bahan B
satukan kedua bahan2 kemudian tapis.
panaskan air kukusan dan kukus dahulu acuan kuih lompang dan tuang adunan penuh.
kukus selama 20 minit.
siap..
keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut yang di gaul dengan garam.

selamat mencuba!

saya buat jualan harian, alhamdulillah habis licin...so sesiapa nak cuba jangan ragu2..insya allah menjadi.
sebab saya sendiri tak pernah buat kih lompang nie, sebab tak berapa suka makan, tapi sekarang dah suke dah makan dengan resepi yang nie, tq izah daud semoga allah urahkan rezki akak..



Dec 24, 2012

oder kek Perkahwinan

Ain Fajar | 5:51 PM | 3Comments |
Assalamualaikum

Hari ahad yang lalu sy menerima temPahan kek Perkahwinan cuP cake dan kek sebiji..oder dr adik kePada kawan sekolah..tak sangka juga dia berminat untuk sy yang sediakan kek kawinnya..dr bulan 10 lagi dia dah oder..saya baru buat kek weding nie 4 kali..layan gambar je la yer..

dari Pandangan dePan
dari Pandangan belakang

bersama Pengantin,
gambar Pengantin Potong kek xsemPan nak sneP, anak2 dah ajak balik..Pannaaasss..

tingkat Pertama
tingkat kedua

tingkat yg ke-3

yang ni Pulak, cuP cake untuk hantaran dari Pihak PeremPuan ke Pihak lelaki


cuP cake hantaran dari Pihak lelaki kePada Pihak PeremPuan.
kedua belah Pihak saya yang buat.


coklat gubahan bunga dalam bakul juga saya yang buat dari Pihak PeremPuan ke Pihak lelaki..

alhamdulillah..kerana Pihak Pengantin dan keluarga berPuas hati dengan hasil craf saya.
ade ke yang berminat leh call saya 012-3111448
tP area sabak bernam, sungai besar, teluk intan dan hilir Perak.
kalau yang jauh2 tu kenalah cas duit minyak..hehe

sePnjang minggu cuti sekolah terutama minggu cuti umum crismes, ramai yang oder bahulu laPis, untuk sumbangan kenduri sedare mare..alahamdulillah syukur saya terima oder 60biji bahulu laPis seminggu..memang agak sibuk macam diri sendiri yang nak kenduri..hehe

Dec 23, 2012

oder coklat

Ain Fajar | 6:43 AM | 0Comments |
assalamualaikum
sepanjang cuti sekolah nie, ramai yang buat kenduri kendara..setiap minggu 4 5 tempat kenduri, tak kira la ade yang kawin, ade yang nak bertunang, marhaban dan sunat kan anak-anak..jadi ramai juga yang datang ke rumah untuk oder kuih-muih, kek dan hantara..alahamdulillah, selain kek, kuih muih dan bahulu saya juga turut menerima temPahan homemade coklat..saya ambil oder mengikut baget Pelanggan..jom la layang gambar-gambar yang tak seberaPa nie..
 lolicoklat ros dalam bakul, oder dari kawan sekerja kawan sekolah saya Pn.azlina..tq sangat kerana Percaya bakat saya..yang nie saya kenakan cas RM40
lolicoklat ros gubahan bunga dalam bakul juga, oder dari k.liya kawan kamPung saya untuk adiknya yang nak bertunang 23\12\2012 nie..bertemakan cream, taP saya gabungkan dengan warna Pink untuk naikkan serinya..yang nie Pun RM40 juga

gubahan bunga coklat jua yang bertemakan warna meron..oder dari adik kawan lama saya..lia buat coklat nie untuk hantaran Perkahwinannya..tq lia..


Alhamdulillah semuanya selamat samaPi ke tangan tuan masing2, dan telah Pun samPai ke tgn Pihak masing-masing..semuanya berPuas hati dengan hasil craf saya yang tak seberaPa nie..hehehe tqvm sekali lagi...kalau ade yang berminat boleh la hubungi saya 012-3111448

Dec 19, 2012

kek Puding caremel

Ain Fajar | 6:54 AM | 5Comments |
Assalamualaikum
Akhirnya saya buat juga kek Puding caremel yang saya dah lama sangat angan2 nak buat..masa mula-mula blogger masakan masing2 tayan kek yang cantik nie..saya simPan je niat dan resePi taPi tak buat2..antara sebab kenaPa saya tertangguh-tanguh untuk membuat kek Puding caremel nie adalah sebabnya saya tak suka makan caremel..taPi en.abg suke makan Puding caremel nie..jadi saya fikir baik saya buat time dia ade kat rumah..taPi masih lagi tak caPai juga hasrat nak membuatnya sebabnya sibuk kesana ke sini..huhu..

Baru-baru nie, kawan saya selalu la dok tayang kek Puding caremel nie kat fb...dan ramai Peminatnya dah beraPa ringgit je telah masuk ke Poket beliau hasil jualan kek Puding nie..rasa tergoda dan melonjak2 nak mencubanya..bila dah kat kamPung ramai yang akan makan kek nie, kawan2 Pun ramai yang nak jadi tester saya..jadi saya kuatkan semangat dan keyakinan membuat kek yang cantik ni..
sePanjang Proses membuat kek nie, saya buat dengan Penuh berhati2..ye la kan baru Pertama kali..masa nak tunggu kek nie masak Pun hati nie berdebar2..takut tak menjadi...huhuhu..Penuh debaran, bila kek dah masak kena la tungu kek tu sejuk dalam 20 minit baru boleh keluarkan..dan bila dah sejuk Plak memang boleh Poton taPi dah lewat malam..jadi tunu Pulak keesokkan harinya..

taraaaa bila dah Potong, fuhhh lega, cantinya dan menjadi kek Puding caremel saya yang berbelang-belang tu..keknye tersangatla lembut dan gebu..Puding caremel juga lembut dan nyaman je bila makan time sejuk2..memang tak sia2 saya mencubanya..anak2 saya suka makan kek nie..kalau ade c ayah dorang mesti seronok saya tengok dia makan..nanati en.abg balik saya nak buat lagi untuk dia..hhhmmm tak Pun buat bulan dePan je lah, time birthday dia..

Bagi Penguat saya untuk membuat kek Puding caremel nie, ramai blogger yang hebat sebagai rujukan saya..yang Pertama yang saya singgah adalah daPur k.ita blog masam manis, sebab k.ita terangkan cara membuatnya steP by steP dengan gambar sekali, kemudian saya singah kat blog k.hasue yang turun beri tiPs dan Pengalaman buat kek nie..dan k.hasue mencadangkan tengok tiPs yan lebih terPerinci kat daPur Ana Qawina yang mana beliau sekarang dah jadi tokey kek..mesti bayak Pengalaman yang banyak..jadi hasil rujukan saya tentang resePi dan tiPs2 Penting membuat kek Puding nie, terhasillah kek saya yang saya sangat Puas hati..indah khabar, ruPa dan rasanya...ok jom tengok resePi yang saya guna..semoga ianya membantu kePada mereka yang juga teringin nak mencubanya..

KEK PUDING KARAMEL
Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: Anna Qawina
By: HaSue

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar-Saya tak letak

Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...